Betul Ke Pedas Menu Baru Dari KFC, Ayam Goreng Extra Hot & Spicy Ni?

Betul Ke Pedas Menu Baru Dari KFC, Ayam Goreng Extra Hot & Spicy Ni?

Hari pertama diperkenalkan, aku dah cuba menu baru KFC, Ayam Goreng Extra Hot & Spicy ni. Katanya pedas ngam-ngam dan sedap kaw-kaw. Betul ke?

Daripada iklan yang dikeluarkan oleh KFC ni, pastinya kita teringat dengan Ayam Goreng Mcd 3x Pedas yang dikeluarkan sebelum ini yang pastinya pedas dari biasa.

BACA : Pedas Sangat Ke Menu Baru Ayam Goreng McDonald's Extra Spicy 3X ini?

Jadi untuk KFC ini, aku sebenarnya harapkan perkara sama pada ayam goreng extra hot & spicy yang ditawarkan ini. Bukan pedas biasa, tapi lebih lebih pedas.

Tawaran untuk menu terbaru ini adalah terhad untuk waktu tempoh yang ditetapkan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk rasa tau.

Review KFC Ayam Goreng Extra Hot & Spicy

Melalui menu baru ini, KFC sediakan beberapa set combo yang anda boleh dapatkan dengan pelbagai pilihan dan harga antaranya 2-ketul dan 3-ketul Extra Hot & Spicy Combo masing-masing berharga RM17.99 dan RM21.99.

Selain itu ada juga, Extra Hot & Spicy Box Meal, 6-ketul, 9-ketul dan 12-ketul Extra Hot & Spicy Bucket. Selain itu ada juga, Kentang Goncang dengan harga RM6.49. Boleh la dapatkan di KFC berhampiran atau order online di aplikasi serta website KFC.

Jadi menu kali ini, aku beli 3-ketul ayam goreng combo dan kentang goncang menerusi Grab dengan total harga RM13 sahaja. Gunakan kod baucer HOTDEALS atau HOTDEALSGF

Dengan combo tersebut, aku dapat 2-ketul ayam goreng bersama coleslaw, kentang putar dan minuman berkarbonat pepsi black.

Alhamdulillah, reques 'ayam besar' aku kali ini disambut baik. Aku dapat semua ayam goreng dengan cukup sifat. Besar dan mengenyangkan.

Betul Ke Pedas Menu Baru Dari KFC, Ayam Goreng Extra Hot & Spicy Ni?

Tetapi sekali lagi, jangan terpedaya dengan iklan KFC. Jika anda nampak gambar iklan ayam gorengnya seakan merah tetapi hakikat sebenar warna ayamnya sama seperti ayam goreng spicy biasa atau mungkin pekat 10% je kot.

Untuk rasa pula sepertinya tidak capai apa yang aku jangka. Rasa pedas lebih sikit tu ada daripada ayam goreng spicy, tetapi tidak terlalu pedas pun. 

Kalau orang kuat pedas, mungkin dia tak rasa pun ada perubahan ayam goreng extra pedas dan ayam goreng spicy KFC ni. Tapi bagi aku ada tambah sikit je rasa pedas.Bagi aku, kalau tahap meter, pedasnya 2.5/5 sahajaAyam Goreng McD 3x jauh lebih pedas.

Bagi aku, sebenarnya Extra Hot & Spicy ini sepatutnya menjadi ayam goreng spicy pada menu KFC tu. Baru puas makan. Rasa pedas ada, rasa sedap pun ada.

Manakala untuk Kentang Goncang, anda diberi sebuah beg kertas bersama serbuk KFC Hot & Spicy. Jadi anda goncang sendiri. Rasanya sedikit masin dan pastinya pedas dan macam rasa serbuk mamee tu weh. Tapi sedap juga la.

Betul Ke Pedas Menu Baru Dari KFC, Ayam Goreng Extra Hot & Spicy Ni?

Walaupun rasa pedas tidak sampai tahap apa yang aku jangkakan, tetapi aku boleh katakan KFC Extra Hot & Spicy ni sedap juga. Aku boleh repeat kalau nak makan lagi.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post