Mix Box S : Sangat Berpuas Hati Sehingga Sekarang

Mix Box S : Sangat Berpuas Hati Sehingga Sekarang

Inilah ungkapan awal aku berkenaan sebuah Android Box jenama Xioami iaitu Mi Box S. Sangat berbaloi dan berpuas hati walaupun lebih setahun menggunakannya.

Tak silap, aku beli Mi Box S ni ketika pertukaran rangkaian internet iaitu dari Streamyx kepada Unifi Air iaitu daripada 8Mbps kepada 20Mbps dalam skop kelajuan internet sekitar Ogos 2020. Ye la, nak guna android box, kena la internet wifi laju sikit kan.

Dalam masa yang sama juga, ketika antara android box yang tengah menjadi bualan orang ramai adalah model ini bersama-sama Mi Stick yang sedikit lebih murah tetapi ada kekurangan daripada spesifikasi. Jadi aku decide beli yang ok sikit which is Mi Box S la.

Ketika itu juga, aku decide nak tengok Netflix di tv selain nikmati siaran ulang-ulang di Astro. Jadi kalau dah bosan dengan siaran ulangan, aku boleh tukar kepada kandungan yang lebih berkualiti seperti ada pada laman penstriman tersebut.

Android box pula boleh dipasangkan kemana-mana tv yang menyokong sambungan HDMI. Jika anda guna tv biasa pun tapi ada port HDMI, anda boleh 'transform' kepada android tv menggunakan android box.

Spesifikasi Mi Box S

Pada awalnya, aku hanya bandingkan Mi Box S dengan TX6 sahaja. Aku dah cuba dan ternyata TX6 sangat slow dan kadang lag untuk penggunaan harian. Jadi antara perbezaan adalah pada RAM yang terbina.

  • Sistem : Android OS
  • Google Certified : Yes
  • RAM : 2 GB
  • Storage : 8 GB
  • Bluetooth : 4.2
  • Wifi : Yes
  • Port : 1x USB 2.0, Audio jack

Mi Box S hanya didatangkan dengan satu warna sahaja iaitu hitam. Setiap pembelian juga disertakan dengan palam pengecaj, kabel HDMI dan alat kawalan jauh. Jadi tak perlu nak beli asing-asing pun.

Selain itu ada juga ciri chromecast dimana anda boleh sambungkan telefon anda dengan android box terus dipancarkan ke tv menggunakan sambungan wifi. 

Boleh pasang extra storage untuk dapatkan lebih besar kapasiti. Boleh pasang speaker Dolby Atmos, boleh pasang pendrive dan sebagainya kerana adanya port USB tersebut.

ciri dan spesifikasi mi box s

ciri dan spesifikasi mi box s

Review Penggunaan Mi Box S Selama Setahun

Kita sedia maklum dengan isu copyright berkaitan android box. Ada yang menjual bersama-sama kandungan dan aplikasi cetak rompak dan anda boleh ditangkap jika bersalah.

Berbeza dengan Mi Box S dan salah satu sebab juga aku beli jenama ini iaitu hadir dengan Google Certified. Jadi ianya memang legal dan selamat digunakan bersama-sama aplikasi yang sah yang ada di Play Store terutamanya.

Dengan kapasiti RAM sebanyak 2 GB, untuk setahun ini sangat jarang berlaku lag atau auto restart semasa menonton. Jadi pengalaman menonton filem atau drama sangat berpuas hati sehingga tak perasan pun dah binge movie untuk 3-4 jam.

Mi Box S juga boleh digunakan terus selepas keluar kotak. Anda boleh plug n play sahaya tanpa perlu install apa-apa sistem. Anda hanya perlu sambungkan remote control dengan android box sahaja. Selesai.

Selain itu, ianya juga menggunakan sistem operasi Android, jadi tersedia lebih 5000 aplikasi yang boleh dimuat-turun ke android box anda. Bukan sahaja laman penstriman, pelayar internet, pemain muzik sehingga permainan video pun ada disediakan.

Akan tetapi play store android box sedikit berbeza dengan play store pada smartphone. Tidak semua aplikasi menyokong android box. Jadi aplikasinya tidak sebanyak berbanding telefon pintar.

Setakat ini hanya perkara je aku kurang berkenan iaitu tiada satu aplikasi pun dapat menayangkan rancangan tv secara live seperti di tv biasa. Walaupun RTM sudah keluarkan RTM Klik dan TV3 ada keluarkan aplikasi TONTON atau XTRA bagi menonton tv secara online.

Review Penggunaan Mi Box S Selama Setahun

Aplikasi-aplikasi ini tiada dalam play store android box dan masih tidak menyokong sehingga sekarang. Untuk itu, jika anda nak tengok tv, anda kena buka web browser dan search website tersebut dan bukannya daripada aplikasi. Yang ada hanya Unifi Tv sahaja. Kalau anda ada ID, boleh buka menerusi android box

Akan tetapi perkara ini dapat dibendung dengan langganan Astro sedia ada. Jadi seperti pada awalnya, kalau aku nak tengok tv, aku just tukar sahaja lah kepada siaran Astro dan nak tengok Netflix tukar kembali.

Tapi aplikasi penstriman online yang sah juga banyak seperti Netflix, Youtube, Disney+ Hotstar, aplikasi Viu, iQIYI, dan banyak lagi. Spotify pun ada tau. Terlalu banyak dan pastinya tidak cukup masa untuk menonton kesemuanya.

Buat masa ini, aku hanya melanggan Netflix dan Disney+ Hotstar. Pada kedua-duanya berjalan dengan baik menggunakan Mi Box S tanpa sebagai masalah. Sebenarnya jika anda mempunyai TV 4K, anda boleh dapatkan kualiti 4K daripada Netflix kerana Mix Box S menyokong kualiti 4k Netflix.

Pembelian Berbaloi

Dengan harga RM230 yang aku beli ketika itu, bagi aku sangat berbaloi dan berpuas hati sehingga sekarang, lagi-lagi ketika pandemik dan tidak dibenarkan keluar rumah. Senang tengok movie di tv dan bukan lagi di laptop atau handphone.

Inilah orang kata, tukarkan tv biasa kepada tv android dengan ratusan ringgi sahaja.

Shopee/button Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

mi box s shopee lebih berbaloi

Tapi jika anda inginkan jenama sama iaitu Xiaomi dengan harga lebih murah, anda boleh dapatkan Mi Stick dengan harga RM150 sahaja. Beza spesifikasi tetapi fungsi yang sama.

 Shopee/button/ Lazada/button/#1E90FF

mi stick shopee lebih murah


6/Post a Comment/Comments

  1. saya guna Mi Stick, sebab takde tv 4k. so far berbaloi, smooth. rasanya kena download app lain untuk tengok tv live.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup ada apps lain pula. Tapi itu renyah la sikit nak buat. Dah langgan Astro pun, biar je la

      Delete
  2. tumpang bertanya, maksudnya UnifiTV tu boleh buka melalui apps di Mi Box S atau melalui browser saja ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan. apps unifi tv ada disediaka di semua platform android termasuk android tv yang ada di mi box s dan juga unifi plus box sendiri. browser rasanya takda.

      Delete
  3. Bang kalau pakai hotspot tak boleh ehh

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post