Drama Terlerai Noktah Di Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar

Drama Terlerai Noktah Di Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar

Istimewa buat drama melayu tempatan, TV3 kali sekali lagi membawakan sebuah drama psiko thriller bertajuk Terlerai Noktah yang akan mula bersiaran pada 26 Ogos 2021.

Sebelum ini, kita disajikan dengan drama Misteri Mona yang rata-rata mendapat komen positif daripada penonton sehingga dibuat pula sekual telefilem Misteri Mona Kuserumu Kembali.

Jadi adakah drama dengan genre yang sama ini bakal menjadi sekali lagi sebuah drama diangkat ke telefilem juga selepas ini? Nantikan sama-sama kelak.

Judul : Terlerai Noktah
Episod : 9
Pengarah : Amor Rizan
Penulis Skrip : Amor Rizan, Ghufron Salim & Saiqa Askari
Produksi : Padi Pictures Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Drama Terlerai Noktah Di Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar

Drama ini pastinya menjadi lebih ditunggu-tunggu apabila Nabila Huda memegang watak utama. Selain itu ada Aidil Aziz, Azhan Rani, Watie Sadali, Hariz Hamdan, Atikah Suhaime, Raysha Rizrose, Ainul Aishah, Duerra Mitilda dan ramai lagi

  • Nabila Huda sebagai Zaira
  • Aidil Aziz sebagai Doktor Rudi
  • Watie Sadali sebagai Laila
  • Hariz Hamdan sebagai Fariz
  • Atikah Suhaime sebagai Rania
  • Raysha Rizrose sebagai Jasmine
  • Ainul Aishah sebagai Hani
  • Duerra Mitilda sebagai Zaira

dan ramai lagi...

Sinopsis Drama Terlerai Noktah

Drama Terlerai Noktah mengisahkan Zaira (Nabila Huda) yang terpisah dengan adiknya Hani (Ainul Aishah) sejak 20 tahun yang lalu. 

Selepas 20 tahun, polis menjumpai Hani dalam keadaan terikat di sebelah bayi dan mayat suami Hani yang dibakar mukanya.

Drama Terlerai Noktah Di Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar

Hani disahkan menghidap PTSD dan Amnesia, malah terdapat satu nota yang meminta Hani di hantar ke hospital jiwa milik suami Zaira, Dr Rudi.

Namun Hani tidak mengaku bahawa Zaira adalah kakak kandungnya.

Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) pula menimbulkan ketidakpuasan hati pada ketua jururawat di situ, Rania (Atikah Suhaimie) yang mempunyai rahsia yang disembunyikan.

Waktu Tayangan

Penonton boleh saksikan drama Terlerai Noktah bermula 26 Ogos ini yang ditayangkan setiap isnin hingga khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Jika terlepas, anda boleh strim di Disney+ Hotstar sejurus selepas habis tayangan di tv dan jangan lupa untuk langgan dengan harga RM54.90 untuk 3 bulan.

Drama Terlerai Noktah Di Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar

Aiman
Aiman Suka kongsikan info menarik dan pengalaman sendiri berkaitan pelbagai perkara | aiman6991@gmail.com

Post a Comment for "Drama Terlerai Noktah Di Samarinda TV3 & Disney+ Hotstar"