Tonton Drama Mr Bibik Di Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia

Tonton Drama Mr Bibik Di Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia

TV3 bawakan anda semua sebuah drama melayu Malaysia terbaru untuk tahun 2021 iaitu Mr Bibik melalui slot Akasia yang akan mula bersiaran pada 29 Oktober 2021.

Drama ini merupakan adaptasi novel dengan tajuk yang sama, Mr Bibik hasil karya Aein Dhiyauddin yang telah diterbitkan pada tahun 2020. Kini dibawa ke slot drama pula.

Jadi untuk peminat drama melayu khsusnya, jangan lupa untuk saksikan karya terbaru daripada pengarah terkenal Pali Yahya dengan barisan pelakon handalan seperti Zara Zya dan Saharul Ridzwan.

Judul : Mr Bibik
Episod : 20
Tayangan : TV3 (Slot Akasia) dan iQIYI Malaysia
Pengarah : Pali Yahya
Skrip : Natasya Farhana
Penerbit : Datuk Hasniza Nordin
Produksi : Saphire Screen Sdn. Bhd.

Tonton Drama Mr Bibik Di Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia

Barisan Pelakon dan Watak

Antara barisan pelakon utama dalam drama ini ialah Zara Zya, Saharul Ridzwan, Liza Abdullah, Roy Azman, Norish Karman, Raja Afiq dan Dayang Areeda.

Mereka dibantu oleh Syazuwan Hassan, Balkisyh Semundur Khan, Wanns Ahmad, Sefik Khair, Watie Elite, Zazly Baginda dan ramai lagi

  • Saharul Ridzwan sebagai FIRAS
  • Zara Zya sebagai AULIA
  • Liza Abdullah sebagai PUAN SALBIAH
  • Roy Azman sebagai TUAN HALIM
  • Norish Karman sebagai PUAN AMEENA
  • Raja Afiq sebagai MUKHRIZ
  • Dayang Areeda sebagai ARISYA
  • Syazuwan Hassan sebagai ZUHAIRI
  • Balkisyh Semundur Khan sebagai SITI

Tonton Drama Mr Bibik Di Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia

OST Drama

Lagu : Cinta Jatuh
Penyanyi : Kael
Ciptaan : Shazee Ishak Audi Mok

Sinopsis Drama Mr Bibik

Drama Mr Bibik ini mengisahkan Aulia yang hampir mengamuk apabila rakan baiknya, Siti menghantar seorang lelaki untuk membersihkan kondonya.

Biasanya Siti akan menghantar pembantu perempuan dan bukannya lelaki. Mujurlah Siti berjanji tidak akan mengenakan sebarang bayaran jika Aulia memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk bekerja.

Lelaki itu bernama Firas akan tetapi Aulia mengelarnya sebagai Mr. Bibik. Keadaan menjadi rumit apabila Firas datang kali kedua untuk membersihkan kondo milik Aulia.

Firas dan Aulia ditangkap oleh ayah dan tunangnya Aulia sendiri. Untuk memastikan nama keluarga terjaga, Tan Sri Hali yang merupakan ayah Aulia memaksa mereka berdua untuk berkahwin.

Aulia membantah cadangan ayahnya. Kerana ianya tidak setaraf. Firas juga enggan kerana Aulia tidak pandai membersihkan rumah sendiri.

Tetapi jodoh Firas dan Aulia kuat. Mereka akhirnya disatukan juga sebagai pasangan suami isteri. Jadi macam mana pula dengan bekas tunang Aulia iaitu Mukhriz?

Tonton Drama Mr Bibik Di Slot Akasia TV3 & iQIYI Malaysia

Waktu Bersiaran

Mr Bibik akan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di slot Aksia TV3 bermula 29 Oktober ini. Anda juga boleh saksikan secara streaming setiap episod di platform iQIYI Malaysia.

Tonton Semua Episod drama Mr Bibik

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14 | Episod 15

Episod 16 | Episod 17 | Episod 18

Episod 19 | Episod 20 (Akhir)

1/Post a Comment/Comments

  1. Baca sinopsis menarik nak tonton tapi takut terjebak drama pukul 7.00 nih! hahahaa

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post