Sedap Juga Menu Baru KFC, Burger Banjir Dengan Sos BBQ Salai Ni

Sedap Juga Menu Baru KFC, Burger Banjir Dengan Sos BBQ

Beberapa hari yang lepas, KFC mula memperkenalkan menu baru yang dinamakan KFC Burger Banjir. Burger ini sebenarnya adalah Zinger Hot & Spicy tetapi dicelup dengan Sos BBG Salai.

Jadi disebabkan tempat aku kena PKPD dan tak tahu nak buat apa. Aku order dan belilah menu baru ni dan berharap ianya tidak mengecawakan seperti apa yang aku rasa pada menu Ayam Bali sebelum ni.

Untuk impression awal, burger ini nampak sedap apabila kepingan ayam zinger direndam di dalam sos bbq tersebut. Bagi aku iklan dan burger sebenar tidak jauh beza rupanya. Kudos sekali lagi kepada KFC.

KFC Burger Banjir Dengan Sos BBQ

Seperti biasa, aku order menerusi aplikasi Foodpanda yang lebih mudah ditambah pula aku ada kod diskaun. Jika anda buat pesanan menggunakan FP, terdapat 4 variasi Burger Banjir ini dengan harga yang berbeza:

  • Burger Banjir Box Meal (RM22.99)
  • Burger Banjir Combo (RM18.49)
  • Kombo Aneka (RM30.99)
  • Burger Banjir (RM14.49)

Aku order untuk Burger Banjir Combo dimana anda akan peroleh 1 Burger Banjir, 1 Fries dan 1 pilihan minuman dengan harga RM18.49. Jika anda buat pesanan di KFC secara dine-in atau pandu-lalu, harganya bermula dengan RM12.49.

Review Burger Banjir

Setiap hidangan Burger Banjir, terdapat kepingan roti bijan, salah segar bersama mayonis dan kandungan utama iaitu kepingan ayam Zinger yang dicelup ke dalam Grill BBQ Sauce.

Untuk rasa semua sama seperti zinger burger tetapi ada perasa tambahan iaitu sos bbq tersebut. Bila anda makan bersama kepingan ayam zinger dan sos bbq rasanya sedap weh ditambah pula isi ayam yang tebal. Sos BBQ sama sahaja, tiada yang istimewa pun.

Sedap Juga Menu Baru KFC, Burger Banjir Dengan Sos BBQ

Selain itu, saiz burger juga agak besar dan rasanya kenyanglah kalau makan sorang-sorang. Ban lembut, salad segar beserta sos mayonis yang cukup. For me, tak rasa pedas pun. Nak pedas, kena guna sos cili la.

BACA : Tidak Mengecewakan Daripada KFC Zinger Cheezilla

Untuk adunan sos bbq tidaklah sampai meleleh atau 'banjir' kerana sosnya seperti agak pekat dan hanya berada pada kepingan ayam itu sahaja. Kali ini, memang semua bahagian ada sos bbq ya. Jangan risau

Sedap Juga Menu Baru KFC, Burger Banjir Dengan Sos BBQ

Aku rasa boleh dicuba sekali lagi tapi menu burger KFC kan. Rasanya macam sedikit pricey lah. Tapi kalau teringin sangat, mungkin boleh beli lagi lepas ni.

Menu KFC Burger Banjir ini kini boleh didapati di KFC seluruh negara untuk waktu terhad tau. Katanya, kalau nak dapatkan diskaun 10%, boleh gunakan kod BANJIR dan buat pesanan melalui website KFC di www.kfc.com.my

7/Post a Comment/Comments

  1. Wow menarik ni. Boleh cuba.Sejak ada Texas Chicken, dah lama jugak tak makan KFC😁

    ReplyDelete
  2. ahhh rindunya nak makan KFC... sejak pkp langsung tak makan fast food sebb jauh dr rumah, delivery x cover area rumah..

    ReplyDelete
  3. Inshaallah, nak try makan nanti

    ReplyDelete
  4. Allah, nikmat kalau dapat makan . nasib musim pkp ini tak boleh keluar dah malam2 ini. jaga sop hehe

    ReplyDelete
  5. menarik tuh, tapi kalau dapat yang pedas mesti lagi nikmat... ayam bali dia tu sayang betul bagi akak kalau tak melekit sgt sos tu mesti sedap

    ReplyDelete
  6. lama dah tak makan kfc. takut nak try apa-apa keluaran baru dari kfc sebab takut tak menepati selera. boleh try lah nanti burger banjir nie.

    ReplyDelete
  7. dari hari tu lagi teringin. tapi tulah, harga tak berapa menarik. overpriced la kfc ni.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post