Cara Renew Lesen Memandu Secara Online (MYEG)

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online (MYEG)

Demi kearah negara maju. Kini anda boleh renew lesen memandu secara online sahaja dengan menggunakan MYEG. Anda tidak perlu lagi beratur panjang di JPJ atau Pejabat Pos untuk perbaharui lesen memandu.

Kita sedia maklum, lesen memandu hanya sah paling kurang dalam tempoh setahun sahaja dan paling lama adalah 5 tahun. Jadi jika sekiranya telah tamat tempoh, anda perlu renew lesen memandu bagi mengelakkan disaman.

BACA : Guna Template Ini Untuk Buat Laporan JPJ Atas Kesalahan Salah Guna Lorong Kecemasan

Sebelum ini, biasanya kita akan renew lesen memandu sama ada di cawangan terdekat JPJ atau di pejabat pos. Jadi kita perlulah keluar rumah, memandu jauh dan perlu beratur tunggu giliran untuk urusan renew lesen memandu. Pastinya memenatkan bukan?

Kini tidak lagi! Ini kerana Kerajaan telah menyediakan platform untuk anda renew lesen memandu secara online sahaja iaitu dengan menggunakan perkhidmatan MyEG. Anda boleh lakukan bila-bila masa dan dimana sahaja. Tak perlu keluar rumah pun.

Jika sudah renew, kad atau lesen memandu anda pula akan dihantar terus ke rumah anda secara pos. Lagi tak perlu keluar rumah, tambahan lagi dengan keadaan negara yang sedang dilanda pandemik sekarang ini untuk kurangkan berada di luar rumah.

Jadi baru-baru ini saya buat pertama kali menggunakan e-servis berkaitan perkhidmatan kerajaan, MyEG khusus untuk renew lesen memandu sahaja.

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Menggunakan MyEG

Untuk anda yang belum pernah menggunakan e-servis MyEG ini, anda terlebih dahulu perlu daftar dan buka akaun MyEG. Boleh daftar disini

Jika sudah daftar, barulah anda ikuti langkah-langkah renew lesen memandu dibawah ini dengan menggunakan laptop atau komputer :

1)  Pergi ke portal MyEG di www.myeg.com.my dan login seperti biasa

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Menggunakan MyEG

2)  Kemudian pilih Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan klik Driving Renew Licence (CDL)/ Perbaharui Lesen Memandu

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Menggunakan MyEG

3)  Jika sebelum-sebelum ini anda sudah pernah renew lesen memandu, gambar sudah pun berada dalam sistem, jadi tak perlu upload gambar baru. Baca syarat-syarat dan boleh teruskan dengan klik pada Teruskan

4)  Pada bahagian ini anda perlu masukkan maklumat peribadi anda dan pastikan ianya betul dan tepat. Jangan salah walaupun satu huruf

  • Nombor MyKad
  • Kategori (pilih orang awam)
  • Tempoh perbaharui (saya pilih 2 tahun)
  • Nombor telefon
  • Alamat emel

Pilih > Delivery/Penghantaran

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Menggunakan MyEG

Jadi anda perlulah masukkan nama dan alamat rumah bagi proses penghantaran. Caj akan dikenakan RM6 untuk Lembak Klang, RM8 untuk Semenanjung Malaysia dan RM10 untuk Sabah & Sarawak. Tempoh penghantaran dalam 2-5 hari waktu bekerja

*Saya kawasan Pahang dikenakan caj RM8. Dalam masa 7 hari, barulah kad baru lesen memandu sampai.

5)  Langkah seterusnya, anda perlu semak terlebih dahulu segala maklumat yang ditetapkan sebelumnya. Jika sudah ok, klik Teruskan

6)  Sekali lagi akan dipaparkan butiran diri dan kali ini dalam bentuk kad lesen memandu sebenar. Pastikan semua betul dan tepat. Tik 'Saya mengesahkan...' dan klik Teruskan

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Menggunakan MyEG

7)  Langkah seterusnya adalah bayaran. Anda boleh bayar guna e-Cash, Kad Kredit atau menggunakan Perbankan Online (Maybank2u, CIMB Click etc)

8)  Guna Perbankan Online lebih mudah. Pilih sahaja jenis bank anda, masukkan alamat emel dan klik Submit

Cara Renew Lesen Memandu Secara Online Menggunakan MyEG

9)  Akhirnya buat bayaran seperti biasa sehingga selesai.

Anda boleh rujuk sebelum sejarah transaksi atau resit bayaran dengan klik pada Action > Click Here

Lesen memandu saya akan tamat pada tarikh hari lahir iaitu pada 6 September, tetapi saya renew pada 2 September 2021. Walaupun kerja anda kini lebih mudah, tetapi kos anda meningkat. Anda perlu bayar extra RM10.60 (jumlah RM70.60) untuk tempoh 2 tahun lesen memandu atas sebab tax dan caj penghantaran.

Jika renew terus di JPJ atau pejabat post, anda hanya perlu bayar RM60 sahaja untuk tempoh 2 tahun lesen memandu. Bagi saya berbaloi kalau renew 2 tahun hingga 5 tahun terus.

Mereka ada kurier khas yang akan bawa kad lesen memandu anda. Anda perlu thumbprint terlebih dahulu untuk pengesahan sebelum menerima lesen memandu anda tersebut.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post