Cara Bayar Ansuran Di Shopee Guna Kad Kredit (Installment)

cara bayar ansuran di shopee guna kad kredit

Kita sedia maklum, Shopee telah menyediakan pelbagai kaedah bayaran untuk buat pembelian di platform mereka termasuklah bayar ansuran guna kad kredit.

Mungkin kita sudah biasa dan macam aku juga selalu guna online banking, Shopee Pay atau secara tunai melalui 7-eleven, KK Mart atau secara COD.

Tetapi Shopee juga ada buat bayaran secara ansuran atau installment iaitu melalui 2 kaedah sama ada menggunakan kad kredit (tanpa faedah) atau SPayLater yang ada caj tambahan.

Jadi baru-baru ni aku cuba nak beli satu barang iaitu lens kamera fuji (Fujinon 23 mm F2) aku. Jadi aku buat keputusan nak beli secara ansuran iaitu melalui kad kredit.

Untuk pengetahuan SPayLayer Shopee haram tau, sebab ada caj tambahan melainkan bayar secara one-off dalam masa sebulan. Berbanding guna kad kredit, tiada caj tambahan dikenakan dan pastikan kad kredit tersebut adalam kad kredit islamic. Aku guna Public Bank Islamic

Cara Bayar Ansuran Guna Kad Kredit Di Shopee (Installment Plan)

Jadi disini aku nak kongsikan pengalaman buat pertama kali membeli di Shopee dan menggunakan kaedah bayaran credit card (Installment Plan).

Untuk pengetahuan dan juga kekurangan kaedah ini adalah hanya 2 jenis kad kredit sahaja yang diterima iaitu kad kedit Maybank dan juga Public Bank. Kad lain tak boleh buat installment.

BACA : Cara Daftar Dan Buat Duit Daripada Affiliate Shopee Untuk Tahun 2021

Manakala jika anda menggunakan kad kredit Maybank terdapat 3 tempoh ansuran yang ditawarkan iaitu selama 6 bulan, 12 bulan dan 18 bulan. Manakala untuk Public Bank hanya 2 iaitu untuk 6 bulan dan 12 bulan sahaja.

Disini juga akan dipaparkan bayaran bulanan yang anda perlu commit dan bayar selepas dibahagikan untuk tempoh 6 bulan.

Jangan risau, apa harga barang yang anda beli tersebut, itulah jumlah yang anda perlu bayar secara ansuran dalam tempoh yang anda tetapkan. Tiada caj tersembunyi.

1)  Masuk ke aplikasi Shopee (KLIK SINI) dan buat pembayaran seperti biasa

2)  Sebelum buat bayaran, klik dahulu Payment Option > Credit Card Installment

cara bayar ansuran guna kad kredit shopee

3)  Disini akan disenaraikan 2 jenis bank, anda pilih berdasarkan kad yang anda miliki. Macam aku pilih Public Bank Berhad dan hanya mahu buat ansuran untuk 6 bulan sahaja. Kemudian klik 'Confirm'

Untuk barang aku ni, RM274.75/bulan (RM1698.50)

cara bayar ansuran guna kad kredit shopee

4)  Jadi disini aku perlu masukkan segala butiran kad kredit anda tersebut seperti nombor kad, CVC, tarikh luput sehingga selesai. Jika dah setel klik 'Proceed'. Masukkan OTP untuk pengesahan dan langkah terakhir

cara bayar ansuran guna kad kredit shopee

5)  Jika sudah berjaya, pada bahagian Payment Option akan terpapar kaedah bayaran yang anda pilih iaitu menggunakan Kad Kredit. Jika sudah pasti, klik 'Place Order'

Dah betul semua, klik 'Pay', masukkan OTP dan 'Proceed' seperti biasa sehingga selesai.

cara bayar ansuran guna kad kredit shopee

6)  Jadi untuk permulaan, anda hanya perlu bayar untuk bulan pertama sahaja dan bukan jumlah keseluruhan (akan dikreditkan dalam kad anda, RM274.75).

Barang yang anda beli itu juga, akan dihantar terus dan bukan dah bayar penuh baru barang sampai.

cara bayar ansuran guna kad kredit shopee

Untuk pembayaran bulanan, setiap 10 haribulan akan dikreditkan ke dalam kad kredit anda. Jadi lepas tu, boleh la bayar. Ingat, bayar lewat kad kredit, kena caj tau.

Untuk info lanjut berkaitan installment shopee ni, korang boleh rujuk sini

7/Post a Comment/Comments

  1. pergh,, terbaik la shoppe ni, kaella nak try juga bayar ansuran tapi skrg masih memikir lagi hehe

    ReplyDelete
  2. Salam. Saya nk tanya, perlu ke call pihak bank kad kredit tersebut utk mereka setup installment plan slps kita buat pembayaran dengan kad kredit?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu. Dia akan buat secara automatik klu byr guna credit card installment tu. Jadi setiap bulan, akan auto bayar. Kena alert je la.

      Delete
  3. Bukan ke bank ade caj kat kad kredit kita ni? Paling kurang pun 2% per month utk bayaran installment 6 bulan. Lg lama lagi tinggi caj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nope. Kalau direct shopee tak kena caj. Kalau kita req installment atas credit card baru kena caj.

      Delete
  4. Cthnye sy pakai debit card maybank.. Pastu tetiap bulan sy perlu masuukkan duit kt acc saya tu berapa hb.. Sebelum 10hb ke utk penolakan kredit

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk debit card tak boleh. dia mmg khusus untuk credit card sahaja. dia akan tolak automatik bulan2

      Delete

Post a Comment

Previous Post Next Post