Saksikan Drama Jangan Ganggu Jodohku (Slot Megadrama Astro Ria)

Saksikan Drama Jangan Ganggu Jodohku (Slot Megadrama Astro Ria)

Slot Megadrama minggu ini akan memainkan sebuah drama tempatan terbaru tahun 2021 iaitu Jangan Ganggu Jodohku yang akan mula bersiaran pada 29 November 2021 di Astro Ria.

BACA : Drama Slot Megadrama Jiwa Yang Kau Puja Astro Ria (The Hotel 2)

Drama ini bakal menggantikan dram Jiwa Yang Kau Puja (The Hotel 2) sebelum ini. Berbeza dengan sebelumnya, drama ini merupakan adaptasi daripada novel dengan tajuk yang sama karya Umie Nadzimah yang diterbitkan pada tahun 2018.

Episod : 24
Pengarah : Jamal Khan
Penerbit : Jaspal S. Korotana
Produksi : Orangtree Production Sdn. Bhd.

Saksikan Drama Jangan Ganggu Jodohku (Slot Megadrama Astro Ria)

Pelakon Dan Watak

Antara barisan pelakon yang membintangi drama Jangan Ganggu Jodohku seperti Shaza Bae, Yusuf Bahrin, Norreen Iman, Amerul Affendi, Salina Saibi, Sabhi Saddi, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.

  • Shaza Bae sebagai ALIZA
  • Yusuf Bahrin sebagai DR. IMRAN
  • Norreen Iman sebagai SHAHIDA
  • Amerul Affendi sebagai JIN ABU
  • Salina Saibi sebagai SAKA MAKCIK LEMPENG
  • Sabhi Saddi sebagai USTAZ HADHARI
  • Sherry Ibrahim sebagai KAK SALEHA

OST Drama

Lagu : Butakah Cinta
Penyanyi : Spring

Lagu : Sepi Tanpa Cinta
Penyanyi : Spring

Sinopsis Drama Jangan Ganggu Jodohku

Drama Jangan Ganggu Jodohku mengisahkan hidup Aliza dan Dr. Imran. Aliza yang telah menerima sumpahan yang menyebabkan dia susah untuk bertemu jodoh sekali tidak mewarisi saka dari nenek saudaranya.

Disebabkan itu juga, Aliza mempunyai kelebihan untuk berkomunikasi dengan makhluk di alam lain dan rapat dengan jin Abu sejak kecil lagi. Pada satu hari, Aliza telah jatuh cinta dengan Dr. Imran, tetapi ianya tidak disukai oleh jin Abu

Dr. Imran seorang yang bermikiran moden, kerek, sombong, serta riak dengan ilmu perubatannya. Imran tidak percaya dengan hal mistik tetapi selepas diganggu oleh saka Makcik Lempeng dia mula berubah menjadi seorang warak.

Pada mulanya Imran tidak suka pada Aliza namun segalanya berubah setelah dia berubah dan mula mencintai Aliza dan cuba mempertahankan cintanya pada Aliza agar tidak diganggu oleh Abu.

Saksikan Drama Jangan Ganggu Jodohku (Slot Megadrama Astro Ria)

Waktu Tayangan

Jangan terlepas untuk saksikan Jangan Ganggu Jodohku setiap isnin hingga khamis jam 10.00 malam di slot Megadrama Astro Ria bermula 29 November ini.

Selain itu, untuk waktu yang fleksibel, anda boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post