Saksikan Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Ratu Ten Pin merupakan sebuah drama siri terbaru melayu Malaysia yang menggantikan drama Scammer sebelum ini bermula 28 Jun 2021 yang disiarkan di Astro Ria. Sebuah drama dengan bertemakan aksi sukan boling.

BACA : Saksikan Drama Love Elsa Di Astro Ria (Slot Megadrama)

Yang paling menarik, salah seorang pelakon dan watak utama dalam drama Ratu Ten Pin dilakonkan oleh bekas Ratu Boling Kebangsaan, Syaidatul Afifah yang memegang watak sebagai Sandra. Beliau membawakan sebuah watak yang garang, sombong, acah diva dan suka mengamuk.

Selain itu juga, drama Ratu Ten Pin menjadi lebih menarik dengan vibe bowling tersebut apabila living legend yang juga ratu boling negara, Shalin Zulkifli menjadi penasihat bagi drama ini. Beliau juga hadir sebagai cameo dalam drama ini.

Judul : Ratu Ten Pin
Episod : 16
Pengarah : Azman Yahya (Jinggo)
Penasihat : Shalin Zulkifli
Penerbit : Shiela Rusly
Produksi : JS Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon utama bagi drama Ratu Ten Pin ialah Elisya Sandha, Syaidatul Afifah, Fify Azmi, Sheila Rusly dan Nazim Othman. Selain itu, mereka dibantu oleh barisan pelakon seperti Lisdawati, Nasz Sally, Esma Daniel, Hazeeq Dean, Wani Kayrie, Eizlan Yusof, Aleeza Kasim dan ramai lagi.

  • Elisya Sandha sebagai Norma
  • Syaidatul Afifah sebagai Sandra
  • Fify Azmi sebagai Reezs
  • Sheila Rusly sebagai Maria
  • Nazim Othman sebagai Arief
  • Lisdawati sebagai Maznah
  • Nasz Sally sebagai Nurin
  • Esma Daniel sebagai Razak
  • Hazeeq Dean sebagai Khalid
  • Wani Kayrie sebagai Suzana
  • Eizlan Yusof sebagai Dato' Idris
  • Aleeza Kasim sebagai Datin Marissa

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Sinopsis Drama Ratu Ten Pin

Drama Ratu Ten Pin mengisahkan 3 gadis remaja yang mengejar cita-cita dan impian untuk menjadi Ratu Tenpin Negara. Norma yang sangat meminati boling, berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib keluarganya. Reesa pula cuba bersabar dengan sikap ayahnya yang sering memarahi ibunya. Manakala Sandra berusaha untuk terus kekal juara.

Dapatkan mereka mewakili negara sekali gus ke peringkat kebangsaan bagi mengalahkan pasukan negara lain untuk mengharumkan nama negara? Kena saksikan kesemua episod untuk drama Ratu Ten Pin di Astro Ria.

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Drama Ratu Ten Pin (Astro Ria)

Waktu Siaran

Drama Ratu Ten Pin akan bersiaran untuk 16 episod setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di Astro Ria (CH 104) bermula 28 Jun ini. Selain itu, anda juga boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go dan Ultrabox.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post