Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2U Untuk Tahun 2021

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2U Untuk Tahun 2021

Bagi yang perlukan bank statement Maybank dengan segera, disini aku konsikan cara untuk dapatkan bank statement dengan mudah secara online sahaja melalui Maybank2U.

Kebiasaanya, jika anda ingin dapatkan bank statement sebelum-sebelum ini, anda perlu pergi ke bank dan minta mereka untuk print bank statement tersebut untuk waktu tempoh yang tertentu seperti 3 atau 6 bulan.

Tetapi kini, urusan semua semudah dihujung jari sahaja. Anda tak perlu ambil masa untuk pergi bank, anda boleh dapatkan secara online sahaja.

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2U

1)  Anda login seperti biasa Maybank2u di www.maybank2u.com.my dengan menggunakan username dan password

2)  Seterusnya klik pada 3 titik di bahagian Saving Account-i

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2U Untuk Tahun 2021

3)  Kemudian pilih View Statements

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2U Untuk Tahun 2021

4)  Disini anda boleh pilih nak statement bulan ke berapa. Untuk pengetahuan, Maybank akan sertakan bank statement setiap 3 bulan; Jan-Mac, April-Jun, Julai-September, Okt-Dis.

Oleh itu, sekiranya anda ingin dapatkan statement bank anda untuk bulan Oktober, anda perlu tunggu habis Disember dahulu.

Sebagai contoh, aku nak statement bulan September, aku klik pada Acct.Statement 30/09/2021. Seterusnya download dalam bentuk file PDF seperti dalam gambar. Jadi anda perlu ada software adobe reader.

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2U Untuk Tahun 2021

Disini akan disenaraikan sepenuhnya bank statement dari bulan Julai, Ogos dan September 2021. Pada bank statement ini terdapat maklumat keluar masuk duit, nama dan alamat anda, cawangan maybank anda daftar dan paling penting ada nombor akaun maybank.

Contoh bank statement maybank

Cara Dapatkan Bank Statement Maybank Melalui Maybank2U Untuk Tahun 2021

Jadi jika ada yang minta anda maklumat bank akaun maybank, anda boleh bagi bank statement ini terutamanya bahagian maklumat tersebut.

Zaman sekarang dah banyak urusan bank seperti buat transaksi, pendaftaran, pemohonanan, semak baki boleh dilakukan secara online sahaja.

Tidak perlu lagi untuk susah-susah datang ke kaunter bank untuk urusan kecuali bank-in duit atau apa-apa permasalahan kan.

Harap ianya bermanfaat dan membantu.

2/Post a Comment/Comments

  1. tq untuk perkongsian, pernah juga dapatkan bank statment dengan cari ini, lebih mudah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post