Cara Daftar Dan Langgan Akaun VIP iQIYI Malaysia

by

aimanabdullah

April 26, 2025

iqiyi

QIYI antara salah satu platform penstriman video yang sudah ada di Malaysia. Ianya berasal daripada China tetapi kini sudah memasuki pasaran Malaysia secara rasmi sejak tahun 2019 lagi.

Pastinya pada awal kemunculannya, kebanyakkan kandungan yang terdapat dalam platform iQIYI ini adalah kandungan daripada China dan Hong Kong. Tetapi kini sudah banyak kandungan tempatan yang anda boleh tonton.

- Advertisements -

Kini dalam iQIYI Malaysia, anda boleh tonton kandungan seperti filem China, Korea, k-drama, variety show dan paling saya suka adalah kandungan anime Jepun. Peminat anime dan k-drama sangat sesuai iqiyi malaysia ini untuk anda. Subtitle bahasa melayu juga disediakan.

Selain itu, kandungan lokal seperti drama siri juga turut disediakan bagi peminat drama melayu seperti 7 Hari Mencintaiku 2, Budak Tebing 1 dan 2, Pujaan Hati Kanda, Cukup Derita Itu dan banyak lagi

Kebanyakkan kandungan anda boleh tonton secara percuma tetapi bukan semua dan akan terselit iklan yang kadang-kadang akan merimaskan kita sebagai pengguna. Oleh sebab itu, anda boleh langgan akaun VIP serendah RM1.90 sebulan untuk elak iklan dan juga dapatkan akses kesemua kandungan di dalamnya.

Anda boleh tonton iQIYI sama ada menerusi laman web di www.iq.com atau menerusi aplikasi iQIYI Malaysia di telefon pintar dan juga di aplikasi di Android TV.

- Advertisements -

Kelebihan Akaun VIP iQIYI Malaysia

Sekiranya anda melanggan akaun VIP iQIYI Malaysia, anda akan dapat 5 kelebihan berbanding akaun percuma iaitu :

  • Akses 2 peranti dalam satu yang sama menggunakan akaun yang sama
  • Kandungan lebih berkualiti, Blu-ray 1080P
  • Tonton lebih awal daripada tayangan di tv
  • Download kandungan VIP
  • Tiada iklan terpapar ketika tontonan

Menarik bukan? Jadi jom daftar dan langgan akaun VIP iQIYI Malaysia dengan ikuti langkah dibawah

Cara Daftar Akaun iQIYI Malaysia

Pendaftaran akaun iqiyi adalah percuma. Dalam tutorial ini, anda boleh ikuti dengan daftar menerusi aplikasi iQIYI. Lebih mudah

LANGKAH 1

Download aplikasi disini, jalankan aplikasi tersebut dan pergi pada ikon profile dan klik Login/Signup. Kemudian tekan Sign Up Now

LANGKAH 2

Disini anda boleh daftar sama ada menggunakan alamat emel atau nombot telefon. Saya guna emel, lebih mudah. Masukkan emel, password dan tarikh lahir. *anda juga boleh langgan menggunakan Astro ID

Masukkan semua maklumat yang diperlukan dan akhirnya dapatkan kod verification daripada emel anda.

Siap! Kini anda boleh mula menonton kandungan iqiyi.

Cara Langgan Akaun VIP iQIYI Malaysia

Untuk dapatkan kesemua akses kandungan, anda perlu langgan akaun VIP dengan harga serendah RM1.90 sahaja. Berikut merupakan harga langganan akaun VIP iQIYI Malaysia

  • RM1.90 sebulan* (bagi pengguna baru sahaja)
  • RM8.90 sebulan (untuk bulan berikutnya) [RM7.10 jika beli di Shopee]
  • RM4.90 seminggu
  • RM23.90 untuk 3 bulan [RM19.10 jika beli di Shopee]
  • RM87.90 untuk setahun

Bagi saya, harganya berpatutan terutamanya untuk setahun terus. Anggaran RM7.33 sebulan. 

LANGKAH 1

Masuk ke aplikasi iQIYI dan klik pada ikon VIP pada kanan atas.

LANGKAH 2

Kemudian akan dipaparkan senarai harga langganan. Klik pada harga yang anda mahu dan pilih cara bayaran. Saya gunakan kad debit sahaja. Kemudian klik Join Now

Anda perlu masukkan maklumat kad debit anda. Sekiranya sudah selesai, klik Next dan buat pembayaran seperti biasa sehingga selesai

Jika sudah berjaya, secara terus anda mempunyai akses VIP iQIYI dan boleh tonton kesemua kandungan tanpa had dan tiada gangguan iklan.