Cara Return Dan Refund Barang Decathlon Melalui Shopee (Jnt Express)

Cara Return Dan Refund Barang Decathlon Melalui Shopee (Jnt Express)

Ini merupakan kali pertama aku beli barang online Decathlon melalui Shopee. Untuk kali pertama ini juga, aku terpaksa return semula barang sebab salah saiz. Tapi nasib baik boleh pulang secara percuma sahaja.

Selain shopping di outlet Decathlon, anda juga boleh dapatkan barangan mereka secara online melalui www.decathlon.com. Tetapi kini ditambah lagi, Decathlon secara rasmi (Decathlon Official Store) ada dalam Shopee pun.

Pastinya ramai akan menggunakan Shopee kerana ianya lebih mudah dan tak perlu pun pergi ke laman web untuk shopping. Hanya sekadar menggunakan aplikasi Shopee sahaja dan terus shopping barang disana.

Kesemua ciri dan keisitimewaan yang ditawarkan di laman web juga ditawarkan di Shopee Decathlon seperti return and exchange dalam tempoh 15 hari, waranti selama 2 tahun dan juga product testing untuk 7 hari.

Jadi rasanya tiada masalah jika anda beli apa-apa barangan Decathlon secara online dan tiba-tiba mengalami masalah atau salah saiz sekali pun, anda masih boleh pulang dan refund semula. Paling best return barang pun percuma.

Jadi baru-baru ini, aku ada beli satu glove melalui Shopee Decathlon tetapi saiz kecil. Jadi aku decide untuk return dan refund sahaja. Kemudian purchased dengan saiz yang lebih besar. Rupanya caranya mudah sahaja.

Cara Return Dan Refund Dan Barang Decathlon Melalui Shopee

Untuk pengetahuan, kaedah ini juga sama seperti jika anda ingin return kepada seller dan refund duit anda sekiranya barang yang diperoleh rosak. Bukan tertakluk kepada Decathlon sahaja.

Return barang Decathlon kesemuanya menggunakan J&T Express dan caj penghantarannya adalah percuma. Anda perlu hantar semula ke cawangan J&T sahaja untuk proses pemulangan. Pastikan anda belum tekan 'ORDER RECEIVE' dalam tempoh 15 hari.

Jadi jika anda juga bercadang untuk return barang Decathlon dan ingin refund duit anda, boleh ikuti tutorial dibawah sehingga berjaya dapatkan duit anda kembali

1)  Untuk permulaan, masuk ke aplikasi Shopee kemudian pergi ke bahagian 'To Receive' dan cari barang yang anda ingin refund tersebut dan klik padanya. Kemudian klik pada 'Return/Refund'

Cara Return Dan Refund Dan Barang Decathlon Melalui Shopee

2)  Sesudah itu, anda masukkan maklumat berkaitan kenapa anda ingin return barang tersebut dengan pilih bahagian Reason. Masukkan gambar berkaitan, letak description tentang gambar dan pilih Return And Refund

Akhir sekali, pada bahagian Shipping Options pilih Drop Off J&T Express. Jika anda pilih Self Arrange, anda terpaksa bayar postage tersebut. Pilihan Drop Off tanpa caj, ianya adala percuma

Cara Return Dan Refund Dan Barang Decathlon Melalui Shopee

3)  Kebiasaanya jika anda request untuk return and refund. Seller akan ambil masa untuk luluskan permohonan anda. Tapi pada Decathlon, ianya diluluskan serta merta. Jadi anda boleh terus dapatkan Return Label iaitu sebuah barcode  

Klik pada View Instructions > Barcode

Cara Return Dan Refund Dan Barang Decathlon Melalui Shopee

4)  Jika anda sudah dapat barcode, barulah anda bungkus semula barang tersebut dengan baik atau anda bawa sahaja di kaunter J&T Express untuk bungkusan. Mungkin ada caj sedikit.

Sudah tiba di kaunter, anda bagi tahu nak 'refund barang shopee'. Anda hanya tunjukkan barcode tersebut dan staff akan scan dan dikeluarkan AWB untuk barang anda tersebut.

*pemulangan adalah percuma, tapi mungkin ada cawangan J&T akan caj 20sen untuk print air-waybill tersebut

Cara Return Dan Refund Dan Barang Decathlon Melalui Shopee

5)  Jika anda return pada seller lain, mereka akan tunggu barang tersebut sampai kepada mereka semula dan barulah akan dipulangkan duit atau refund kepada anda.

Berbeza pada Decathlon, anda pulang semula ke J&T Express pada petang, malam tersebut anda terus akan dapat refund semula walaupun barang tersebut belum sampai kepada mereka lagi. Hebat!

Jadi refund tersebut akan masuk semula ke dalam ShopeePay anda. Coins semua juga akan dipulangkan.

Cara Return Dan Refund Dan Barang Decathlon Melalui Shopee

Jadi disini, anda tidak perlu bayar postage pun untuk proses pemulangan retun and refund barang Shopee Decathlon. Jadi rasanya tak perlu risau la kalau nak beli kat sini. Kalau saiz tak muat, pulang sahaja dan refund.

2/Post a Comment/Comments

  1. hari tu beli barang di bata thru shopee, salah size..dia refund tanpa perlu pulangkan barang. kat plastik saiznya betul, selipar kat dalamnya yang salah size. kilang dia la yang salah

    ReplyDelete
  2. Bila dah kena kat kita baru nak cari. Bagus penerangan. Aien sekali je pernah kena. fuh,,,

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post