Tonton Drama Ayahanda TV3 (Slot Lestary) Dan Disney+ Hotstar

Tonton Drama Ayahanda TV3 (Slot Lestary)

Slot Lestary TV3 kali ini diisi dengan sebuah drama terbaru iaitu Ayahanda yang akan mula bersiaran pada 10 Julai 2021 bagi menggantikan drama Budak Tebing 2 yang telah tamat baru-baru ini.

Drama Ayahanda merupakan sebuah drama diinspirasikan daripada penerima S.E.A Writers Award 1988, Allahyarham Azizi Hj Abdullah A.M.N. dan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP Malaysia) tahun 1988 dengan tajuk yang sama, Ayahanda.

Berbeza dengan drama cinta-cinta sebelum ini, kali ini ianya mengisahkan kisah hidup seorang ayah hasil lakonan hebat daripada Jalil Hamid serta dibantu oleh pelakon seperti Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Noorkhiriah dan ramai lagi.

Judul : Ayahanda
Episod : 13
Tayangan : Slot Lestary TV3 dan Disney+ Hotstar Malaysia
Pengarah : Dato Ahmad Tamimi Siregar
Penulis Skrip : Wan Mahani dan Maizura Ederis
Penerbit : Fadzil Teh
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.
OST Drama : Coretan Pilu daripada Awie

Tonton Drama Ayahanda TV3 (Slot Lestary)

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang dibarisi dalam drama Ayahanda ialah Jalil Hamid, Fauziah Ahmad Daud, Fikry Ibrahim, Shahz Jaszle, Noorkhiriah, Hairi Safwan, Sherry Ibrahim, Mimi Ernida, Sobri Anuar, Rita Nadira dan ramai lagi.

  • Jalil Hamid sebagai HAJI ABDULLAH
  • Fauziah Ahmad Daud sebagai NORIAH
  • Fikry Ibrahim sebagai AZIZ
  • Noorkhiriah sebagai HALIMAH
  • Shahz Jaszle sebagai RAMLI
  • Hairi Safwan sebagai AHMAD
  • Sherry Ibrahim sebagai AISHAH
  • Mimi Ernida sebagai RAHAYU
  • Sobri Anuar sebagai MAT DIAH
  • Rita Nadira sebagai MAZNI

Sinopsis Drama Ayahanda

Kisah seorang ayah yang disorot daripada kaca mata anak bongsu. Baginya, semakin cuba difahami hati tua itu, semakin sukar jadinya. Degil ayahnya bergerak seiring dengan usia. Tidak boleh ditegur, jauh sekali menerima nasihat anak-anak. Lantaran itu dia sering berburuk sangka, menaruh dendam dan marah yang bercampur dengan rasa bersalah.

Tonton Drama Ayahanda TV3 (Slot Lestary)

Sedangkan si ayah pula kaya dengan kasih sayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi kebahagiaan anak-anaknya. Malah, tidak pernah berhenti berdoa agar keberkatan ALLAH selalu bersama mereka.

Namun dia bukannya seorang yang mudah meluahkan rasa yang terpendam. Baginya, cukup ditunjukkan melalui perbuatan dengan harapan anak-anak mengerti.

Hakikatnya, perasaan seorang ayah itu sukar diduga sekalipun digali sedalam mungkin oleh anak-anak sendiri.

Tonton Drama Ayahanda TV3 (Slot Lestary)

Waktu Tayangan

Jangan lupa untuk tonton semua episod drama Ayahanda yang bersiaran setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam melalui slot Lestary di TV3 mulai 10 Julai ini. Boleh tengok di tv3 atau secara online di www.xtra.com.my

Selain itu, anda boleh tonton secara online pada bila-bila masa melalui aplikasi Disney+ Hotstar Malaysia yang boleh dilanggan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan.

Tonton Semua Episod Di Disney+ Hotstar/button

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post