Saksikan Drama Diari Seorang Suami TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Diari Seorang Suami TV3 (Slot Lestary)

Drama siri terbaru untuk tahun 2021 bertajuk Diari Seorang Suami akan disiarkan bermula 12 November 2021 di slot Lestary TV3 bagi menggantikan drama sebelumnya, Kekasih Hati Mr. Bodyguard.

Diari Seorang Suami merupakan karya asal daripada penulis skripnya sendiri iaitu Azril Hamzah dan diarahkan oleh Johan Bahar dengan barisan pelakon seperti Afieq Shazwan, Yuna Rahim dan Keith Foo.

Judul : Diari Seorang Suami
Episod : 13
Pengarah : Johan Bahar
Idea Asal : Azril Hamzah
Skrip : Azril Hamzah dan Nasir Sulaiman
Penerbit : Aida Othman
Produksi : Art Ornament Sdn. Bhd

Saksikan Drama Diari Seorang Suami TV3 (Slot Lestary)

Barisan Pelakon & Watak

Antara pelakon yang terlibat dalam drama ini ialah Afieq Shazwan, Yuna Rahim, Keith Foo, Fimie Don, Aida Othman, Sani Sudin, Jun Lojong, Syanie Hisham, Iqbal Mazlan, Khal Isyaf, Fahmi Zamari dan ramai lagi

  • Afieq Shazwan sebagai HAIRI
  • Yuna Rahim sebagai NISA
  • Keith Foo sebagai AZMAN
  • Fimie Don sebagai JENAL
  • Aida Othman sebagai LIZA
  • Sani Sudin sebagai PAK WAN
  • Jun Lojong sebagai MAK YAH
  • Syanie Hisham sebagai KAK ESAH

Sinopsis Drama Diari Seorang Suami

Drama Diari Seorang Suami mengisahkan kehidupan pasangan muda iaitu Hairi dan Nisa. Mereka berdua telah mendirikan rumahtangga selepas habis bersekolah dan berjanji akan hidup bersama-sama walau keadaan susah dan senang.

Nisa telah berjanji bersama Hairi yang dia akan sentia untuk selamanya. Dalam pada itu, Hairi juga berjanji akan memberikan Nisa kehidupan yang baik dan tetap berjuang untuk kehidupan yang lebih senang ketika dalam alam rumah tangga.

Namun semuanya berubah apabila kehadiran seorang lelaki iaitu Azman yang hadir dalam kehidupan pasangan suami isteri tersebut yang menyebabkan kebahagian mereka terganggu.

Mampukah Hairi mempertahankan kebahagian rumahtangganya? Adakah Nisa akan terus setia bersama Hairi selepas kemunculan Azman dan diari hidupnya? Apakah yang akan dilakukan oleh Azman?

Saksikan Drama Diari Seorang Suami TV3 (Slot Lestary)

Saksikan Drama Diari Seorang Suami TV3 (Slot Lestary)

Waktu Bersiaran

Drama ini akan bersiaran setiap hari rabu hingga sabtu jam 9.00 malam di slot lestary TV3 bermula 12 November ini. Selain itu, anda boleh saksikan di Youtube Drama Sangat sejurus selepas habis tayangan di tv.

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3

Episod 4 | Episod 5 | Episod 6

Episod 7 | Episod 8 | Episod 9

Episod 10 | Episod 11 | Episod 12

Episod 13 (Akhir)


2/Post a Comment/Comments

  1. Dah berlakon jadi dewasa dah ya, teringat dia berlakon masa kanak-kanak dulu

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post