Saksikan Drama Sihir Di Astro Ria (Terbaru)

Saksikan Drama Sihir Di Astro Ria di tahun 2021

Astro sekali lagi membawakan sebuah cerita baru tahun 2021 dengan genre seram bertajuk 'Sihir' yang mula disiarkan pada 1 November 2021 melalui saluran Astro Ria.

BACA : Tonton Drama Seram Tahyul Di TV3 (Slot Samarinda)

Kali ini back to back drama seram untuk slot jam 11 malam ini. Jika sebelum ini siri koleksi drama Malaysian Ghost Stories yang kini diganti dengan drama Sihir pula lakonan Kamal Adli dan Hun Haqeem

Episod : 20
Pengarah : Michael Ang, Kamal Adli, Hun Haqeem dan Azmir Affandi
Konsep Asal : Michael Ang dan Syawal Azrai Mokhtar
Penulis Skrip : Rahim Ramli dan Nadia Khan
Penerbit : Michael Ang
Produksi : Juita Viden Sdn. Bhd.

Saksikan Drama Sihir Di Astro Ria di tahun 2021

Barisan Pelakon

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Kamal Adli, Hun Haqeem, Zarul Umbrella, Sharifah Shahora, Zarynn Min, Katalina, Ellyas, Mohamad, Fiza Thomas, Farah Ahmad, Azmir, Makwan dan ramai lagi

Sinopsis Drama Sihir

Menceritakan tentang pasangan kembar bernama Nuh (Kamal Adli) dan Hud (Hun Haqeem) yang mempunyai kelebihan deria keenam dan cuba menyelesaikan kes-kes berkaitan dengan sihir yang mengganggu orang di sekeliling mereka.

Nuh mempunyai kebolehan untuk melihat masa depan menerusi mimpi manakala Hud pula memiliki hijab yang membolehkannya melihat perkara yang ghaib dan mistik.

Mereka sering mendapat alamat daripada mimpi atau dengan melihat bayangan sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara.

Kembar ini dibelanggu persoalan untuk menjejaki asal usul mereka dan sepanjang perjalanan itu Nuh dan Hud dipertemukan dengan insan yang merana kerana sihir dan orang-orang yang mengamalkan ilmu sihir.

Setiap kali mereka membantu, mereka sering merasakan semakin dekat dengan jawapan yang mereka cari.

Satu persatu petunjuk dirungkai yang akhirnya membawa Nuh dan Hud untuk mengenali siapa diri mereka yang sebenarnya.

Saksikan Drama Sihir Di Astro Ria di tahun 2021

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Sihir yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam di saluran Astro Ria bermula 1 November ini. Selain itu boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post