Saksikan Drama Sitik Tok Di TV3 Dan WeTV Malaysia

Drama Sitik Tok Di TV3 (Slot Samarinda) & WeTV Malaysia

Drama Sitik Tok merupakan sebuah siri drama melayu Malaysia 2021 yang telah ditayangkan di slot Samarinda TV3 bermula 22 Julai 2021. Selain itu, penonton juga saksikan secara online menerusi aplikasi WeTV Malaysia secara percuma.

BACA : Tonton Drama Kampung Kolestrol Di TV9 (Slot Diandra) Dan TV3 (Slot Samarinda)

Macam mana agaknya bila kita suka menggunakan aplikasi Tik Tok. Setiap masa menghasilkan content bagi memaparkan di akaun milik kita tersebut. Jadi dalam cerita ini ada kisahnya.

Cerita ini tidak berat untuk ditonton oleh ramai. Ianya tontonan santai yang boleh disaksikan bersama keluarga di rumah. Lagi-lagi kita masih dalam PKP Penuh yang pastinya digalakkan untuk terus berada di rumah

Judul : Sitik Tok
Episod : 16
Tayangan : Slot Samarinda TV3 & WeTV Malaysia
Pengarah : Joon Goh
Skrip : Nadia Khan, Dayang Noor, Jarr Nadjmuddean & Mamu Vies
Penerbit : Joanna Lee
Produksi : Wildsnapper TV

Drama Sitik Tok Di TV3 (Slot Samarinda) & WeTV Malaysia

Pelakon & Watak

Pelakon utama bagi drama Sitik Tok ini ialah Scha Elinnea dan Niezam Zaidi. Mereka dibantu oleh barisan pelakon seperti Nelissa Nizam, Acong Sweetchild, Zamaera, Kahoe Hon, Nadia Aqilah, Hafizul Kamal, Tria Aziz, Dee Alhadi, Syazlin Zainal, Aznie Azmi, Tony Eusoff dan ramai lagi.

  • Scha Elinnea sebagai SITI
  • Niezam Zaidi sebagai SHON
  • Nelissa Nizam sebagai JAJA
  • Nadia Aqilah sebagai MS RONA
  • Acong Sweetchild sebagai CHUCHOX
  • Zamaera sebagai MARU
  • Kahoe Hon sebagai XANDER

    Drama Sitik Tok Di TV3 (Slot Samarinda) & WeTV Malaysia

Sinopsis Drama Sitik Tok

Drama Sitik Tok mengisahkan Siti seorang gadis kampung yang periang dan suka menari Tik Tok di mana-mana sahaja di sekitar kampungnya. Adakalanya Siti menari sewaktu orang menoreh getah, ketika ibunya membeli di pasar dan pelbagai-bagai lagi tempat. 

Pada satu hari, siti diberi peluang untuk mengejar impiannya untuk menjadi Tik Tok Star. Peluang ini membuatkan Siti terpaksa meninggalkan kampung halaman. Siti bergerakan dengan sepupunya Jaja dan seorang rapper yang bercita-cita tinggi, Maru. 

Dalam pengembaraan yang penuh keseronokan ini, dia bertemu dengan seorang jurugambar tampan bernama Shon. Beliau akhirnya mendapat peluang untuk mendaftar di akademi influencer ketika dia bertemu dengan ‘role modelnya’ Miss Rona.

Drama Sitik Tok Di TV3 (Slot Samarinda) & WeTV Malaysia

Drama Sitik Tok Di TV3 (Slot Samarinda) & WeTV Malaysia

Waktu Siaran

Seperti yang diumumkan pada awalnya, drama Sitik Tok akan mula ditayangkan pada 22 Julai ini. Drama ini akan bersiaran setiap isnin hingga khamis, pukul 10.00 malam menerusi slot Samarinda TV3.

Bagi yang terlepas untuk menonton, anda boleh saksikan secara online di aplikasi WeTV Malaysia atau di website www.wetv.vip sejurus selepas habis tayangan di tv iaitu jam 11.00 malam. Tontonan adalah percuma.

Tonton Drama Sitik Tok (Full Episod)

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 (Akhir)

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post