Saksikan Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Bermula 15 Jun 2021, sebuah lagi drama akan mengisi slot Megadrama iaitu drama Love Elsa yang akan bersiaran di Astro Ria. Drama ini akan menggantikan drama Rindu Awak Separuh Nyawa telah bersiaran sebanyak 40 + 8 episod sebelum ini sekali gus menjadi drama no 1 di Malaysia untuk tahun 2021.

Penghasilan drama ini diinspirasikan daripada novel dengan tajuk yang sama 'Love Elsa' hasil karya Acik Lana yang telah diterbitkan pada tahun 2018. Novel ini mengandungi 2 siri, tetapi pengarahnya, Michael Ang memberitahu ianya digabungkan kedua-dua siri novel tersebut menjadi sebuah drama, Love Elsa.

Episod : 24
Tayangan : Slot Megadrama Astro Ria
Pengarah : Michael Ang
Penulis Skrip : Adia Khan dan Mamu Vies
Produksi : Juita Viden Production Sdn. Bhd.
OST Drama : Ika Noh (It's You) - Marsha Mila feat Fanzi Ruji

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Sinopsis Drama Love Elsa

Love Elsa mengisahkan seorang gadis bernama Ammara (Uyaina Arshad) yang mempunyai kelebihan dan keistimewaan untuk mengembara kembali pada zaman silam orang yang bersentuhan dengannya.

Walaupun ianya suatu kelebihan, tetapi akan memberi kesan terhadap Ammara iaitu dia akan jatuh sakit untuk beberapa hari. Disebabkan penyakit misteri ni, ayahnya menempatkan Ammara di satu kawasan yang dikawal ketat keselamatannya. Ini supaya tidak berlaku lagi apa-apa kejadian yang menyababkan dia akan sakit lagi.

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Selepas kematian ibunya dan ditambah pula disisihkan oleh ayahnya sendiri, Ammara mengalami kemurungan kerana hidup sendirian. Kemunculan Ridza Kim (Zul Ariffin) yang berpindah bersebelahan rumahnya, mengubah hidup Ammara.

Tiba-tiba suatu hari, tanpa sengaja Ammara tersentuh Ridza Kim dan sekali gus telah melihat masa silam lelaki tersebut yang menampakkan suatu kejadian atau kes pembunuhan berlaku. Ammara menggunakan kelebihannya untuk membantu menyelesaikan kes pembunuhan keluarga Ridza Kim.

Apakah yang terjadi seterusnya? Adakah berjaya kes ini diselesaikan? Saksikan drama Love Elsa di Astro Ria

Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Barisan Pelakon

Drama Love Elsa menampilkan barisan pelakon utama seperti Zul Ariffin, Uyaina Arshad, Riz Amin, Mona Allen dan Ramona Zam Zama. Mereka dibantu oleh Zeera Azizi, Nasz Sally, Iman Suhana, Badrul Muhayat, Azhar Amir, Mustapha Kamal, Ikhram Juhari dan ramai lagi.

  • Zul Ariffin sebagai RIDZA KIM
  • Uyaina Arshad sebagai AMMARA
  • Mona Allen sebagai MADAM QISTINA
  • Zeera Azizi sebagai SOFEA
  • Romana Zam Zam sebagai RAMONA
  • Riz Amin sebagai KAMARUL

Waktu Siaran

Untuk peminat drama melayu tempatan, jangan lupa untuk saksikan drama Love Elsa bersiaran pada setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria saluran 104. Selain itu, anda boleh tonton secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

Untuk anda yang bukan pelanggan Astro, anda boleh strim menggunakan aplikasi Sooka secara On Demand yang boleh dilanggan dengan harga serendah RM15.90 untuk pakej VIP Entertainment.

2/Post a Comment/Comments

  1. novelnya dlam wishlist lama dah... tapi belum berkesempatan nk beli..

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post