Jadual Penuh Siaran Langsung Denmark Open 2021

Jadual Penuh Siaran Langsung Denmark Open 2021

Jika sebelum ini dalam acara badminton berpasukan dan kini Malaysia akan teruskan cabaran untuk acara individu dalam kejohanan BWF Victor Denmark Open 2021 bermula 19 hingga 24 Oktober 2021 di Odense, Denmark.

Pastinya pengalaman yang diperoleh daripada Piala Thomas, Piala Uber dan Piala Sudirman sebelum ini akan digunakan sebaiknya untuk kejohanan yang disertai oleh skuad negara kali ini.

BACA : Keputusan Penuh Piala Thomas & Piala Uber 2021

Terbuka Denmark 2021 merupakan kejohanan badminton dalam kategori HSBC BWF World Tour Super 1000 dengan hadiah wang tunai berjumlah sehingga USD 850,000 (~ RM3.5 juta). Ianya juga merupakan kejohanan ke-5 dalam kalender Jelajah Dunia BWF 2021.

Barisan Pemain Badminton Malaysia Dalam BWF Denmark Open 2021

Barisan pemain dengan ranking 32 terbaik akan layak untuk sertai kejohanan ini. Malaysia berjaya layakkan diri dalam kategori perseorangan lelaki, beregu lelaki dan wanita sertai beregu campuran. Tiada wakil negara untuk perseorangan wanita.

Antara pemain badminton negara yang layak mengikut kategori ialah :

  • Perseorangan lelaki - Lee Zii Jia dan Liew Daren
  • Perseorangan wanita - Tiada
  • Beregu lelaki - Goh Sze Fei/Nur Izzuddin, Aaron Chia/Soh Wooi Yik, Goh V Shem/Low Juan Shen dan Ong Yew Sin/Teo Ee Yi
  • Beregu wanita - Lee Meng Yean/Yap Cheng Wen, Tan Pearly/Thinaah Muralitharan dan Vivian Hoo/Lim Chiew Sien
  • Beregu campuran - Hoo Pang Ron/Cheah Yee See, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing, Chan Peng Soon/Goh Liu Ying, Goh Soon Huat/Lai Shevon Jemie dan Chen Tang Jie/Peck Yen Wei

Mereka akan berentap bersama pemain daripada negara lain untuk pusingan kalah mati (round 1, round 2, suku akhir, separuh akhir, akhir)

Jadual Siaran Langsung Dan Keputusan Perlawanan Badminton Dalam BWF Denmark Open 2021

Hanya Court 1 sahaja yang akan disiarkan secara langsung di kaca tv dan setiap hari, perlawanan akan bermula jam 3.00 PM (Waktu Malaysia).

Astro bawakan siaran langsung Terbuka Denmark 2021 menerusi saluran Astro Supersport 4 (CH 814) serta menerusi Astro Go dan Sooka.my

BACA : Jadual Penuh Siaran Langsung Peringkat Akhir Czech Open 2021

Jadual dibawah hanya melibatkan perlawanan bagi pemain-pemain Malaysia sahaja. (*Waktu perlawanan bergantung kepada perlawanan sebelumnya)

19 Oktober (Selasa) - Round 1

Beregu Lelaki

  • (MAS) Goh Sze Fei/Nur Izzuddin VS Attri Manu/Reddy B. Sumeeth (IND) - [21-18, 21-11]

Beregu Wanita

  • (INA) Greysia Polii [4]/Apriyani Rahayu VS Tan Pearly/Thinaah Muralitharan (MAS) - [17-21, 21-13, 21-14]
  • (DNK) Maiken Fruegaard/Sara Thygesen VS Vivian Hoo/Lim Chiew Sien (MAS) - [21-15, 21-16]
  • (THA) Benyapa Aimsaard/Nuntakarn Aimsaard VS Lee Men Yean/Yap Cheng Wen (MAS) - [21-12, 21-15]

Beregu Campuran

  • (INA) Hafiz Faizal [8]/Gloria Emanuelle Widjaja VS Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) - [17-21, 14-21]
  • (IND) Dhruv Kapila/Reddy N. Sikki VS Hoo Pang Ron/Cheah Yee See (MAS) - [14-21, 21-17, 21-18]

20 Oktober (Rabu) - Round 1

Perseorangan Lelaki

  • (TPE) Wang Tzu Wei VS Lee Zii Jia (MAS) - [21-12, 9-21, 18-21]
  • (MAS) Liew Daren VS Hans-Kristian Solberg Vittinghus (DNK) - [21-18, 23-21]

Berege Lelaki

  • (MAS) Low Juan Shen/Goh V Shem VS Wang Chi-Lin/Lee Yang (TPE) - [14-21, 18-21]
  • (NLD) Van Der Lecq/Ruben Jille VS Soh Wooi Yik/Aaron Chia (MAS) - [17-21, 9-21]
  • (DNK) Rasmus Kjaer/Joel Eipe VS Teo Ee Yi/Ong Yew Sin (MAS) - [12-21, 18-18]* Denmark tarik diri

Beregu Campuran

  • (HKG) Ng Wing Yung/Chang Tak Ching VS Goh Liu Ying/Chan Peng Soon (MAS) - [21-17, 21-19]
  • (MAS) Peck Yen Wei/Chen Tang Jie VS Sapsiree Taerattanachai/Dechapol Puavaranukroh (THA) - [16-21, 21-23]
  • (CHN) Liu Xuan Xuan/He Ji Ting VS Lai Shevon Jemie/Goh Soon Hua (MAS) - [1-6]* China tarik diri

21 Oktober (Khamis) - Round 2

Perseorangan Lelaki

Liew Daren (MAS)
[11-21, 14-21]
Lee Zii Jia (MAS) - MENANG

Beregu Lelaki

Akira Koga/Taichi Saito (JPN)
[21-19, 21-13]
Aaron Chia/Soh Wooi Yik (MAS) - KALAH

Ong Yew Sin/Teo Ee Yi (MAS) - MENANG
[21-17, 21-11]
Alexander Dunn/Adam Hall (SCT)

Satwiksairaj Rankireddy/Chirag Shetty (IND)
[21-14, 15-21, 15-21]
Goh Sze Fei/Nur Izzudin (MAS) - MENANG

Beregu Campuran

Tan Kian Meng/Lai Pei Jing (MAS) - MENANG
[18-21 21-18 21-13]
Ko Sung Hyun/Eom Hye Won (KOR)

Goh Soo Huat/Lai Shevon Jemie (MAS) - KALAH
[14-21, 12-21]
Praveen Jordan/Melati Daeva Oktavianti (INA)

22 Oktober (Jumaat) - Suku Akhir

Perseorangan Lelaki

LEE Zii Jia [7] (MAS) - KALAH
[19-21, 19-21]
Viktor AXELSEN [2] (DEN)

Beregu Lelaki

Fajar ALFIAN [4]/Muhammad Rian ARDIANTO (INA)
[18-21, 17-21]
GOH Sze Fei/Nur IZZUDDIN (MAS) - MENANG

ONG Yew Sin/TEO Ee Yi (MAS)
[19-21, 18-21]
Mark LAMSFUSS/Marvin SEIDEL (GER) - KALAH

Beregu Campuran

Yuta WATANABE [4]/Arisa HIGASHINO (JPN)
[19-21, 21-12, 21-14]
TAN Kian Meng/LAI Pei Jing (MAS) - KALAH

23 Oktober (Sabtu) - Separuh Akhir

Beregu Lelaki

Kim ASTRUP/A RASMUSSEN (DEN)
[21-11, 19-21, 21-18]
GOH Sze Fei/Nur IZZUDDIN (MAS) - KALAH

*satu-satunya wakil tunggal negara yang meneruskan cabaran ini di peringkat Separuh Akhir

24 Oktober (Ahad) - Akhir

*Perlawanan bermula jam 6.00 petang waktu Malaysia, siaran langsung di Astro Supersport CH814

Perseorangan Lelaki

Kento MOMOTA [1] (JPN)
[22-21, 18-21, 12-21]
Viktor AXELSEN [2] (DEN) - JUARA


Perseorangan Wanita

AN Seyoung [5] (KOR)*Retired
[21-18, 23-25, 5-16]
Akane YAMAGUCHI [2] (JPN) - JUARA


Beregu Lelaki

Kim ASTRUP [8]/Anders Skaarup RASMUSSEN (DEN)
[18-21, 12-21]
Takuro HOKI/Yugo KOBAYASHI (JPN) - JUARA


Beregu Wanita

HUANG Dong Ping/ZHENG Yu (CHN)
[15-21, 17-21]
LEE Sohee [2]/SHIN Seungchan (KOR) - JUARA


Beregu Campuran

Yuta WATANABE [4]/Arisa HIGASHINO (JPN) - JUARA
[21-9, 21-18]
Dechapol PUAVARANUKROH [2]/Sapsiree TAERATTANACHAI (THA)

Untuk infografik bagi setiap perlawanan, anda boleh rujuk laman web BWF Denmark Open 2021 disini

2/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post