Saksikan Drama Dukun Diva Di Astro Citra (Astro Originals)

Saksikan Drama Dukun Diva Di Astro Citra (Astro Originals)

Selepas tamat drama I Tanggang, Astro teruskan dengan siri drama Astro Originals yang kali ini membawakan Dukun Diva yang akan mula ditayangkan pada 6 Disember 2021 menerusi saluran Astro Citra.

Biasanya siri Astro Originals jarang menghampakan. Sebelum ini sudah ada Projek Anchor SPM, kemudian diganti dengan I-Tanggang yang mana kedua-dua drama tersebut mendapat sambutan yang hebat disebabkan jalan cerita lain daripada yang lain.

Kali ini sebuah lagi drama asli yang diterbitkan oleh Astro Shaw untuk tontonan orang ramai dengan membawa sebuah kisah ‘female con artist’ dan 'anti-heroes' yang pertama untuk drama tempatan. Menarik kan.

Episod : 8
Pengarah : Ariff Zulkarnain
Idea Asal & Penulis Skrip : Alfie Palermo
Penerbit : Alfie Palermo, Amirr Shahlen, Adrian Teh
Produksi : Astro Shaw

Saksikan Drama Dukun Diva Di Astro Citra (Astro Originals)

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Nadiah Aqilah, Eyka Farhana, Emelda Rosemila, Tony Eusoff, Kahoe Hon, dan Siti Khadijah Halim.

Mereka dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Farazeeqa, Sri Idrina Silva, Juliana Evans, Adlin Aman Ramli, Mat London, Fadhli Masoot, Douglas Lim, Sanjna Suri dan ramai lagi

  • Nadia Aqilah sebagai Che Yah
  • Eyka Farhana sebagai Lola
  • Emelda Rosemila sebagai Dato’ DD
  • Tony Eusoff sebagai Zul
  • Siti Khadijah Halim sebagai Baby Riena

OST Drama

Lagu : Jangan Terlepas Pandang
Artis : Wani Kayrie
Lirik : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir
Komposer : Brendan Lim Seng Meng, Seow Seng Tack, Wee Zhen Yong & Asyraf Nasir

Sinopsis Drama Dukun Diva

Drama Dukun Diva mengisahkan Rubiah Samsudin aka Che Yah yang bercita-cita menjadi seorang pelakon terkenal sejak dari kecil. Walaubagaimanapun, dia gagal mencapai cita-cita tersebut dan ambil keputusan untuk bekerja sebagai GRO di sebuah kelab malam.

Dengan pekerjaan yang dilakukan tersebut pastinya akan dipandang serong oleh saudaranya atau kenalan yang mengenalinya. Sebab itu, Che Yah malu untuk pulang ke kampung menemui keluarganya.

Satu hari, Che Yah menerima panggila daripada hospital memaklumkan kakaknya, Aishah sedang nazak. Bermula saat inilah berlaku perubahan dalam hidup Che Yah bila mengetahui dia bakal menjaga anak saudaranya, Lola iaitu seorang remaja yang bermasalah.

Disinilah bermula apabila Che Yah bersama-sama Lola diugut untuk dibunuh kerana tidak membayar hutangnya. Oleh itu, mereka terpaksa mencari jalan bagi menyelesaikan hutang sekali gus menyelamatkan nyawa mereka. Lola mendapat idea, tapi apa idea tersebut?

Episod 1 (Rubiah Samsudin The Primadona) 

Episod 2 (Happy, Together, Forever)

Episod 3 (Giselle, Oh Giselle)

Episod 4 (Kita Family)

Episod 5 (Camp Cinta Abadi)

Episod 6 (Che Yah’s Beauty Cream)

Episod 7 (You, Me and Jeju)

Episod 8 (Mengejar Mimipi)

Saksikan Drama Dukun Diva Di Astro Citra (Astro Originals)

Waktu Bersiaran

Drama Dukun Diva akan bersiaran setiap hari Isnin pukul 9.00 malam bermula 6 Disember ini di saluran Astro Citra 108. Jika terlepas, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go pada bila-bila masa sahaja secara percuma.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post