Tonton Drama Seram Tahyul Di TV3 (Slot Samarinda)

Tonton Drama Seram Tahyul Di TV3 (Slot Samarinda)

Kali ini slot Samarinda membawakan sebuah drama seram iaitu Tahyul (Kesilapan Lalu Kini Menghantui) yang akan mula bersiaran pada 12 Oktober 2021 di saluran TV3. Jadi peminat cerita seram, naskhah ini untuk anda.

Drama ini bersiaran bagi menggantikan Dear Cinta yang telah tamat pada 11 Oktober sebelum ini. Drama kali ini dengan berbeza genre dari sebelumnya dengan sebuah jalan cerita seram.

Judul : Tahyul
Episod : 15
Pengarah : Che Mie
Skrip : Syed Muhammad Taufik Syed Abd Jalil
Penerbit : Haji Md Fadzil Teh PJK
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Tonton Drama Seram Tahyul Di TV3 (Slot Samarinda)

Barisan Pelakon

Antara pelakon utama dalam drama Tahyul ini seperti Aniq Suhairi, Wani Kayrie, Cik B, Ahmad Adly dan Shah Khan.

Mereka dibantu oleh Aidit Noh, Tania Hudson, Fauziah Latiff, Rozita Che Wan, Halmey Hamdan, Nur Dania Miazara, Nur Raisha Izzara dan ramai lagi.

  • Aniq Suhairi sebagai Afiq
  • Wani Kayrie sebagai Fathia
  • Cik B sebagai Illy
  • Ahmad Adly sebagai Boy
  • Shah Khan sebagai Hakim
  • Aidit Noh sebagai Ghazry
  • Tania Hudson sebagai Mina
  • Fauziah Latiff sebagai Puan Qaseh
  • Rozita Che Wan sebagai Detektif Masni

OST Drama

Lagu : Demi Kamu
Penyanyi : Indah Ruhaila
Komposer : Johan John
Lirik : Khaleel

Sinopsis Drama Tahyul

Drama Tahyul mengisahkan 5 sahabat pencipta kandungan atau content creator dari laman sosial “Tales Of Tahyul” telah merancang untuk merakam aktiviti paranormal di sebuah banglo usang.

Namun rancangan mereka itu hanyalah lakonan semata-mata bagi tujuan meraih perhatian, wang dan tontonan netizen. Hakikatnya lokasi yang dipilih itu memang dihuni oleh makhluk halus.

Lakonan dan penipuan mereka bertukar menjadi tragedi setelah mereka menerima gangguan makhluk halus dan terperangkap di dalam banglo usang itu. Apa akan terjadi disaat kesilapan masa lalu mereka mula menghantui kembali?

Tonton Drama Seram Tahyul Di TV3 (Slot Samarinda)

Waktu Bersiaran

Jadi jangan lupa untuk saksikan drama Tahyul setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3. Selain itu, anda juga boleh saksikan secara online di Youtube TV3 Malaysia.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 | Episod 14

Episod 15 (Akhir) 

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post