Selain Kopi Viral Dalgona Coffee. Anda Boleh Cuba Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Lain

Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Perisa Lain

Kalau anda masih ingat semasa PKP 1.0 dulu, antara benda viral yang berlaku ketika itu adalah rakyat Malaysia sibuk dengan Dalgona Coffee. Sebenarnya banyak lagi perisa yang anda boleh cuba selain coffee tau antaranya Dalgona Milo, Mocha, Matcha, Oreo dan banyak lagi sepanjang Lockdown 2021 kali ini.

Ketika 'lockdown' tersebut, aku antara yang mencuba kopi viral ini dengan menghasilkan resepi Dalgona Coffee daripada resepi di internet. Alhamdulillah, entry Resepi Mudah Hasilkan Dalgona Coffee itu sebenarnya antara entry yang tertinggi pada bulan di blog ini. Ianya hanya sekadar perkongsian pengalaman buat kali pertama nak buat dan rasa Dalgona Coffee, lagi-lagi nak hilangkan bosan ketika PKP kan. Rasanya pun boleh la sedap.

Baru-baru ini baru aku perasan, sebenarnya selain kopi, ada banyak lagi perisa yang anda boleh cuba dengan teknik yang sama bagi menghasilkan dalgona. Pastikan anda kacau sebatian serbuk kopi bersama sedikit air sehingga menjadi likat. Kemudian tuangkan diatas susu segar.

Akaun twitter FoodViralMY telah kongsikan 7 resepi Dalgona dengan pelbagai resepi yang anda boleh cuba sepanjang tempoh Total Lockdown kali ini selain daripada Dalgona Coffee tersebut.

7 Resepi Dalgona Dengan Pelbagai Resepi

Bagi memudahkan anda untuk hasilkan campuran kopi likat dengan mudah, selain menggunakan sudu, anda boleh kacau menggunakan milk-mixer automatik atau pemukul telur bersaiz kecil. Anda hanya perlu on kan sahaja pengacau tersebut dan biarkan ianya kacau sehingga kopi menjadi likat.

#1 - Dalgona Teh Susu

Dalgona Teh Susu

Bahan-Bahan

2 sudu teh (serbuk), 2 sudu gula pasir, sedikit air panas, susu segar dan ketulan ais

Cara Penyediaan

Pukul atau kacau sehingga kembang serbuk teh tersebut bersama gula pasir dan air panas. Setelah bahan-bahan campuran tadi sudah likat, boleh masukkan ke dalam gelas bersama susu segar dan ais

#2 - Dalgona Oreo

Dalgona Oreo

Bahan-Bahan

Sedikit serbuk oreo (yang dipecah-pecahkan), 2 sudu gula, sedikit air panas, susu segar, dan ais

Cara Penyediaan

Menggunakan teknik yang sama, pukul campuran oreo, gula dan air panas sehingga kembang dan likat. Setelah itu, masukkan ke dalam gelas yang berisi susu segar beserta ketulan ais.

#3 - Dalgona Mocha

Dalgona Mocha

Bahan-Bahan

1 sudu makan nescafe, gula, 1 sudu makan serbuk coklat@milo, susu full cream dan ais

Cara Penyediaan

Campurkan nescafe, serbuk coklat dan gula bersama sedikit air panas tujuan untuk melarutkan sahaja. Kemudian kacau sehingga kembang dan boleh diletakkan ke dalam gelas yang berisi ais bersama susu full cream. Boleh letakkan serbuk milo/coklat/coklat cip sebagai hiasan jika anda suka

#4 - Dalgona Milo

Dalgona Milo

Bahan-Bahan

Serbuk milo, gula pasir, sedik air panas, susu segar dan ais

Cara Penyediaan

Kacau campuran serbuk milo, gula dan air panas sehingga kembang dan likat. Kemudian jika sudah likat, terus sahaja masukkan ke dalam gelas yang berisi susu segar. Kalau nak sejuk, boleh masukkan beberapa ketulan ais.

#5 - Dalgona Matcha

Dalgona Matcha

Bahan-Bahan

1 sudu serbuk matcha, 1 putih telu, gula, sedikit air, susu segar dan ais yang mencukupi

Cara Penyediaan

Mula-mula pukul sehingga kembang putih telur. Dalam masa yang sama larutkan gula di dalam air suam. Kemudian setelah itu, amsukkan sedikit demi sedikit larutan air gula dan kacau bersama putih telur, larutan air gula dan serbuk matcha. Setelah sebati, masukkan di dalam gelas yang berisi susu segar dan ketulan ais.

#6 - Dalgona Horlick

Dalgona Horlick

Bahan-Bahan

Serbuk horlick, sedikit air panas, susu segar dan ais

Cara Penyediaan

Pukul campuran horlick dan sedikit air panas sehingga likat. Setelah sebati semuanya, masukkan ke dalam gelas yang berisi susu segar dan ais. 

#7 - Dalgona Coklat

Dalgona Coklat

Bahan-Bahan

2 sudu serbuk coklat, 2 sudu krim, gula, air panas, susu segar dan ais

Cara Penyediaan

Pukul sehingga kembang serbuk coklat, gula dan air panas. Setelah itu masukkan krim untuk menjadikannya pekat dan sajikan bersama susu segar dan ais. Sedia untuk dihidangkan.


sumber : kopitarik

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post