Review Hotel : Bermalam 3 Hari 2 Malam Di Primula Beach Hotel, Kuala Terengganu

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

Aku sekeluarga berkesempatan untuk rentas negeri bercuti ke Kuala Terengganu selepas beberapa bulan terpaksa duduk di rumah atau hanya bercuti di dalam negeri Pahang sahaja.

Jadi kali ini, kami decide untuk keluar dari Pahang tetapi masih dalam kawasan pantai timur iaitu di Terengganu. Yang pastinya terkenal dengan pantai-pantai yang indah yang ada disana.

Percutian kali ini adalah selama 3 hari 2 malam dan kali ini menginap di salah satu hotel yang popular di Kuala Terengganu iaitu Primula Beach Hotel. Manakan tidak, hotel tersebut kini sudah berusia 37 tahun tetapi masih mantain secara keseluruhan.

Hotel ini masih mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai kerana fasiliti dan akses aktiviti pantai yang tiada pada hotel lain. Jadi orang ramai bermalam disini kerana boleh nikmati pantai Baru Buruk pada bila-bila masa sahaja.

Ini juga antara kenapa kami pilih hotel Primula berbanding dengan hotel-hotel lain yang berada di sekitar Kuala Terengganu ini.

Tempahan Primula Beach Hotel

Kami menginap selama 3 hari 2 malam dan mula check in pada hari Ahad yang mana hari bekerja bagi negeri Terengganu. Jadi orang tidak terlalu ramai dan segala proses kemasukan mudah sahaja.

Harga tidaklah terlalu mahal apabila booking dibuat dalam weekdays. harga lebih kurang RM160 semalaman untuk Deluxe Room. Boleh tempah melalui website Primula, Agoda, Booking, Trip.com atau boleh juga melalui Shopee.

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

Anda boleh tengok lagi senarai hotel terbaik di Terengganu di Shopee. Boleh dapatkan diskaun RM100 untuk setiap pembelian. alert-success

Bilik ini menyediakan satu katil king, 1 sofa, 1 meja make-up dengan balkoni menghadap laut dan KTCC serta boleh nampak 1 tiang Jambatan Angkat (Draw Bridge) Kuala Terengganu tu. Jadi sebab menginap 4 orang, terpaksa add-on satu tilam dengan harga RM60 sahaja.

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

Review Primula Beach Hotel

Untuk rekaan dalaman, rasanya tiada perubahan sejak dahulu lagi pada bahagian lobby. Masih mengekalkan elemen mewah sama ada pada ruang menunggu atau kaunter check in. Disediakan ruang menunggu yang selesa.

Untuk bilik pula, bagi jenis Deluxe, keluasannya tidak lah terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Untuk 4 orang dewasa cukup selesa lagi. Disediakan segala kemudahan asas. Semua ada, jangan risau.

Tetapi bagi aku yang paling terbaik adalah interior tandas. Rasanya ruang paling cantik dan menarik dalam bilik hotel ini adalah tandas. Singki dengan cermin yang lebar dan paling menarik ada bath tub la. Boleh berengan kalau jenis suka duduk dalam tandas lama-lama.

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

Semua bersih dalam keadaan baik bila mula-mula masuk.

Tapi untuk sambungan Wifi, sangat tidak memuaskan. TV hanya menyediakan beberapa siaran asas sahaja tetapi wifi slow. Ingat nak la layan Astro Go malam-malam. Nak bukan facebook pun slow gila (1-2 mbps) sahaja. Ianya percuma, jadi jangan expect terlalu tinggi ya.

Setiap tempahan bilik akan diberikan breakfast secara percuma untuk 2 pax. Secara jujur, menu yang disediakan biasa-biasa sahaja. Tapi nasib baik menu wajib setiap hari ada, Nasi Dagang. Sedap juga la. Not bad! Aku rasa, hanya sekadar manu asas sesebuah hotel je gayanya disediakan.

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

Fasiliti lain aku tak perasan sangat, tapi masih ada swimming pool. Sepertinya macam dah sampai umur kot kolam tu. Saiz besar tetapi keadaannya tidaklah sempurna.

BACA : Bercuti Di Sugeh Hill Exclusive Eco Resort Bersama Seluruh Keluarga

Ada mozek yang sudah mula tertanggal dan paling mengarut, kedalaman kolam 5 kaki jadi 3-4 kaki sahaja. Sebab dieorang kurangkan kuantiti air. Apoo la. Tapi boleh lagi berenang. Kolam tu hari pagi dia terik sikit, sebab menghadap arah matahari. Kalau mandi petang sikit best. Kolam hadap laut tau.

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

Untuk yang bawa kereta banyak-banyak tu, jangan risau parking yang disediakan cukup dan sangat bayar. Kawasan juga adalah dalam terkawal. Ada juga basement, parking bawah atap.

Seperti yang diberitahu pada awalnya, selain daripada fasiliti dan keselesaan, rasanya paling best bila duduk Primula Beach Hotel ini adalah akses kepada Pantai Batu Burok yang mana antara pantai yang paling menarik untuk santai di Kuala Terengganu. Tak perlu bawa kereta, jalan kaki dari hotel je boleh sampai pantai. Terlalu dekat.

Disini selain daripada pantai yang cantik, panjang dan luas, banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Anda boleh mandi laut, main layang-layang, bergambar, menunggang kuda dan banyak lagi aktiviti lain.

Paling paling menarik adalah banyak gerai makanan dan minuman yang dibuka sepanjang pantai ni. Memang letih la kalau nak cuba satu-satu makanan kat sini. Start petang sampai pukul 10 malam lebih kurang.

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

pengalaman dan review primula beach hotel terengganu

Disini ada jual air kelapa, air kopi viral, kopi burok, oden, nasi goreng ikan, coconut shake, sotong celup tepung, pisang goreng, kerepok losong yang terkenal di Terengganu dan katanya makanan unik disini adalah daging sumbat. Aku tak sempat cuba, korang nanti datang sini cuba la.

Lepas tapau makanan semua, jadi korang boleh la cari port lepak tepi laut dan makan ramai-ramai. Datang lingkungan 5-6 petang sumpah best ditambah dengan angin laut. Sepertinya parking pun banyak.

Akhirnya sekali, dari hotel ni juga sebenarnya anda boleh jalan kaki ke shopping mall Kuala Terengganu City Cetral (KTCC); mall terbaru di Kuala Terengganu. Tak payah bawa kereta pun, disamping boleh exercise sikit hehe

Kesimpulannya

Dengan harga serta fasiliti yang disediakan, rasanya berbaloi ditambah pula dengan akses ke Pantai Batu Burok yang sangat dekat. Mungkin boleh improve dari segi menu breakfast dan swimming pool tu. Mungkin boleh touch up semula kan.

Jadi kalau korang tak tahu nak bermalam  mana kalau bercuti di Terengganu, rasanya aku boleh cadangkan Primula Beach Hotel. Aku bagi 3.9/5 ⭐ secara keseluruhan.

2/Post a Comment/Comments

  1. rindunya terengganuuu.... masa mula-mula masuk diploma dulu, hotel nilah jadi tempat fav annual dinner senior smpai batch kami terus cari tmpt lain haha

    ReplyDelete
  2. Saya pun lama tidak melancong ke luar negeri..

    kalau setakat luar daerah itu memang ada

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post