Menu Baru Tealive Panda Lava Ni Sama Je Rasa Macam Yang Dulu

Menu Baru Tealive Panda Lava Ni Sama Je Rasa Macam Yang Dulu

Tealive baru-baru ni ada lagi perkenalkan menu baru bubble tea mereka dan kali ini merupakan perisa Panda Lava dengan 3 variasi seperti yang diumumkan.

Jika dilihat kombinasi perisa pandan dan bubble tea untuk tealive rasanya ianya sesuatu yang baru tetapi warna hijau yang diperkenalkan bukan sesuatu yang asing la kan.

Jadi untuk kali ini juga, aku sempat beli dan rasa sendiri Pandan Lava. Macam mana rasanya? Sedap ke atau biasa-biasa sahaja?

Pandan Lava Tealive Dengan 3 Variasi

Untuk menu baru limited edition kali ini ada sedikit perbezaan apabila dalam ketiga-tiga variasi yang diperkenalkan ada 1 minuman panas dan 2 lagi minuman sejuk.

Menu Baru Tealive Panda Lava Ni Sama Je Rasa Macam Yang Dulu

3 variasi tersebut adalah Pandan Lava Pearl Milk Tea (RM8.96), Pandan Lava Pearls Smoothie (RM10.85) dan akhir sekali Pandan Lava Milk Tea Hot (RM8.96). Aku beli Pandan Lava Pearls Smoothie sahaja.

Dapatkan baucer diskaun daripada Shopee untuk pembelian minuman Tealive. Beli DISINI alert-info

Menu yang aku pilih ini adalah campuran smoothie pandan, bersama-sama kepingan kelapa halus dan pearl. Kesemuanya dicampur didalam bekas minuman tersebut. Lebih baik korang goncang dan sebatikan terlebih dahulu.

Sebenarnya aku cukup kecewa dengan menu baru ni tetapi bukan pada rasanya. Sebab rasanya saling tak tumpah seperti Smoothie Onde-Onde sebelum ini. Aku tak sure memang Tealive rename sahaja ke atau sebaliknya. Atau onde-onde itu memang pandan pun aku tak sure.

Menu Baru Tealive Panda Lava Ni Sama Je Rasa Macam Yang Dulu

Tapi bagi aku rasa pandan dan onde-onde sebelum ini sama sahaja. Rasa pandan, rasa pearl dan rasa kepingan kelapa tersebut. Tiada beza pun. Tak boleh beza pun kalau untuk menu smoothie pandan lava ni dengan smoothie onde-onde sebelum ni. Untuk milk tea tak pasti lah.

Rasa sedap tapi biasa-biasa sahaja, jika sebelum ni aku pernah bagi 3/5 untuk onde-onde dan kali ini pun sama sahaja. Kecewa sikit sebab menu baru Tealive kali ini tiada kelainan.

Korang dah try minuman baru ni? Sedap tak?

1/Post a Comment/Comments

  1. okay nanti nak try . sebab ida pon peminat tealive :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post