Pelaksanaan PKP Di Seluruh Negara Bermula 12 Mei Ini

Pelaksanaan PKP Di Seluruh Negara Bermula Sehari Sebelum Hari Raya

Selepas satu-satu daerah dan mukim dikenakan PKP, akhirnya Kerajaan bersetuju pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan terus untuk seluruh negara bermula 12 Mei iaitu sehari sebelum Raya sehingga 7 Jun 2021.

BACA : Kes Menunjukkan Peningkatan, Akhirnya Kuantan Dikenakan PKP Berkuatkuasa 10 Mei Ini

Pengumuman ini dibuat menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Malaysia semalam, Tan Sri Muhiyiddin Yassin selepas mempengerusikan Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara Mengenai Pengurusan COVID-19.

Pelaksanaan PKP 3.0 secara menyeluruh ini dibuat berdasarkan trend kes-kes harian COVID-19 yang semakin meningkat dari hari ke hari. Jadi Kerajaan perlu memutuskan untuk mengambil langkah yang lebih tegas dan ketat bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Nampaknya bukan daerah atau mukim sahaja yang terlibat, kini seluruh negara juga dikenakan PKP walaupun berada dalam zon hijau sekali pun. Paling tak best, ianya berkuatkuasa sehari sebelum Hari Raya dan berlangsung hampir sebulan.

SOP AM Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Disamping itu, Kerajaan juga telah menetapkan SOP seragam bagi PKP seluruh negara ini. Antaranya adalah tiada aktiviti rentas negeri dan daerah kecuali tujuan kecemasan, bekerja, pasangan jarak jauh, kesihatan, ekonomi dan temu janji vaksinasi.

Dalam tempoh ini juga, semua bentuk perhimpunan sosial seperti kenduri, majlis perkahwinan, majlis rasmi kerajaan & swasta adalah dilarang. Pengecualian dibuat bagi majlis akad nikah tetapi mestilah tertakluk dengan SOP yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri.

Selain itu, aktiviti sukan dan rekreasi dilarang diadakan kecuali aktiviti jogging, berbasikal dan senaman di kawasan terbuka sahaja dibenarkan. Tapi mesti amalkan penjarakan fizikal antara yang lain.

Semua institusi pendidikan ditutup kecuali bagi pelajar yang menduduki peperiksaan antarabangsa, pusat asuhan kanak-kanak, tabika, taska dan tadika dibenarkan beroperasi mengikut SOP.

Sepanjang PKP ini, jika anda ingin bergerak menggunaakn kenderaan persendirian, teksi atau e-hailing, ianya dihadkan kepada 3 orang sahaja termasuk pemandu. Restoren dan kedai makan dibenarkan beroperasi tetapi hanya secara pandu lalu dan take-away sahaja, dine-in tidak dibenarkan.

Majikan juga diwajibkan melaksanakan dasar Work From Home (WFHM) dengan kehadiran tidak lebih 30 peratys kekitangan pengurusan pada setiap masa.

SOP Hari Raya

SOP Hari Raya PKP

Sepertinya pelaksanaan PKP kali ini, tidak menggalakkan rakyat untuk berkumpul ramai-ramai apabila MKN dengan nasihat KKM memutuskan ziarah rumah ke rumah dan ziarah kubur semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak dibenarkan.

Walaupun Solat Sunat Aidilfitri dibenarkan di masjid dan surau, tetapi kehadiran jemaat adalah tidak melebihi 50 orang bagi masjid yang memuatkan lebih 1000 jemaah dan 20 orang bagi masjid yang memuatkan kurang daripada 1000 jemaah.

Akan tetapi, sepanjang tempoh ini, semua sektor ekonomi dibenarkan untuk beroperasi. Aik???


sumber : Kenyataan Media Perdana Menteri

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post