Terbaru! Saksikan Drama Anak Sena TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Anak Sena TV3 (Slot Samarinda)

Sebuah lagi drama baru keluaran TV3 untuk tonton orang ramai iaitu bertajuk Anak Sena yang akan mula bersiaran pada 26 Ogos 2021 menerusi slot Lestary.

Drama Anak Sena bakal menggantikan drama Hello, Jangan Tapau Cintaku yang akan tamat pada 25 Ogos dan seterusnya memberi laluan kepada drama baru tersebut.

Sebuah drama yang bukan clishe atau drama cinta seperti sebelumnya. Ditambah pula dibarisi dengan pelakon hebat seperti Ben Amir, Ruzaidi Abd Rahman, Sasha Abdul dan ramai lagi.

Judul : Anak Sena
Episod : 8
Pengarah : Bahri Uma Bajuri
Idea Asal : Panel Kreatif Scimpa
Skrip : MF Kenchana & Irdeena Nur Humaira
Penerbit : Jaja Ishak
Produksi : Kembara Sufi Sdn. Bhd.

Saksikan Drama Anak Sena TV3 (Slot Samarinda)

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang terlibat dalam drama Anak Sena ialah Ben Amir, Hadi Putra, Sasha Abdul, Ruzaidi Abd Rahman, Norshahira Abdul Malik, Nadia Aqilah, Farah Ahmad, Lan Siro, Danish Iskandar dan ramai lagi. 

Selain itu, terdapat juga ada penampilan khas daripada pelakonAzwan Ali dan Rashidah Jaafar.

  • Bin Amir sebagai Cikgu Amir
  • Ruzaidi Abd Rahman sebagai Tok Sena
  • Hadi Putra sebagai Wadi
  • Farah Ahmad sebagai Kiambang
  • Nadia Aqilah sebagai Kuntum
  • Sasha Abdul sebagai Fatin 
  • Lan Siro sebagai Jati
  • Norshahira Abdul Malik sebagai Cikgu Amira
  • Danish Iskandar sebagai Karim


OST Drama

Lagu : Bukan Aku
Penyanyi : Danial Chuer
Komposer : Amsyar Razqa, Marzuq
Lirik : Amsyar Razqa, Amzar Razqa, Farid Pedang

Saksikan Drama Anak Sena TV3 (Slot Samarinda)

Sinopsis Drama Anak Sena

Drama Anak Sena mengisahkan mengenai kehidupan Sena, tok batin berketurunan orang asli Bateq yang berusaha memastikan anak orang asli mendapat pendidikan sempurna.

Setiap pagi, dia akan memandu bot membawa sejumlah murid dari kampungnya meredah sungai Hulu Tembeling untuk ke sekolah.

Selesai waktu persekolahan, Sena akan membawa Wadi masuk ke hutan memburu binatang, mencari makanan, tumbuhan, akar kayu dan rotan.

Saksikan Drama Anak Sena TV3 (Slot Samarinda)

Bagi Sena, anak-anak orang asli perlu menguasai ilmu hutan dan ilmu sekolah.

Menjadi kebiasaan bagi anak orang asli datang sedikit lewat ke sekolah kerana terpaksa meredah hutan dan perjalanan menaiki bot ke sekolah juga memakan masa lama.

Konflik terjadi apabila suatu hari cikgu Amir, guru baru di sekolah Wadi tidak sengaja memarahi Wadi.

Sejak itu Wadi tidak mahu ke sekolah dan tekad melarikan diri daripada kampung kerana tidak mahu dipaksa ke sekolah oleh Sena.

Keputusan Wadi melarikan diri membawa membawa padah apabila dia diculik dan dipaksa meminta sedekah di bandar.

Waktu Siaran

Drama Anak Sena akan bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di Slot Lestary TV3 bermula 26 Ogos ini.

Selain itu, anda juga boleh tonton, langgan dan strim secara online di Disney+ Hotstar.

Tonton Semua Episod Di Disney+ Hostart Disini/button


0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post