Semua Aktiviti Bazar Ramadan Dan Ekspo Aidilfitri Di Temerloh Dihentikan Sepanjang PKP

bazar ramadan, ekspo aidilftri temerloh ditutup masa pkp

Susulan PKP yang akan bermula pada hari esok, 12 Mei, semua aktiviti perhimpunan orang ramai di Temerloh dihentikan seperti bazar Ramadan & Aidilfitri, Pekan Sehari, Pasar Malam dan Pasar Tani. 

Keputusan ini dibuat selepas pihak Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) mengumumkan penutupan aktiviti berkaitan berkitan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berlansung di seluruh negara bermula 12 Mei hingga Jun 2021.

Keputusan ini dibuat, seiring dengan SOP yang diumumkan oleh Kerajaan Pusat dimana tidak membenarkan semua bentuk perhimpunan sosial seperti bazar Ramadan diadakan sepanjang tempoh PKP berlangsung.

Notis Penutupan Daripada MPT

MPT memaklumkan aktiviti perniagaan Bazar Ramadan dan Ekspo Aidilfitri 2021 akan berakhir pada hari ini, 11 Mei 2021 jam 12.00 tengah malam akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) bermula esok.

Selain itu, MPT juga memaklumkan semua aktiviti Pekan Sehari, Pasar Malam dan Pasar Tani di Temerloh, Lanchang, Kuala Krau dan Kerdau juga tidak dibenarkan beroperasi berkuatkuasa 12 Mei hingga 7 Jun 2021.

Jadi orang Temerloh, toksoh dah la nak cari tempat-tempat tumpuan orang ramai macam tu dah. Kes COVID-19 makin hari tidak menunjukkan penurunan pun. Temerloh sendiri masih mencatatkan kes baru setiap hari yang kini masih lagi dalam zon jingga.

Jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh hubungi pihak MPT di 09-290 1540/1551/1552.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post