Cara Mohon Bantuan One-Off RM500 Untuk Mangsa Banjir Pahang Daripada Kerajaan Negeri

Cara Mohon Bantuan One-Off RM500 Daripada Kerajaan Negeri Untuk Mangsa Banjir Negeri Pahang

Susulan keadaan bencana banjir yang telah berlaku baru-baru ini, Kerajaan Negeri Pahang tampil menghulurkan bantuan melalui Bantuan Khas Banjir secara one-off sebanyak RM500.

Bantuan ini merupakan wang bantuan ihsan kerajaan Negeri khusus kepada mangsa banjir di negeri Pahang dimana-mana daerah yang terlibat banjir sebelum ini.

Bantuan Khas Bencana Banjir ini juga diumumkan oleh Menteri Besar Pahang, YAB Dato' Sri Hj Wan Rosdy Bin Wan Ismail bertujuan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana yang berlaku.

Kita sedia maklum, selain negeri Selangor, Pahang juga antara negeri yang ditenggelami air hampir setiap daerah terutamanya di Bentong, Karak, Kuantan dan Temerloh.

Tidak pernah terfikir, Pahang tahun ini menerima banjir besar 2 kali dalam setahun yang pada awalnya telah berlaku pada awal tahun iaitu pada Januari yang lalu.

Cara Mohon Bantuan Khas Bencana Banjir Negeri Pahang

Melalui bantuan ini, terdapat 5 kategori yang melayakkan anda untuk dapatkan bantuan wang ihsan ini iaitu sama berpindah atau tidak berpindah ke PPS, berpindah selain PPS, pemilik gerai/rumah kedai atau penyewa rumah.

Anda boleh dapatkan borang Pendaftaran Mangsa Banjir secara online dengan download disini. Jika anda di Temerloh, boleh dapatkan di kaunter pintu masuk Pejabat Majlis Perbandaran Temerloh (MPT).

borang pendaftaran mangsa banjir dan bantuan wang ihsan negeri pahang

Jadi anda perlu lengkapkan borang tersebut mengikut kategori dan tahap kerosakan yang anda alami selepas banjir surut.

Jika sudah lengkap diisi, anda hendaklah serahkan borang tersebut kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) setempat.

1/Post a Comment/Comments

  1. semoga dapat meringankan buat mereka yang sedang di ujiNya.. in shaa allah

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post