Serius mind blown! Korang kena tengok filem Andhadhun

Terbaik filem Andhadhun Netflix

Filem Andhadun merupakan filem India yang telah diterbitkan pada tahun 2018. Untuk pasaran Malaysia, aku tak pasti bila ianya mula-mula dimainkan disini menerusi platform penstriman Netflix.

Filem yang sudah menjadi bualan orang ramai ini sepertinya sangat tidak dijangka bagi aku. Ramai yang katanya filem ini sangat best untuk ditonton dan recommended daripada Netflix sendiri. Jadi aku decide untuk tonton dan ungkapan aku Mind Blown! Hebat!

Judul : Andhadhun
Tayangan : Netflix Malaysia
Genre : Jenayah triller
Negara : Hindustan
Pengarah : Sriram Raghavan
Produksi : Viacom 18 Motion Pictures & Matchbox Pictures

Barisan pelakon

Antara pelakon utama yang membarisi filem ini ialah Tabu, Ayushmann Khurrana, Radhika Apte, Zakir, Manav Vij, Hussain, Ashwini Kalsekar dan Chaya Kadam.

Mereka dibantu oleh Pawan Singh, Mohini Kewalramani , Gopal K Singh, Rashmi Agdekar, Kabir Sajid Sheikh, Rudrangshu Chakrabarti dan ramai lagi

Terbaik filem Andhadhun Netflix

Plot penceritaan

Filem Andhadhun (buta) mengisahkan Akash (Ayushmann Khurrana) yang hebat bermain piano. Bagi menggilap bakatnya menjadi lebih baik, beliau terpaksa berpura-pura buta setiap hari supaya daya pendengaran menjadi tajam, sekali gus menghasilkan pemainan piano yang lebih baik.

Cerita bermula apabila Sophie (Radhika Apte) telah melanggar Akash ketika melintas jalan. Sebab itu juga, Sophie dan Akash menjadi rapat sehingga membawa beliau untuk buat persembahan di restoren tempat kerjanya. Ramai yang suka dan mengkagumi bakat beliau.

Terbaik filem Andhadhun Netflix

Disebabkan itu, Pramod (Anil Dhawan) seorang bekas pelakon terkenal mempelawa Akash untuk membuat persembahan khas di rumah beliau sempena Ulang Tahun Perkahwinan Pramod bersama isterinya, Mimi (Tabu). Masih tiada siapa yang tahu dia hanya berpura-pura buta.

Jadi disinilah bermula konflik bagi seluruh penceritaan filem Andhadhun ini. Disebabkan Akash berpura-pura betul, beliau telah menyaksikan pembunuhan Pramod yang dilakukan oleh isteri dan 'kekasih gelap' nya yang juga merupakan seorang pegawai polis, Inspector Manohar (Manv Vij) ketika berada di rumah mereka bagi membuat persembahan khas tersebut. Bukan itu sahaja, Akash juga menyaksikan Mimi membunuh jirannya yang tahu akan keadaan sebenar bagaimana kejadian ini berlaku.

Terbaik filem Andhadhun Netflix

Walaupun Mimi rasakan Akash ini buta, tetapi beliau masih syak wasangka. Akhirnya barulah Mimi tahu yang Akash ini tidak buta malahan melihat semua kejadia pembunuhan yang berlaku termasuk pelaku sang polis durjana tersebut.

Terbaik filem Andhadhun Netflix

Disebabkan itulah, Akash akhirnya dibutakan sebetulnya oleh Mimi kerana kantoi akan segala perilaku tersebut. Jadi bagi mengelakkan dibunuh, Akash melarikan diri di tempat lain dan mengatur strategi bersama teman yang dijumpainya untuk memerangkap Mimi dan Inspektor Manohar.

Akhirnya semua mendapat pembalasan setimpal dan Akash kini sudah berjaya menjadi seorang ahli piano yang berjaya di London. Tapi adakah dalam keadaan buta atau berpura-pura buta? Kena tengok sampai habis.

Ulasan filem Andhadhun

Aku bagi gambaran awal dimana filem ini menerapkan pelbagai elemen seperti muzik, penipuan, pembunuhan, khianat, baik hati dan aku kena masukkan juga unsur komedi.

Pelakon yang dipilih juga agak baik dan sesuai dengan setiap watak yang dibawa. Mimi pun boleh nampak juga watak jahat disamping rasa bersalah. Akash pun boleh nampak muka penipu disamping bawa watak berpura-pura buta pun nampak macam buta sebenar.

Yang paling best, tak jangka pun babak awal penceritaan merupakan turning point dalam cerita ini yang dimainkan semula untuk versi penuh pada babak pengakhiran cerita. Ingat sekadar babak kosong sahaja.

Terbaik filem Andhadhun Netflix

Mungkin ada yang kata, sindiket jual organ pada akhinya macam mengarut. Tapi bagi aku, ok je dan relateable untuk seluruh penceritaan. Kalau tak, macam mana nak setelkan Mimi tu kan disamping dengan ketamakan doktor tersebut nak jual organ orang.

Hindustan tidak boleh dipisahkan dengan muzik lagi-lagi menceritakan tentang seorang ahli piano. First time dengar lagu-lagu dalam filem ini, semua sedap. Kesemunya dimainkan ketika Akash sedang membuat persembahan. Selain pandai bermain piano, dia juga pandai menyanyi. Alunan piano juga best mengikut situasi.

Walaupun filem ini lebih kepada jenayah pembunuhan tetapi berjaya selitkan elemen komedi yang sangat baik bagi aku. Hanya ada 1 je babak kelakar tapi bagi aku sangat kelakar. Apabila Mimi nak uji betul ke Akash ni buta, beliau terkejutkan dengan memakai topeng hantu. Aku siap pause dan gelak weh hahaha Tapi Akash masih mampu berlakon dan hanya ketawa sikit pada hujung babak.

Pengakhiran yang baik untuk watak utama dan kematian untuk watak jahat. Bagi aku adil untuk kita yang menonton. Akhirnya yang untung dalam filem ini adalah Akash sahaja. 

Terbaik filem Andhadhun Netflix

Jadi untuk korang yang masih belum menonton filem Andhadhun ni, serius korang kena tonton sekarang yang mana antara filem hindustan terbaik pernah aku tonton untuk tahun 2021 ini. Boleh tengok di Netflix. Jangan lupa untuk langgan juga.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post