Akhirnya Ayam Gepuk Pak Gembus Dah Sampai Temerloh!

Berita baik untuk warga Temerloh yang inginkan sebuah rasa pedas. Kini cawangan terbaru Ayam Gepuk Pak Gembus (AGPG) yang popular di seluruh Malaysia sudah dibuka secara rasmi di Temerloh.

Cawangan Temerloh merupakan cawangan yang ke-48 yang kini sudah berada di 6 buah negeri dan wilayah persekutuan iaitu di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

BACA : Sambal Gesek Lebih Pedas Di Kedai Ayam Gepuk Pak Gembus

Jadi lepas ni, cawangan di Temerloh dah buka, boleh la selalu makan pedas. Jika sebelum ni, aku pernah rasa cawangan TTDI dan Bandar Kajang dan kini boleh dapatkan terus di Temerloh sahaja. Yang penting, rasa sama je mana-mana.

Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh

Cawangan Temerloh telah dibuka bermula 9 September 2021 yang lalu. Semasa pelancaran pembukaan pada hari tersebut, pihak pengurusan telah menawakan 100 bungkus makanan secara percuma kepada yang terawal.

Untuk cawangan ini juga, ianya beroperasi dari hari Sabtu hingga Khamis bermula 11 pagi hingga 4 petang (@hingga habis stok). Hari jumaat ditutup.

Manakala lokasinya adalah di Ground Floot No. 26, Jalan Pak Sako 2, Bandar Seri Semantan, 28000 Temerloh. Ianya ambil alih kedai Bata sebelum ini yang berhadapan dengan bangunan PERKESO atau kedai Permata Herba.

Harga & Menu

  • TAK KISAH (Nasi Putih + Ayam Gepuk + Kobis + Tempe Goreng + Tauhu Goreng) - RM10.90
  • MANA-MANA JE (Nasi Putih + Ayam Gepuk + Kobis + Tempe Goreng + Tauhu Goreng + Pedal Goreng) - RM11.90
  • MENGANCAM (Nasi Putih + Ayam Gepuk + Kobis + Tempe Goreng + Tauhu Goreng + Pedal Goreng + Kobis Goreng) - RM12.90

Selain itu, orang Temerloh, korang juga boleh order menerusi penghantaran Foodpanda atau Grab Food. Setakat ini ianya limited, jadi anda kena tahu waktu bila mereka buka order untuk delivery ini.

Yang pastinya harga pun lain la sikit kan kalau delivery.

Anda Tentukan Kepedasan

Untuk yang tak tahu lagi, keistimewaan Ayam Gepuk Pak Gembus ni bukan la pada rasa nasi atau ayamnya sahaja tetapi kepada rasa dan tahap kepedasan sambal gesek.

Ayam goreng yang digunakan biasa sahaja seperti ayam goreng atau ayam penyek, manakala menu sampingan lain pun sama je rasa tetapi tidak pada sambal.

Disini anda boleh tentukan tahap kepedasan iaitu bermula dengan BIASA, PEDAS dan EXTRA PEDAS. Nasihat aku, kalau perut tak kuat jangan order Extra Pedas. Boleh pergi ke Pedas atau Biasa sahaja. Kedua2 ni ok untuk yang tahan pedas.

Tapi yang sambal biasa tu, tak pedas sangat pun. Boleh pergi ke sambal pedas la. Nak cuba extra pedas pun ok je kalau sanggup. Berpeluh la makan nanti.

Review Ayam Gepuk Pak Gembus Temerloh

Jadi selepas beberapa hari, barulah aku berkesempatan untuk cuba AGPG dari cawangan Temerloh iaitu menerusi pesanan Foodpanda. Orang beratur panjang sangat la kat kedainya.

Setakat ini, mereka masih belum menerima pelanggan untuk dine-in, jadi hanya ada take-away atau delivery sahaja. Sanggup beratur, boleh datang terus ke kedai.

Aku order 3 menu 'Tak Kisah dengan sambal biasa' dan 1 menu 'Tak Kisah dengan sambal pedas' dengan jumlah total = RM45.99 selepas guna baucer.

BACA JUGA : Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus

Jujur bagi yang minat pedas, sambal biasa tak pedas sangat pun. Sambal tersebut dicampur dengan kuah kacang masin masin lemak sikit. Pedas + lemak.

Manakala untuk sambal pedas, rasanya cukup pedas dan sesuai la untuk aku yang minat pedas. Kali ni memang 100% cili sahajalah. Boleh cuba tahan pedas ini atau extra pedas.

Menu ni pula diadun dengan sayur kobis, timun, tempe dan tauhu beserta kicap juga diberi. Jadi gabungan yang disediakan cukup sempurna nak hilangkan rasa pedas.

Aku boleh bagi 4/5 bagi menu ala 'ayam penyet' untuk Ayam Gepuk Pak Gembus semuanya hanya disebabkan sambal pedas yang mereka sediakan. Lepas ni boleh la repeat order selalu.

Orang Temerloh, jangan lupa datang untuk cuba juga...

5/Post a Comment/Comments

  1. Untung orang temerloh. Penggemar pedas mesti suka. Padahal menu nya biasa saja. Cuma ada tarikan tersendiri. Selamat menjamu selera!

    ReplyDelete
  2. Wah..begitu rupanya..memang menarik

    ReplyDelete
  3. menu senang kalau malas nak masak...takyah pikir nak makan apa, nak lauk apa, nak tapau berapa ringgit

    ReplyDelete
  4. Dekat sini area saya Ayam Gepuk Bang Jago..Allah sambal dia..pedas betul! makan dgn bibir shaking..mgalah ramen ^_^

    ReplyDelete
  5. dine in best. ayam still rangup. kalau take away ayam jadi lemau and tak boleh tambah kicap. hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post