Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Akhirnya setelah diumumkan sebelum ini, kini secara rasminya Disney+ Hotstar boleh dilanggan atau subscriba bagi pengguna di Malaysia. Baca seterusnya untuk ketahui cara langgan Disney+ Hotstar dengan mudah sahaja.

Walt Disney telah melancarkan platform penstriman Disney Plus (Disney+) bagi beberapa negara. Untuk di Malaysia, Disney+ telah bekerjasama dengan pihak Hotstar untuk menerbitkan kandungan dibawah Disney+ Hotstar.

Melalui ini, pengguna dapat nikmati kandungan menarik yang disediakan dibawah Walt Disney seperti Disney, Pixar, Marvel, Star Wars serta Nasional Geographic. Lebih istimewa bagi pengguna di Malaysia, ianya juga dibawakan kandungan tempatan seperti daripada pengeluar Primeworks Studio, Skop Production, Wau Animation dan banyak lagi.

Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Jadi selain daripada filem-filem dan Siri Marvel, Star Wars ada juga filem, drama atau animasi keluaran tempatan filem baru, J2 : J Retribusi, Ejen Ali The Movie, Munafiq, KL Gangster, drama Single Terlalu Lama, Kekasih Hati Mr. Bodyguard dan banyak lagi.

Disney+ Hotstar Kini Rasmi Di Malaysia

Disney+ Hotstar kini boleh dilanggan bermula 1 Jun 2021 dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan. Dengan langganan ini, anda boleh tonton semua kandungan tersedia secara On The Go dengan format High Defination (HD) serta Dolby Audio.

Selain itu, tiada iklan dipaparkan dan boleh dibuka serentak untuk 2 peranti dalam masa yang sama. Untuk rakyat Malaysia, ada kandungan yang menyediakan Dub in Bahasa Melayu juga tau.

Anda boleh tonton dengan menggunakan pelbagai platform sama ada melalui aplikasi di Play Store dan App Store, TV Box dan juga melalui website di www.hotstar.com/my. Ikuti langkah dan cara langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Anda boleh langgan dengan 2 cara sama menggunakan aplikasi telefon pintar atau melalui website. Untuk tutorial ini, akan ditunjukkan menggunakan aplikasi sahaja. Pastinya lebih mudah

Langkah 1 : Download aplikasi Disney+ Hotstar [ App Store | Play Store ]

Langkah 2 : Kemudian klik butang "Subcribe" yang berada di atas dan klik "Continue"

Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Langkah 3 : Masukkan nombor telefon dan kod OTP akan dihantar melalui SMS. Masukkan kod tersebut dan klik "Continue". Seterusnya masukkan nama anda dan pilih jantina dan klik "Continue"

Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Langkah 4 : Anda boleh mula buat bayaran dengan 2 cara sama ada menggunaakn kad debit/kredit atau bayar menggunakan perbankan online (Affin Bank, Bank Islam, Bank Rakyat, Ambank, Maybank, CIMB, BSN dan banyak lagi). 

Buat bayaran sehingga selesai seperti biasa

Cara Langgan Disney+ Hotstar Malaysia

Kini anda sudah berjaya membuat langganan Disney+ Hotstar untuk 3 bulan. Boleh nikmati pelbaga rancangan yang disediakan pada bila-bila masa dan dimana jua. Enjoy guys! 

Duduk rumah ni, boleh la layan filem dan siri Marvel lepas ni. Loki!

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post