Cara Mudah Cancel Subscription Disney+ Hotstar Malaysia

Cara Mudah Cancel Subscription Disney+ Hotstar Malaysia

Nampaknya anda berniat untuk cancel subscription atau membatalkan langganan Disney+ Hotstar Malaysia selepas 3 bulan 'merasai' pengalaman menonton filem dan siri Marvel ye. Boleh ikut langkah seperti dibawah.

Jika anda merupakan antara individu yang telah melanggan Disney+ Hotstar ketika pelancaran rasmi pada 1 Jun yang lalu, tarikh akhir langganan anda adalah pada 1 September 2021. Aku antara salah seorangnya.

BACA : Cara Melanggan Disney+ Hotstar Malaysia

Bagi pengalaman aku sendiri, sepertinya kandungan Disney+ Hotstar Malaysia ini tidak terlalu banyak dan menarik untuk aku strim selama tempoh 3 bulan ini. Jadi kini aku decide untuk cancel langganan selepas habis 1 September nanti.

Selain itu, aku rasakan RM54.90 untuk 3 bulan atau lebih kurang RM18.30 sebulan ini terlalu mahal jika dibandingkan dengan kandungan disediakan.

Mungkin aku akan kumpul duhulu beberapa siri atau filem yang menarik seperti What If...? dan kemudian barulah langgan semula kemudian hari.

Cara Membatalkan Langganan Disney+ Hotstar Malaysia

Menerusi perkongsian Help Hotstar, anda hanya perlu cancel subcription secara manual jika anda membayar dengan kad Kredit atau Kad Debit beserta membayar guna Apple App Store. Jika tidak, ianya akan auto-renew setiap 3 bulan.

Manakala jika anda membayar guna Perbankan Internet seperti Maybank2u, ianya akan tamat secara automatik dan tidak perlu cancel secara manual.

Cara Membatalkan Langganan Disney+ Hotstar Malaysia

#1 - Cara Batal Langganan Jika Bayar Guna Kad Kredit / Kad Debit

Anda boleh membatalkan langganan sama ada menerusi aplikasi telefon atau di website www.hotstar.com/my

  1. Klik pada 3 garisan di sudut kiri atas skrin
  2. Klik pada nama dan nombor telefon anda
  3. Klik pada 'Cancel Subcription dan kemudian pada 'Confirm Cancelltion'
  4. Anda akan dibawa semula ke halam akaun dengan menunjukkan langganan anda telah tamat

Jika anda membatalkan langganan pada bila-bila masa dalam waktu 3 tersebut, anda masih lagi boleh nikmati kandungan Disney+ Hotstar sehingga tarikh akhir. Sekurang-kuranya dalam tempoh 24 jam sebelum tamat langganan. Kalau tidak dia auto-renew.

#2 - Cara Batal Langganan Jika Bayar Guna Perbankan Internet

Seperti yang diberitahu pada awalnya, jika menggunakan perbankkan internet, anda tidak perlu 'cancel subscription'. Ianya akan tamat sendiri jika sudah masa nanti.

Seperti yang dimaklumkan, bermula 17 Ogos 2021, tiada lagi kaedah bayaran menggunakan Perbankan Internet. Hanya kaedah bayaran guna Kad Kredit, Kad Debit atau Pengebilan Apple App Store.

#3 - Cara Batal Langganan Jika Bayar Guna Pengebilan Apple App Store

Jika sebelum ini anda langgan menerusi pengebilan Apple App Store, sila ikuti langkah-langkah seperti di halaman Apple App Store tersebut. Mestilah sekuran-kurangnya 48 jam sebelum tarikh akhir langganan sebelum auto-renew.

Jadi diharapkan ini membantu. Buat masa ini, aku juga buat keputusan untuk stop sekejab langganan Disney+ Hotstar Malaysia. Jika rasa dah banyak filem atau siri baru yang menarik, boleh langgan semula.

2/Post a Comment/Comments

  1. Hari tu nak tengok cite apa kat disney+ hotstar ni, bila tengok mcm tak ada yang menarik. tak jadi subscribe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Netflix boring giler sial....itu pun aku gagah gak sbb nak tengok Henry Cavill punya the Witcher sesason 2 sekali dgn kartun dewasa Disenchantment....citer K-POP MEMANG AKU TAK LAYAN.....MANER2 PUN....SKANG AKU LAYAN THE CLONE WARS KAT DISNEY....

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post