Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (MSYH)

Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (MSYH)

Nampaknya Astro terbitkan lagi sebuah program pencarian bakat komedi seperti Raja Lawak, Lawak Solo, Gegar Lawak sebelum ini dan kali ini diberi nama Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH).

Tapi sepertinya ada sedikit kelainan, selain daripada hadiah wang tunai, barisan peserta yang menjuarai program terbaru Astro ini bakal muncul pada final Sepahtu Reunion Live selain bakal menjadi ahli terbaru kumpulan Sepahtu.

Juara akan membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak RM30,000 beserta trofi, manakala Naib Juara dan Tempat Ketiga masing-masing bakal membawa pulang RM15,000 dan RM9,000 beserta trofi sumbangan Astro.

Mencari Sepahtu Yang Hilang (MSYH) akan bersiaran selama 8 minggu dan bakal menemui penonton secara langsung pada setiap hari Khamis, jam 9.00 malam di saluran Astro Warna 107 dan Astro Go bermula 2 Disember 2021.

Barisan peserta akan akan diadaili oleh ahli kumpulan Sepahtu sendiri yang bertindak sebagai 'Juri' program tersebut iaitu Jep, Rahim dan Pak Ya. Manakala Jiggy dan Ramona Zam Zam akan mengemudi program tersebut sebagai pengacara utama.

Senarai Peserta Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021

Sebelum itu, uji bakat bagi program ini telah dilakukan secara atas talian dari 1 Jun hingga 31 Ogos yang lalu dan hampir 1,000 penyertaan yang diterima sehinggalah hanya 12 peserta yang dipilih untuk sertai program ini.

Senarai Peserta Program Mencari Sepahtu Yang Hilang 2021 (MSYH)

Terdapat 2 peserta solo, 4 peserta duo dan 6 peserta trio. Senarai peserta adalah seperti berikut:

  1. Yusra
  2. Muslim
  3. Arteh
  4. Joned
  5. Spana
  6. Sebat
  7. Gahai
  8. Pitu
  9. Sepan
  10. San
  11. Siji
  12. Takal

Adakah Sepahtu berjaya mencari dan mendapatkan ahli terbaru tersebut dan temui pemilik Sepahtu Yang Hilang? Saksikan nanti.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post