Saksikan Drama I-Tanggang Astro Citra (Siri Astro Originals)

Drama I-Tanggang Astro Citra (Siri Astro Originals)

Asto membawakan sebuah drama siri Astro Originals untuk tonton semua bertajuk I-Tanggang yang akan mula bersiaran pada 13 September 2020 di saluran Astro Citra. 

Sebelum ini Astro pernah mengeluarkan drama Originals menerusi Projek Anchor SPM yang telah mendapat sambutang hangat daripada penonton.

Kali ini sekali lagi, Astro comback dengan sebuah karya Originals yang bukan clishe dengan menceritakan tentang penderhakaan ibu bapa kepada anaknya sendiri.

Mungkin kita sudah biasa dengan kisah penderhakaan anak kepada ibu kan? Kali ini ada sedikit kelainan. Nak tahu macam mana drama I-Tanggang ini, kena saksikan sendiri.

Judul : I-Tanggang : Mother Of All Lies
Episod : 12
Pengarah : Wan Hasliza Wan Zainuddin, Wan Alauddin Wan Zainuddin, Rashidi Ishak.
Penulis Skrip : Wan Hasliza, Wan Alaudin dan Keen
Terbitan : KL Motion Pictures Sdn. Bhd.

Drama I-Tanggang Astro Citra (Siri Astro Originals)

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Sherie Merlis, Faizal Hussein, Danish Hazriq, Nadhir Nasar, Emma Sofea, Emelda Rosmila, Wan Raja, Zarina Zainuddin dan Sofia Jane.

Selain itu, terdapat juga, Mereka turut dibantu oleh Andy Teh, Rashidi Ishak, Rashid Salleh, Syed Nahar, Rosdeen Suboh, Yuyun Hikmah, Aiman Badrul, Amanda Misbun, Dato Rahim Razali, Pushpa Narayan, Zul Huzaimy, Nadine Eniahani, Syed Muhammad Baqir, Alessandra Alyssa, Haeriyanto Hassan, Azlan Komeng dan ramai lagi.

  • Sherie Merlis sebagai Erma
  • Faizal Hussein sebagai Rahmat
  • Danish Hazriq sebagai Khalil Rayyan (Khay)
  • Nadhir Nasar sebagai Syafiq
  • Emma Sofea sebagai Esra
  • Sofia Jane sebagai Dr Nini
  • Andy Teh sebagai Dr Norman Arif
  • Yuyun Hikmah sebagai Syuhada

OST Drama

  • Gelap - Satwo
  • Cahaya Malam - Satwo
  • Bukan Mainan - Rashidi Ishak

Sinopsis Drama I-Tanggang

Drama I Tanggang mengisahkan tentang Khalil Rayyan atau Kay yang memerlukan bantuan kerusi roda untuk bergerak kerana menghidap kanser.

Erma iaitu ibu kepada Khay pula merupana seorang social media influencer. Selain itu juga, dia juga merupakan seorang penulis buku dan penjual essential oil yang berjaya.

Drama I-Tanggang Astro Citra (Siri Astro Originals)

Pada sebuah majlis pelancaran buku milik Erma, dia telah membuat satu pengumuman tentang jangka hayat anaknya untuk hidup iaitu hanya 6 bulan sahaja. Ini sekali gus mengejutkan Khay.

Dengan perkhabaran ini, ianya mengejutkan Khay sendiri, Rahmat iaitu ayah Khay dan juga Dr. Nini yang pernah merawat Khay sebelum ini. Mereka meragui atas berita tersebut.

Rahmat dan Khay sebenarnya tidak bertemu kerana Erma telah memutuskan hubungan mereka dan seterusnya menghilang. Dalam majlis pelancaran tersebutlah anak dan bapa dipertemukan kembali.

Drama I-Tanggang Astro Citra (Siri Astro Originals)

Dalam masa yang sama, Rahmat telah menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada anaknya tanpa pengetahuan ibunya kerana ayahnya tidak sanggup akan kehilangan anak lelakinya sekali lagi.

Disebabkan telefon bimbit itulah, tertubuhnya group chat ‘I-Tanggang’ dimana Khay berjumlah 2 rakan baru secara online iaitu Royal E (Esra) dan CopeqRyder (Syafiq)

Apakah yang terjadi seterusnya?

Waktu Bersiaran

Drama I-Tanggang Mother Of All Lies akan bersiaran setiap hari Isnin, jam 9.00 malam di Astro Citra HD (CH 108) bermula 13 September ini.

Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di Astro Go dan bagi yang terlepas, boleh tonton semula secara On Demand untuk waktu yang lebih fleksibel.

4/Post a Comment/Comments

  1. sedang dipromosikan..drama ni

    ReplyDelete
  2. Sherie Merlis kalau berlakon best...all out tanpa mekap, bulu mata palsu bagai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah menang anugerah skrin. confirm best la berlakon.

      Delete
  3. saya dah start tengok semalam. waktu tengok iklan pun dah rasa menarik cerita ni sebab lain dari yg lain.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post