Tonton Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 Dan WeTV Malaysia

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 Dan WeTV Malaysia

Slot Akasia diteruskan lagi dengan drama Masih Ada Rindu bagi menggantikan drama Sabarlah Duhai Hati yang mula bersiaran pada 2 Jun 2021 di TV3 juga menerusi aplikasi WeTV Malaysia. Nampaknya kali ini, slot Akasia bukan lagi bersiaran setiap hari tetapi hanya isnin hingga jumaat sahaja.

Drama Masih Ada Rindu menampilkan pelakon hebat Farid Kamil bergandingan bersama Mimi Lana. Drama ini juga merupakan adaptasi novel seperti drama sebelum-sebelum ini. Nama drama ini diambil sama sahaja dengan novel asal iaitu Masih Ada Rindu karya Mimie Afinie yang telah diterbitkan pada tahun 2004.

Episod : 16
Pengarah : Osman Ali
Penulis Skrip : Nazam Anas
Penerbit : Azlina Hj. Abd Wahid
Produksi : Nuansa Film Production Sdn. Bhd.
Pelakon : Farid Kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Kuna Muzani, Sri Idrina dan ramai lagi

  • Farid kamil sebagai HADI/HAKIM
  • Mimi Lana sebagai SYAFIQA
  • Halim Radzi sebagai IMRAN
  • Dayang Areeda sebagai NASYA
  • Fahmi Reza sebagai BADRUK
  • Aishah Ilias sebagai SYAZWANI
  • Kuna Muzani sebagai ZALEHA

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 Dan WeTV Malaysia

OST DRAMA

Nada Kalbu - Aina Abdul

Sinopsis Drama Masih Ada Rindu

Drama Masih Ada Rindu mengisahkan Nurul Syafika yang mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian mereka hanya sekejap, Hakim pergi meninggalkan Syafika buat selamanya. 

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 Dan WeTV Malaysia

Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam. Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi. Apakah pengakhirannya?

Drama Masih Ada Rindu Di Slot Akasia TV3 Dan WeTV Malaysia

Waktu Siaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Masih Ada Rindu setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Akasia TV3 bermula 2 Jun ini. Jika terlepas, bermula jam 8.00 malam anda boleh strim semula menerusi aplikasi WeTV Malaysia atau di website www.wetv.vip secara percuma.

Tonton Drama Masihd Ada Rindu (Episod Penuh)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 (Akhir)

2/Post a Comment/Comments

  1. sejak tinggal rumah bujang ni, tv tak pernah on citer ni, nnt boleh tengok dekat viu pulak

    ReplyDelete
  2. dah lama sangat tak layan drama melayu. even tgk tv pun dah jarang

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post