Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

Rakyat Malaysia seperti sudah mula celik pelaburan termasuklah aku. Akan tetapi pasti yang perlu dipelajari lagi terutamanya bagi pemula. Akan tetapi Wahed Invest menawarkan pelabur dengan pengurusan secara automatik daripada robo-advisor.

Berbeza dengan ciri pelaburan lain dimana kebiasaanya anda perlu baca graf, pantau kenaikkan dan sebagainya. Berbeza dengan robo-advisor seperti Wahed Invest yang menjalankan pelaburan anda secara sendiri. Tak perlu la nak tengok graf semua tu.

Anda hanya invest mengikut kemampuan anda dan biarkan robot yang melaburkan untuk anda. Tak perlu nak monitor atau baca chart semua. alert-info

Wahed Invest antara ciri pelaburan yang sesuai untuk mereka yang baru ingin mula melabur dan juga yang tidak mempunyai apa-apa pengetahuan tentang pelaburan. Anda hanya perlu deposit, dan robot yang malaburkan untuk anda.

Untuk yang tertanya-tanya, Wahed Invest ini adalah sah di sisi undang-undang Malaysia kerana ianya merupakan robo-advisor yang pertama dikawal selia dibawah Suruhanjaya Sekuriti (SC)

Bukan itu sahaja, Wahed Invest juga patuh syariah dan mesra muslim. Jadi tiada keraguan untuk menggunakannya. Untuk permulaan, deposit adalah serendah RM100 dengan 6 profil risiko yang disediakan mengikut kesesuai pelabur iaitu conservative, moderately conservative, moderately aggressive, aggresive dan very aggresive. Anda juga boleh pantau menerusi aplikasi telefon pintar sahaja.

BACA : Panduan Lengkap Untuk Mula Labur Saham Patuh Syariah

Walaubagaimanapun, pelaburan robo-advisor ini juga sama dengan pelaburan lain dimana tiada jaminan keuntungan dan pulangan modal. High risk, high return and vice versa.

Cara Daftar Wahed Invest Untuk Yang Baru

Jadi untuk tahun 2021 ini, bagi yang berminat untuk mencuba Wahed Invest boleh mula mendaftar dengan menggunakan aplikasi sahaja.

1)  Download terlebih dahulu aplikasi Wahed Invest di Play Store atau App Store. Buka dan jalankan seperti biasa.

2)  Untuk permulaan, anda perlu masukkan emel kemudian tetapkan password. Anda perlu sahkan akaun tersebut dengan masukkan kod verifikasi yang dihantarkan kepada emel anda.

Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

3)  Seterusnya, anda perlu tetapkan portfolio anda dengan menjawab beberapa soalan berkaitan pelaburan seperti tanda gaji, tujuan pelaburan dan beberapa lagi.

Akhirnya akan diberikan cadangan portfolio berdasarkan soalan tersebut (untuk aku ~aggresive)

Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

4)  Kemudian, barulah anda daftar akaun Wahed Invest dengan masukkan nama penuh, tarikh lahir, alamat, no. telefon dan beberapa perkara lain. Ikut segala arahan yang dipaparkan

Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

5)  Anda boleh dapatkan bonus tambahan RM10 dengan masukkan kod AIMABD53 yang ianya akan dikreditkan kepada anda secara percuma dalam tempoh 15-30 hari.

Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

6)  Untuk pengesahan, anda perlu hantar gambar MyKad anda atau mana-mana pilihan dokumen yang disenaraikan. Seterusnya perlu juga selfie muka anda bagi tujuan pengesahan

7)  Akhir sekali, untuk melayakkan anda mula melabur di Wahed Invest, anda perlu buat deposit dengan nilai minima RM100 (one-time) sama ada menggunakan online banking atau wire transfer.

Cara Daftar Wahed Invest Terbaru Dan Mula Melabur Untuk Tahun 2021

Jika sudah, Wahed Invest akan terima pembayaran tersebut dalam tempoh 7 hari selepas deposit dibuat (waiting to receive your funds).

Akhir sekali, anda akan dimaklumkan jika proses pelaburan sudah berjalan.

Cara Deposit Tanpa Caj Tambahan (Wire Transfer)

Bermula Mei 2021, pihak Wahed Invest mengenakan caj tambahan sebanyak RM1 bagi setiap transaksi deposit bagi kaedah FPX (online banking). Tetapi kelebihan padanya adalah ianya memudahkan.

#1  Cara Deposit Guna FPX (Online Banking)

Pada halaman utama, klik pada Add Fund > pilih akaun anda > dan masukkan nilai pelaburan (one-time) dan klik Next.

Cara Deposit Guna FPX (Online Banking)

Pada halaman kaedah, pilih Instant (FPX) dan pilih bank yang anda ingin gunakan. Kemudian buat bayaran seperti biasa sehingga selesai.

Cara Deposit Guna FPX (Online Banking)

*Jika anda deposit RM500, sebanyak RM1 akan ditolak dari jumlah tersebut. Jadi anda hanya deposit sebanyak RM499 sahaja

#2  Cara Deposit Guna Wire Transfer

Berbeza dengan wire transfer, tiada caj tambahan dikenakan tetapi kaedah ini panjang la sikit jalannya. Tapi sebenarnya senang je. Anda hanya perlu buat bayaran secara manual di laman bank sahaja.

  1. Login seperti biasa aplikasi Wahed Invest anda
  2. Pada halaman utama, klik Add Fund > piliha akaun > masukkan nilai deposit
  3. Pada pilihan kaedah, pilih "Wire Transfer"
  4. Kemudian masukkan maklumat akaun bank yang anda ingin buat deposit dan ikut arahan seterusnya 
  5. Arahan seterusnya akan dihantar kepada emel anda. Anda akan diberi maklumat pembayaran seperti jumlah deposit yang anda masukkan, bank akaun Wahed Invest, nombor akaun dan reference note.
Cara Deposit Guna Wire Transfer

Jadi seterusnya, anda perlu buat bayaran secara manual menggunakan akaun bank anda. Aku menggunakan Maybank2u.

6.  Login Maybank2u seperti biasa dan pergi pada bahagian Pay & Transfer > Transfer

7.  Pada bahagian maklumat penerima, anda masukkan nombor akaun PTB for Wahed Technologies, jumlah deposit yang anda telah tetapkan dan paling penting adalah reference note tersebut.

Cara Deposit Guna Wire Transfer

8.  Reference note tersebut terlalu panjang, jadi anda hanya copy mana yang muat sahaja. Jangan salah walaupun satu nombor.

9.  Kemudian buat bayaran seperti biasa sehingga selesai.


Ok anda kini seorang pelabur! Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman web rasmi Wahed Invest.

2/Post a Comment/Comments

  1. Sejak akhir-akhir ni agak menurun sikit. Akak amik yang gold jer😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tukar very aggresive hari tu, so far naik. Tapi kalau dah investment, biar je la long term kan

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post