10 Bathtub Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur Untuk Bercuti

10 Bathtub Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur Yang Korang Boleh Cuba Untuk Bercuti

Sekarang Kerajaan sudah benarkan industri pelancongan beroperasi seperti biasa tetapi mengikut SOP yang ditetapkan. Jadi inilah masanya untuk korang bercuti atau staycation di hotel yang korang impikan selepas lama berada di rumah disebabkan PKP dan pandemik Covid-19.

Kita ingin bercuti pastinya untuk release stress selepas lama terperap di rumah atas sebab Work From Home. Selain itu, kita nak juga spent time bersama-sama keluarga selepas hari-hari hadap kerja, laptop, zoo meeting dan sebagainya. Disebabkan itu, anda tidak kisah untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan penginapan atau hotel yang terbaik.

Antara ciri hotel yang menjadi pilihan pengunjung masa kini adalah kemudahan tab mandi atau bathtub yang disediakan di dalam bilik hotel. Dengan itu, korang boleh lah spent time untuk berehat atau 'berendam' di bilik sahaja tanpa bersama yang lain kan. hehe

Korang tidak perlu pergi jauh-jauh pun untuk nikmati kemudahan ini. Banyak hotel in Kuala Lumpur yang menyediakan tab mandi mengikut lokasi yang  diimpikan. Ada berdekatan dengan KLCC, di tengah kota raya dan sebagainya.

Jadi jika masa terdekat korang bercadang untuk datang ke ibu kota untuk staycation, disini korang boleh pilih 10 senarai hotel terbaik di Kuala Lumpur yang menyediakan bathtub.

Senarai 10 Bathtub Hotel Terbaik Di Kuala Lumpur

Korang boleh datang bersama keluarga atau pasangan dengan memilih jenis bilik hotel mengikut keperluan dan bajet sendiri. Yang penting, percutian anda berbaloi dengan segala kemudahan yang ditawarkan.

#1 - Grand Hyatt Kuala Lumpur

Grand Hyatt Kuala Lumpur

Hotel ini menawarkan tab mandi bagi bilik biasa dan juga bilik suite. Selain itu, yang paling menarik adalah pemandangan yang disajikan dimana anda akan dapat lihat KLCC terus dari bilik anda. Boleh datang sini untuk berehat.

#2 - Hotel W Kuala Lumpur

Hotel W Kuala Lumpur

W Hotel juga menawarkan kemudahan yang anda perlukan termasuk bathtub untuk bilik biasa dan juga suite. Selain itu, anda juga boleh nikmati pemandangan daripada atas yang berhadapan dengan KLCC.

#3 - St. Regis Kuala Lumpur

St. Regis Kuala Lumpur

Jika anda ingin berehat di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, anda boleh menginap disini. Denga hiasan dalam bilik air bersama bathtub, ianya pasti memberikan ketengangan dan keselesaan ketika anda 'berendam'.

#4 - Banyan Tree Kuala Lumpur

Banyan Tree Kuala Lumpur

Disini anda boleh nikmati pemandangan indah kerana bathtub yang disediakan berhampiran dengan tingkap. Dengan saiz bulat tab mandinya, memberikan keselesaan untuk anda berendam dengan tenang di dalamnya.

#5 - Majestic Hotel Kuala Lumpur

Majestic Hotel Kuala Lumpur

Antara senarai hotel yang menawarkan harga berpatutan untuk bermalam disini. Tapi jangan risau, masih ada tab mandi yang anda impikan tersebut disediakan di dalam bilik hotel sama ada bilik biasa atau jenis Suite.

#6 - Hilton Kuala Lumpur

Hilton Kuala Lumpur

Hilton Hotel juga menawarkan harga penginapan dengan harga berpatutan berbanding dengan kemudahan yang disediakan. Anda boleh datang bersama pasangan atau keluarga disini yang juga terletak di tengah-tengah ibu kota.

#7 - EQ Kuala Lumpur

EQ Kuala Lumpur

Sebuah bangunan hotel yang unik dengan penuh pencahayaan lampu. Dapat datang sini mesti best. Banyak kemudahan yang disediakan disamping pemandangan yang indah kerana ketinggian hotel tersebut. Jangan risau, bathtub ada juga disini

#8 - Ruma Kuala Lumpur

Ruma Kuala Lumpur

Sangat dengan KLCC Park dimana anda boleh riadah di taman tersebut jika anda turun daripada hotel. Lokasi yang strategik, hotel yang cantik dan mewah yang sangat sesuai untuk datang dan berehat disini bersama yang tersayang.

#9 - KLoe Hotel Kuala Lumpur

KLoe Hotel Kuala Lumpur

Jika anda nak berjalan-jalan ditempat menarik pada waktu malam, hotel ini sangat sesuai. Ianya berdekatan dengan Pavillion dan Bukit Bintang. Takkan setiap masa nak duduk dalam bilik dan berendam dalam kolam mandi je kan.

#10 - Le Meridien Kuala Lumpur

Le Meridien Kuala Lumpur

Hotel ini juga menawarkan bilik Suite dengan harga yang berpatutan dimana ada disediakan kemudahan bathtub bersama shower sekali. Boleh datang berehat dengan tenangkan fikiran selama anda staycation disini

Tak cukup? Ni ada satu lagi cadangan bathtub hotel terbaik di Kuala Lumpur

#11 - Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Mandarin Oriental Kuala Lumpur

Antara hotel yang paling hampir dan berdekatan dengan bangunan KLCC. Sebuah hotel mewah dengan menyediakan pelbagai kemudahan. Jika anda mempunyai bajet yang lebih, anda boleh cuba menginap dan merasai pengalaman sendiri disini

1/Post a Comment/Comments

  1. wahhh menariknya, mmg best dapat hotel dengan bathtub ni sebab kalau pool ramai mandi je dalam bilik kan, thanks for sharing aiman :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post