SOP Dan Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKPD Di Temerloh

Senarai Sektor Perniagaan Atau Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi Sepanjang PKPD Di Temerloh

Selepas 2 hari pengumuman PKPD di 2 mukim dalam daerah Temerloh, barulah terdapat SOP rasmi yang dikeluarkan yang berkuatkuasa pada 28 Mei ini. Selepas penduduk Temerloh khususnya tertanya-tanya sektor perniagaan apakah yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKPD ini.

Sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan di 2 mukim dalam daerah Temerloh iaitu Mukim Perak 1 & 2 dan Mukim Bangau berikutan kes jangkitan COVID-19 tidak menunjukkan trend penurunan.

Pelaksanaan PKPD ini berkuatkuasa bermula 28 Mei 2021 hingga 10 Jun 2021. Jadi sepanjang tempoh ini, penduduk yang terlibat perlu patuhi SOP Am PKPD.

Sektor Perniagaan Dan Essential Service Yang Dibenarkan Beroperasi

Sebelum pengumuman SOP ini, penduduk Temerloh khususnya tertanya-tanya adakah perniagaan mereka dibenarkan beroperasi? Atau perniagaan apa sahaja yang dibenarkan untuk beroperasi? Selepas beberapa hari, barulah SOP AM PKPD dikeluarkan dan menyenaraikan senarai perkhidmatan perlu atau essential service yang dibenarkan beroperasi.

Hanya ini sahaja yang dibenark beroperasi. Kebenaran beroperasi ini mestilah diikuti dengan pematuhan SOP yang ketat oleh premis

  • Perkhidmatan Perbankan dan Kewangan
  • Perkhidmatan Air, Elektrik dan Tenaga
  • Perkhidmatan Pos dan Kurier
  • Bahan Api dan Pelincir
  • Perkhidmatan Kesihatan
  • Perkhidmatan Keselamatan, Pertahanan dan Penguatkuasaan
  • Perkhidmatan Penyediaan Makanan, Barangan Keperluan Harian termasuk perkakasan kendiri (hardware)
  • Perkhidmatan Veterinar & Keperluan Makanan Haiwan
  • Perkhidamatan Penyiaran, Penerangan & Telekomunikasi (Telco)
  • Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembentungan
  • Perkhidmatan E-Dagang
  • Perkhidmatan Pembaikan Kenderaan dan Alat Ganti
  • Perkhidmatan Pengangkutan Awam (termasuk e-hailing)
  • Perkhidmatan penghantaran makanan, minuman dan bungkusan (parcel) atau p-hailing (parcel-hailing)
  • Kerja-kerja pembinaan, penyelenggaraan & pembaikan bersifat kritikal sahaja
  • Perkhidmatan Sektor Perikanan, Perladangan, Pertanian, Penternakan dan semua yang berkaitan dengan rantaian makanan
  • Perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman
  • Apa-apa aktiviti yang menjadi rantaian kepada mana-mana perkhidmatan perlu.

Selain itu, tiada pergerakan tidak perlu di luar kawasan kediaman selepas jam 8.00 malam kecuali bagi kes-kes kecemasan atau mendapat kebenaran PDRM.

Untuk SOP AM PKPD daerah Temerloh ini, anda boleh lihat di perkongsian daripada Facebook Majlis Perbandaran Temerloh atau senarai di akhir bahagian.

Akan tetapi...

Setakat ini, kita tak tahu lagi adakah 2 mukim dalam daerah Temerloh ini akan terus lakukan PKPD sehingga 10 Jun ini atau ianya terbatal susulan pengumuman PKP Penuh atau 'Total Lockdown' bermula 1 Jun hingga 14 Jun 2021.

Oleh itu, sebelum 1 Jun atau mana-mana pengumuman daripada pihak Kerajaan, patuhilah segala SOP PKPD ini bagi mengelakkan kes penularan COVID-19 terutamanya di daerah Temerloh

sop pkpd daerah temerloh 2021

sop pkpd daerah temerloh 2021

sop pkpd daerah temerloh 2021

sop pkpd daerah temerloh 2021

sop pkpd daerah temerloh 2021

sop pkpd daerah temerloh 2021

sop pkpd daerah temerloh 2021

2/Post a Comment/Comments

  1. Harap total lockdown ini akan berjaya melandaikan lengkungan Covid19.
    Sama-sama kita berdoa dan patuh SOP.

    ReplyDelete
  2. pening tengok SOP asyik bertukar2 lelebih lagi kita kat Sarawak ni, apa pun PKP tetap kerja

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post