Korang Kena Cuba! Aiskrim Mokti's Gula Apong Merupakan Kedai Aiskrim Terbaru Di Temerloh

Aiskrim Mokti's Gula Apong kini sudah berada di Temerloh

Bagi peminat aiskrim gula apong di Temerloh, anda kini tidak perlu lagi cari ke Kuantan apabila cawangan terbaru Mokti's Ice Cream Gula Apong sudah ada di Temerloh.

Sekitar bulan Oktober yang lalu mereka telah lancarkan dan buka secara rasmi kepada orang ramai untuk dapatkan aiskrim kegemaran mereka terus di Temerloh sahaja.

Nampaknya di Temerloh selain di Vanilla Temerloh, kedai aiskrim Mokti's juga antara kedai yang memang mengfokuskan produk aiskrim sahaja. Jadi orang Temerloh nak lepak makan aiskrim, kena datang sini. Now ada perisa vanila, ada gula apong.

Mokti's memperkenalkan produk aiskrim berasaskan gula apong (gula nipah). Mungkin ramai yang tak pernah dengar berkaitan gula ini. Sebenarnya ianya terkenal di negeri Sarawak. Katanya kalau nak buat perbandingan, ianya sama seperti gula melaka.

Aiskrim Mokti's Gula Apong Cawangan Temerloh

Outlet Temerloh ini terletak berhadapan dengan Dataran Temerloh, Dewan Tun Razak atau berhampiran dengan Old Town baru yang sebaris dengan Al-Ikhsan. Jadi disini sesuai untuk dijadikan port lepak makan aiskrim kerana mempunyai kawasan yang luas di dataran tersebut.

BACA : 10 Kedai Kopi Viral Terbaik Yang Patut Anda Cuba Di Temerloh

Ianya dibuka setiap hari bermula 11.30 pagi hingga 9 malam. Setakat ini tiada lagi pilihan pesanan secara delivery atau penghantaran. Jadi anda kena datang sendiri di kedai untuk cuba dan merasai aiskrim gula apong.

Review Mokti's Gula Apong

Aku berkesempatan buat pertama kali merasai aiskrim Mokti's ini sendiri di cawangan Temerloh selepas beberapa minggu ianya dibuka secara rasmi.

Sebenarnya aku dah datang dua kali disini. Kali pertama, aku cuba menu Apong Asli dengan saiz medium beserta topping conflacks dan taburan coklat. Untuk kali kedua, masih mengekalkan topping yang sama tetapi kali ini cuba Mixed Apong+Pandan pula.

cuba apong asli dan mixed pandan aiskrim mokti's temerloh

Untuk rasa Apong Original, disebabkan ianya tidak mempunyai gula putih, jadi ianya tidak terlalu manis pun. Rasa lemak sahaja. Rasa manis hanya datang daripada cairan gula apong dikeliling aiskrim tersebut.

Manakala bagi campuran Apong Original + Pandan, ianya sepertinya mengekalkan rasa yang sama tapi ada sedikit rasa pandan. Tetapi ianya tidak manis dan sedap untuk dimakan secara santai.

Untuk kedua-dua harga, ianya bergantung kepada saiz cup sebenarnya iaitu kecil RM3, medium RM4 dan besar RM6. Aku just beli saiz medium sahaja. Bagi aku ianya sangat mencukupi untuk seorang makan.

harga aiskrim mokti's gula apong temerloh

Pembayaran adalah secara tunai sahaja. Tapi jangan risau, jika anda tak bawa cash, anda masih boleh bayar menggunakan QRPay Maybank secara online.

Selain daripada menu tersebut, ada juga perisa honeybee, ada Apong Honeycomb, Apong Baby Bob, Honey Cream dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, ada juga dijual produk aiskrim batang dengan pelbagai perisa lain. Ada pandan, matcha, teh es, pandan, white coffee dan banyak lagi yang mana kesemuanya adalah berasaskan Gula Apong.

aiskrim batang gula apong mokti's di temerloh

harga aiskrim batang gula apong mokti's di temerloh

Sebagai cadangan, mungkin dimasa hadapan Mokti's cawangan Temerloh boleh sediakan kawasan dine-in pada bahagian luar atau tepi kedai tersebut. Jadi orang ramai yang datang, boleh nikmati terus aiskrim tanpa perlu pergi ke kawasan lain.

Selain itu, mungkin boleh tambah kaedah bayaran lain pula. Boleh tambah DuitNow mungkin. Bayar menggunakan eWallet. Sekarang kan zaman cashless

Jadi orang Temerloh datanglah ke Mokti's Ice Cream Gula Apong cawangan Temerloh pada bila-bila masa dan cuba sendiri aiskrim dengan harga yang berbaloi. Makan pula petang-petang atau masa musim panas kan, memang boleh basahkan tekak la.

Mokti's Ice Cream Gula Apong dah boleh la masuk senarai tempat makan menarik yang anda boleh datang apabila tiba di Temerloh selepas ini.

Info lanjut, boleh tengok di facebook Mokti's Temerloh.

Mungkin lepas ni, lebih banyak kedai aiskrim akan dibuka di Temerloh. Asyik bubble tea je.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post