PKPD Temerloh Jaya kali-2. Kini 14 Lokaliti Dalam Temerloh Dikenakan PKPD Bermula 24 Julai Ini

PKPD Temerloh Jaya kali-2. Kini 14 Lokaliti Dalam Temerloh Dikenakan PKPD Bermula 24 Julai Ini

Siapa sangka selepas sebulan, kini Taman Temerloh Jaya kembali semula dalam status PKPD. TJ antara 14 lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 (2 minggu).

Pelaksanaan ini diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Ismail Sabri dalam kenyataan media mingguan yang dikeluarkan berkaitan keselamatan.

Sebenarnya ini bukan kali pertama Temerloh Jaya dikenakan PKPD. Ini merupakan kali ke-2 PKPD dilaksanakan selepas kali terakhir pada 12 - 25 Jun yang lalu ekoran peningkatan kes jangkitan COVID-19.

PKPD Dilaksanakan Di 14 Lokaliti Dalam Daerah Temerloh, Pahang

14 lokaliti yang dilaksanakan PKPD bermula 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 adalah :

  • Taman Bahagia
  • Tamab Bahagia Indah
  • Taman Bahagia Makmur
  • Taman Bahagia Permai
  • Taman Bahagia Courts
  • Seluruh Kampung Padang Lalang
  • Taman Perumahan Sri Kemuning
  • Flat Sri Kemuning
  • Taman Temerloh Jaya
  • Taman Temerloh Jaya Indah
  • Taman Temerloh Makmur
  • Seluruh Felda Lakum
  • Kampung Paya Keladan
  • Taman Keladan Indah

    PKPD Temerloh Jaya kali-2. Kini 14 Lokaliti Dalam Temerloh Dikenakan PKPD Bermula 24 Julai Ini

Hari ini, negara mencatatkan sekali lagi nilai kes harian COVID-19 sebanyak 13k iaitu 13,034 kes dengan 261 kes sahaja dicatatkan di Pahang. Manakala di daerah Temerloh sahaja mencatatkan 47 kes baru.

Jadi kepada penduduk yang berada dalam 14 lokaliti ini termasuk Temerloh Jaya, duduk la di rumah. Kala ande hal penting je baru keluar.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post