Tealive Yam Yam Smoothie. "Ermm Boleh La Rasa Keladi Bersama Pearl Dan Sago"

Tealive Yam Yam Smootie. "Ermm Boleh La Rasa Keladi Bersama Pearl Dan Sago"

Bulan Julai kali ni pula, pihak Tealive telah memperkenalkan lagi barisan menu minuman terbaru iaitu siri Yam Yam bersama Pearl, Sago dan Yam Balls. Siri kali ini ada 3 jenis minuman yang kini anda boleh cuba.

Jika bulan Jun yang lalu, Tealive memperkenalkan siri Grape Velvet juga dengan 3 variasi minuman. Daripada 3 jenis, aku sempat cuba 2 jenis minuman sahaja dan paling best ketika itu adalah Grape Velvet Milk.

BACA : Cuba Tealive Grape Velvet Smoothie With Coconut Jelly Plak? Ada 1 Je Yang Best!

Yam nama untuk keladi. Jadi anda boleh tahu la kan, siri minuman kali ini berasaskan air keladi tetapi dengan topping dan adunan yang berlainan. Untuk rasanya "ermm boleh la"

Review Yam Yam Smootie Bersama Pearl Dan Sago

Seperti yang diberitahu, terdapat 3 jenis minuman yang berasaskan Yam Yam dan disertakan juga dengan harga:

  • Yam Yam Milk Tea bersama Yam Balls & Sago (RM9.34 (R), RM11,23 (L))
  • Yam Yam Smoothie bersama Pearls & Sago (RM11.23)
  • Yam Yam Brown Sugar Smoothie bersama Pearls & Sago (RM11.79)

Tawaran menu baru ini adalah untuk waktu terhad sahaja (Limited Time Offer, LTO). Jadi dapatkan sebelum habis.

Tealive Yam Yam Smootie. "Ermm Boleh La Rasa Keladi Bersama Pearl Dan Sago"

Daripada 3 jenis ini, aku sempat merasa Yam Yam Smoothie bersama Pearls & Sago dengan harga RM14.90 untuk pesanan daripada GrabFood. Jadi anda peroleh minuman air keladi bersama gabungan pearl dan sagu.

Untuk rasa, bagi aku ianya sekadar rasa air keladi biasa tetapi istimewa yang tiada di tempat lain adalah adanya bubble pearl dan sagu sahaja. Selain itu tiada keistimewaan pun.

Rasa tidak terlalu manis. Cukup rasa keladi tersebut. Katanya 'with brown sugar' rasanya lebih manis daripada smoothie biasa.

Untuk peminat air keladi, mungkin minuman terbaru Tealive ini untuk anda. Bagi aku, minuman ini biasa sahaja dan mungkin aku tak repeat dah untuk siri Yam Yam yang lain. Cukup sekali. 

Tealive Yam Yam Smootie. "Ermm Boleh La Rasa Keladi Bersama Pearl Dan Sago"

Kita tunggu menu baru untuk bulan Ogos pula...

2/Post a Comment/Comments

  1. owh...ada perasa baru? tak perasan pun. nanti bolehla cuba

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup. baru 3-4 hari rasanya keluar perisa baru ni

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post