PKPD Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh Ditamatkan Mengikut Jadual

PKPD Mukim Perak Dan Bangau Dalam Daerah Temerloh Ditamatkan

Ini pastinya berita gembira untuk warga Temerloh apabila Kerajaan hari ini bersetuju untuk menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) untuk 2 mukim dalam daerah Temerloh iaitu mukim Perak dan mukim Bangau.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, YB Dato Seri Ismail Sabri selepas penilaian risiko dibuat bersama pelbagai agensi dalam Jawatankuasa Teknikal PKP serta atas nasihat KKM.

Mengikut jadual, PKPD bagi 2 mukim ini akan tamat pada 10 Jun 2021 (jam 11.59 pm) yan telah bermula pada 28 Mei yang lalu. Oleh itu, selepas ini tiada lanjutan dibuat, sebaliknya 2 mukim ini akan semula kepada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh 3.0 dan segala SOP adalah seperti yang diumumkan sebelum ini mengikut SOP PKP.

Keadaan Di Mukim Perak dan Mukim Bangau, Temerloh, Pahang

Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah melaporkan, setakat hari ini, di mukim Perak telah merekodkan 66 kes positif COVID-19 selepas melakukan 1,005 ujian saringan manakala di Mukim Bangau, 653 telah disaring dan 17 kes positif di rekodkan.

KKM juga mendapati berlaku penurunan kes di kedua-dua lokaliti dan kluster adalah terkawal manakala semua kes positif telah menerima rawatan.

Walaupun tiadalah arahan PKPD di 2 mukim ini, tetapi segala SOP yang ditetapkan mestilah dipatuhi sebaiknya. Ianya bagi mengelakkan berlaku lagi penularan wabak COVID-19 sekali gus memutuskan rantaian daripada terus dijangkiti.

Kita jangan terus leka...


sumber : MKN

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post