Review Menu Baru Tealive Onde-Onde Bersama Toasted Coconut Crunch

Review Menu Baru Tealive Onde-Onde Bersama Toasted Coconut Crunch

Bulan baru, menu baru daripada Tealive. Jadi macam biasa la, aku kena juga rasa sebagai antara peminat minuman tealive. Mereka memperkenalkan Tealive Onde-Onde.

Rasanya semua pernah dengar nama tersebut kan tetapi bukan dalam versi minuman sebaliknya ianya adalah sebuah makanan tradisional, kuih onde-onde.

Jadi anda bayangkan daripada kuih dan kini ditukar kepada versi minuman. Jadi anda minum kuih onde-onde bersama-sama pearl dan dicop dengan jenama Tealive. Sedap ke?

BACA : Tealive Yam Yam Smoothie. "Ermm Boleh La Rasa Keladi Bersama Pearl Dan Sago"

3 Variasa Tealive Onde-Onde

Dengan berasaskan rasa onde-ond e, terdapat 3 variasi yang anda boleh cuba iaitu Onde-Onde ais bersama kepingan kelapa rangup & pearls, Onde-Onde Smoothie bersama kepingan kelapa rangup & pearls dan terakhir adalah Onde-Onde Yam Balls Smoothie.

3 Variasa Tealive Onde-Onde

Untuk harga, Iced (RM10.90), Smoothie (12.90) dan Yam Balls Smoothie (RM13.11). Anda boleh dapatkan terus di kiosk Tealive, pick-up atau secara delivery Foodpanda & Grabfood.

Untuk percubaan kali ini, aku hanya sempat rasa Onde-Onde Smoothie with toasted coconut crunch bersama pearls dengan total harga RM13 selepas tax.

Jika anda beli di cawangan Tealive, saya cadangkan anda beli baucer Tealive di Shopee ini terlebih dahulu dengan harga 1 sen sahaja dan perlu bayar RM2.80 sahaja untuk harga air RM6.60. Bayar guna ShopeePay. Jadi untuk Tealive Onde-Onde ni bayar dalam RM10 sahaja. Beli DISINI.

Menu ini adalah campuran antara gula melaka, rasa pandan, smoothie onde-onde, kepingan kelapa halus rangup dan pearl. Kesemua dicampurkan dalam satu minuman.

Menu Baru Tealive Onde-Onde Bersama Toasted Coconut Crunch

Untuk rasa, ianya memang rasa onde-onde, rasa manis, rasa kepingan kelapa dan sebab tealive dia tambah pearl. Kini anda seperti minum kuih onde-onde tau. Tapi betullah, rasa agak manis.

Bagi aku boleh laaa nak minum dan rasanya juga sedap. Mungkin 3/5 la untuk rasa keseluruhan. Tapi mungkin aku tak repeat order la dan mungkin tak akan rasa untuk variasi lain juga.

Jadi korang dah try? Sedap tak?

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post