Masalah Domain Image Google (blogger.googleusercontent) Kembali Semula!

Masalah Domain Image Google (blogger.googleusercontent) Kembali Semula!

Nampaknya isu domain image google iaitu blogger.googleusercontent.com kembali semula buat masalah. Isu ini pernah timbul pada bulan Ogos yang lalu dan saya antara yang terkesan dengan permasalahan ini.

Isu ini terjadi apabila domain image google yang biasa kita lihat dalam bentuk https://1.bp.blogspot.com/ bertukar kepada http://blogger.googleusercontent.com. Ini bukanlah yang biasa kita lihat.

Disebabkan ini, ada antara blog saya dibawah domain blogger.com terkesan dengan perubahan ini. Tapi nasib baik blog ini tidak mengalami masalah tersebut

Masalah ini sepertinya bukan dirasai oleh saya sendiri tetapi ramai lagi blogger lain termasuk blogger luar negara apabila isu ini dibangkitkan dalam community blogger support. Ramai yang terkesan tetapi sehingga kini tiada penyelesaian tuntas dan tiada pengumuman daripada pihak Google sendiri berkaitan isu ini.

Isu ini bermula pada pertangahan ogos yang lalu dan akhirnya berjaya diatasi pada hujung bulan yang sama. Tetapi kini ianya kembali dan saya baru merasainya pada hari ini iaitu 7 Oktober 2021.

Kesan Daripada Isu Domain (blogger.googleusercontent)

Akibat perubahan domain ini ada beberapa masalah yang saya perasan dan ianya memang berlaku pada mereka yang terlibat. Antara yang paling nyata apabila thumbnail bagi image blogpost tersebut tidak keluar atau kabur (blur) pada halaman utama (first page).

Selain itu, tiada extention pada URL image (.jpg, .png) pada gambar tersebut. Disebabkan itu, ianya akan mengganggu SEO sekali gus memberikan kesan kepada prestasi blog anda. Anda boleh belajar lebih lagi berkaitan URL image pada video dibawah.

Ini antara 2 perkara yang terkesan apabila berlaku perubahan URL image atau domain image tersebut.

Tips Sementara!

Jadi pada awal isu ini, antara penyelesaian yang saya buat sendiri adalah dengan mengajak (invite) author lain (akaun google) dan ianya berhasil. Sepertinya akaun google yang baru tidak terkesan dengan masalah tersebut ketika itu.

Kini bulan Oktober ianya kembali dan kali ini author yang baru pun terkesan dengan masalah tersebut. Setakat ini saya tidak invite author lain untuk selesaikan masalah ini sebaliknya saya guna cara lain seperti yang dicadangkan.

Jika anda juga terkesan, mungkin anda boleh guna blog baru atau mana-mana blog anda yang tidak terkesan dan kemudian upload gambar yang anda ingin gunakan. Kemudian ambil URL image tersebut dan gunakannya untuk blog yang terkesan tersebut. Sepertinya ianya berhasil.

Tapi adakahnya sempurna dengan cara ini? Itu saya tak pasti tapi yang sama pasti gambar thumbnail muncul dan tidak kabur pada bahagian halaman utama.

Jadi saya harap isu domain https://blogger.googleusercontent ini boleh diselesaikan dengan cepat oleh pihak Google. 

Korang ada masalah ini juga?

3/Post a Comment/Comments

  1. Terima kasih atas perkongsian.
    Alhamdulillah so far Mrs. A tiada masalah tersebut dan harapnya tiada masalah pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  2. Hi, I opened a new account, I tried the old account, it is persistently uploading as googleusercontent, the pictures are corrupted. how did you handle the problem?

    ReplyDelete
    Replies
    1. luckly one of my blogs no affected. So upload picture from that blog and copy their link then upload via url in my affected blog. So far, this is the only way for me

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post