Jadual Perlawanan Siaran Langsung Kejohanan Piala Suzuki AFF, Singapura 2020

Jadual & Keputusan Perlawanan Kejohanan AFF Suzuki 2020

AFF Championship atau juga dikenali dengan gelaran kejohanan Piala Suzuki AFF akan berlangsung bermula 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022 dimana Singapura menjadi tuan rumah bagi edisi kali ini.

Kejohanan ini diadakan setiap 2 tahun sekali dan untuk edisi kali ini sepatutnya ianya berlangsung pada tahun 2020. Akan tetapi disebabkan pandemik Covid-19 yang melanda dunia, ianya terpaksa ditangguhkan dan di adakan pada tahun 2021.

AFF Suzuki Cup merupakan kejohanan bola sepak lelaki yang dianjurkan oleh Persekutuan Bola Sepak ASENA untuk pasukan bola sepak kebangsaan di Asia Tenggara.

Kali ini terdapat 10 pasukan yang layak iaitu Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand, Timor-Leste, Vietnam dan juga Malaysia.

Malaysia dalam edisi kali ini telah diundi dalam kumpulan A bersama-sama Vietnam, Indonesia, Kemboja dan Laos. Hanya 2 pasukan teratas bagi setiap kumpulan akan meneruskan cabaran ke peringkat Separuh Akhir dan seterusnya pada peringkat Akhir

Senarai Pemain Malaysia Dalam Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan senarai 28 pemain yang dipanggil oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Tan Cheng Hoe untuk kejohanan kali ini. Daripada senarai tersebut hanya 24 pemain yang akan mewakili negara bagi kejohanan edisi kali ini

Penjaga Gol

Khairul Azhan | Khairul Fahmi | Kalamullah Al-Hafiz

Pertahanan

Rizal Ghazali | Aidil Zafuan | Dion Cools | Quentin Cheng | Junior Eldstal | Syahmi Safari | Dominic Tan | Shahrul Saad | Arif Fadzilah | Ariff Farhan

Tengah 

Safawi Rasid | Baddrol Bakhtiar | Mukhairi Ajmal | Faisal Halim | Arif Aiman | Akhyar Rashid | Syafiq Ahmad | Kogileswaran

Penyerang 

Guilherme De Paula | Luqman Hakim | Shahrel Fikri

Jadual & Keputusan Perlawanan Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020

Perlawanan akan berlangsung di 2 venue iaitu di Stadium Nasional, Kallang dan Stadium Bishan. Perlawanan pertama akan berlangsung pada 5 Disember 2021 iaitu pada hari Ahad ini.

Untuk peminat bola sepak tanah air, anda boleh saksikan perlawanan yang dibawakan secara langsung menerusi saluran Astro Arena 801 dan Astro Go.

Selain itu, RTM juga akan membawakan perlawanan secara live menerusi TV Okey dan Sukan RTM serta menerusi siaran secara online di RTMKLIK iaitu rtmklik.rtm.gov.my

kumpulan malaysia dalam aff suzuki cup 2020

Kumpulan A - Thailand, Myanmar, Filipina, Singapura, Timor-Leste

Kumpulan B - Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja, Laos

Peringkat Kumpulan

5 Disember 2021

  • Singapura (3) - (0) Myanmar
  • Timor-Leste (0) - (2) Thailand

6 Disember 2021

  • Kemboja (1) - (3) Malaysia
    • 23' (P) Safawi Rasid | 61' Akhyar Rashid | 78' Kogileswaran
    • 90' (P) Sath Rosib
  • Laos (0) - (2) Vietnam

8 Disember 2021

  • Myanmar (2) - (0) Timor-Leste
  • Filipina (1) - (2) Singapura

9 Disember 2021

  • Malaysia (4) - (0) Laos
    • 7', 34', 80' Safawi Rasid | 78' Shahrul Saad
  • Indonesia (4) - (2) Kemboja

11 Disember 2021

  • Timor-Leste (0) - (7) Filipina
  • Thailand (4) - (0) Myanmar

12 Disember 2021

  • Laos (1) - (5) Indonesia
  • Vietnam (3) - (0) Malaysia
    • 32' Nguyen Quang Hai | 36' Nguyen Cong Phuong | 89' Nguyen Haong Duc

14 Disember 2021

  • Filipina (1) - (2) Thailand
  • Singapura (2) - (0) Timor-Leste

15 Disember 2021

  • Kemboja (3) - (0) Laos
  • Indonesia (0) - (0) Vietnam

18 Disember 2021

  • Thailand (2) - (0) Singapura
  • Myanmar (2) - (3) Filipina

19 Disember 2021

  • Vietnam (4) - (0) Kemboja
  • Malaysia (1) - (4) Indonesia
    • 13' R. Kogileswaran
    • 36' 43' Irfan Jaya | 50' P. Arhan | 82' E. Baggott

Peringkat Separuh Akhir

22 Disember 2021 (1st-Leg)

Singapura (1) - (1) Indonesia

  • 28' Witan Sulaeman (INA)
  • 70' Ikhsan Fandi (SIN)

23 Disember 2021 (1st-Leg)

Vietnam (0) - (2) Thailand

  • 14', 23' Chanathip Songkrasin (THA)

25 Disember 2021 (2nd-Leg)

Indonesia (4) - (2) Singapura (ET) [ Ag : 5-3]

  • 11' Ezra Walian | 87' Pratama Arhan | 91' Shawal Anuar | 107' Egy Maulana (INA)
  • 49' Song Ui-Young | 74' Shahdan Sulaiman (SIN)

26 Disember 2021 (2nd-Leg)

Thailand (0) - (0) Vietnam [Ag : 2-0]

Peringkat Akhir

29 Disember 2021 (Final 1st-Leg)

Indonesia (0) - (4) Thailand

  • 2', 52' Chanathip Songkrasin | 67' Supachok Sarachart | 83' Bordin Phala

1 Januari 2022 (Final 2nd-Leg)

Thailand (2) - (2) Indonesia (Ag : 6-2)

  • 54' Adisak Kraisorn | 56' Sarach Yooyen (THA)
  • 7' Ricky Kambuaya | 80' Egy Mualana (INA)

JUARA PIALA SUZUKI AFF 2020 : THAILAND

Dapatkan statistik perlawanan dan kedudukan semasa bagi setiap kumpulan menerusi laman web AFF SUZUKI CUP iaitu www.affsuzukicup.com

Kedudukan Semasa

Kumpulan A P M Kumpulan B P M
Thailand 4 12 Indonesia 4 10
Singapura 4 9 Vietnam 4 10
Filipina 4 6 Malaysia 4 6
Myanmar 4 3 Kemboja 4 3
Timor-Leste 4 0 Laos 4 0

3/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post