Treadmill Vigor TR600 Harga Bawah RM1000 Sesuai Untuk Bersenam Dirumah Dikala PKP

Treadmill Vigor TR600 Harga Bawah RM1000 Sesuai Untuk Bersenam Dirumah

Pada PKP 1.0 yang lepas sekitar bulan Jun, aku decide untuk beli sebuah treadmill yang boleh digunakan di rumah. Jadi selepas membuat survey, akhirnya aku decide beli Treadmill 3.5HP Vigor TR600 dan harganya pula bawah RM1000 tau.

Ketika Tahun 2020, rasanya kita habiskan masa hanya berkurung di dalam rumah sehingga nak bersenam pun terpaksa di lakukan secara indoor. Jadi ketika itu terfikir peralatan yang boleh membantu untuk bersenam di dalam rumah iaitu Treadmill. Sedikit sebanyak membantu aku dan keluarga untuk mengeluarkan peluh.

Jadi untuk membeli sebuah peralatan yang besar dan mahal, aku kena la buat carian sedikit. Akhirnya aku buat keputusan untuk mencari sebuah treadmill dengan 4 ciri penting yang aku nak iaitu :

  1. Harga bawah RM1000
  2. Mempunyai lebar larian lebih daripada 40 cm atau 400 mm
  3. Mempunyai roda supaya mudah digerakkan
  4. Boleh beli menerusi Shopee atau Lazada (trusted) 

Jadi selepas membuat carian, barulah aku jumpa Treadmill jenama Vigor dengan model TR600 ini.

Spesifikasi Treadmill Vigor TR600

Sebelum pergi jauh, jom kita tengok spesifikasi yang ditawarkan Treadmill ini. Untuk jenama Vigor ini, ianya menawarkan pelbagai model dan ini merupakan model pertengahan iaitu TR600. Ada model TR660S dan TR650.

Perlatan ini dikuatkan dengan 3.5HP dengan berat 120kg. Untuk saiz tapak larian adalah sebesar 1220 x 420 (mm) yang pastinya lebih lebar daripada 400 mm. Walaupun berat, tapak larian mudah dilipatkan kerana menggunakan sistem hydraulic suspension. Senang weh! Paling best, ada roda pada bahagian depan. Mudah nak tolak.

Treadmill Vigor TR600 Harga Bawah RM1000 Sesuai Untuk Bersenam Dirumah

Manakala untuk asas sesebuah treadmill, ianya juga memiliki paparan masa, kelajuan, jarak, kalori, nadi dan lemak badan. Manakala kelajuan disediakan antara 0.8 - 14.8 Km/H. Cukup untuk berjalan, jogging atau berlari. Selain itu ada Heart Pulse Sensor, USB Port & AUX untuk Mp3. Nice juga la.

Review Treadmill Vigor TR600

Jadi aku dan keluarga sudah gunakan lebih setahun treadmill ini untuk bersenam santai pada waktu petang. Sehingga kini ianya masih berfungsi dengan baik dan hanya servis untuk minyak pelincir seperti yang diberi selang 4 bulan sekali. Ianya boleh diuruskan sendiri sahaja. Untuk belting lain masih ok.

Treadmill pada awalnya dihantar oleh pihak poslaju dan secara jujurnya sangat berat untuk 120 kg. Jadi untuk bawa masuk ke rumah, perlu 2 orang sekurang-kurangnya. Kemudian anda perlu pasang sedikit iaitu pada bahagian handle dan itu sahaja. Sangat mudah.

Treadmill Vigor TR600 Harga Bawah RM1000 Sesuai Untuk Bersenam Dirumah

Untuk penggunaan harian, sangat mudah seakan Plug n Play sahaja. Setiap kali menggunakannya, hanya perlu turunkan tapak larian secara hydraulic dan mudah dilipat semula. Disebabkan adanya roda pada bahagian hadapan, ianya mudah digerakkan (tapi masih berat la sikit).

Papan larian yang kesat memberi keselesaan dan selamat pada setiap larian. Dinasihatkan untuk memakai kasut sukan yang bersesuaian setiap kali untuk berlari diatasnya. Ianya juga menyediakan sistem keselamatan autostop jika berlaku apa-apa perkara yang tidak diingini. Selain itu terdapat juga suspension pada bawah papan larian. Jadi larian tidak lah terlalu sakit kerana ada serapan hentakan.

Treadmill Vigor TR600 Harga Bawah RM1000 Sesuai Untuk Bersenam Dirumah

Treadmill Vigor ini ada menyediakan sambungan AUX yang boleh disambung kepada smartphone untuk dengar lagu. Treadmill ini ada speaker tau. Kuat la juga. Selain itu, ada juga USB untuk mainkan mp3 daripada thumbdrive anda.

Serius puas hati dengan kualiti yang diberi beserta dengan tawaran harga. Berbaloi-baloi. Duduk rumah pun, boleh bersenam dan berpeluh.

Harga Treadmill Vigor TR600 Dan Pilihan Lain Bawah RM1000

Untuk harga, aku beli Treadmill 3.5HP Vigor TR600 di Shopee ketika itu dengan tanda harga RM983. Walaubagaimanapun, model ini tidak lagi dijual di kedai Vigorfitness tersebut, sebaliknya hanya menawarkan 2 model iaitu :

Senarai Treadmill Harga Bawah RM1000

Untuk orang ramai yang sedang mencari treadmill bawah RM1000, anda boleh tengok 5 senarai dibawah

#1 - Treadmill ADSports AD520

Treadmill ADSports AD520

Sebuah treadmill dari jenama ADSports pastin memberikan pengalaman berjogging diatasnya dengan baik. Keluasan tapak larian juga besar iaitu 42 cm. Ada panel display dan had kelajuan bermula 1.0 hingga 14Km/h. Harga ditawarkan RM970 sahaja

⏩ Shopping Link : [Shopee] [Lazada]

#2 - Treadmill Kimilng K900

Treadmill Kimilng K900/X8

Harga yang ditawarkan adalah RM969 sahaja dengan 3 tahun warranty. Keluasan juga 42 cm saiz yang sangat sesuai untuk berlari

⏩ Shopping Link : [Shopee] [Lazada]

#3 - Treadmill Walkingpad U'REVO U1

Treadmill Walkingpad U'REVO U1

Untuk mereka yang mahukan penggunaan yang tidak begitu besar, boleh beli treadmill walkingpad ini. Ianya tidak menggunakan handle yang besar, hanya sekadar papan larian sahaja. Jimat ruang.

⏩ Shopping Link : [Shopee] [Lazada]

#4 - Treadmill Columbus Fitness S700

Treadmill Columbus Fitness S700

Antara jenama peralatan kesihatan yang terbaik iaitu Columbus Fitness. Dengan harga RM799 ianya menawarkan sebuah treadmill yang baik dan sesuai untuk digunakan disemua peringkat umur.

⏩ Shopping Link : [Shopee] [Lazada]

#5 - Treadmill Vigor TR500

Treadmill Vigor TR500

Daripada seller lain, anda boleh dapatkan jenama Vigor dengan model TR500. Harga ditawarkan juga berpatutan iaitu RM960 sahaja.

⏩ Shopping Link : [Shopee] [Lazada]

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post