Saksikan Drama I Promise Janji Anaqi Di Astro Ria

Saksikan Drama I Promise Janji Anaqi Di Astro Ria

Selepas tamat siri drama seram, Sihir minggu lalu, sebuah drama konflik cinta iaitu I Promise Janji Anaqi akan menemui penonton bermula 6 Disember 2021 di saluran Astro Ria. Drama melayu terbaru untuk tahun ini.

Drama I Promise Janji Anaqi merupakan drama adaptasi novel bertajuk 'I Promise' karya Acik Lana yang diterbitkan pada tahun 2019. Kini drama tersebut diangkat ke dunia lakonan bagi tayangan di tv untuk tontonan ramai.

Penerbit Michael Ang sekali lagi ingin menghasilkan sebuah karya bagi slot Astro selepas kejayaan daripada The Hotel, Jiwa Yang Kau Puja (The Hotel 2) dan Tikam.

Pengarah : Hadith Omar
Penulis Skrip : Nazri M Annuar & Ammar Amir
Penerbit : Michael Ang
Produksi : Juita Viden

Saksikan Drama I Promise Janji Anaqi Di Astro Ria

Barisan Pelakon Dan Watak

Antara pelakon utama yang membintangi drama siri ini ialah Sharnaaz Ahmad, Emma Maembong, Talha Harith dan Dayana Roza. Mereka dibantu oleh Ellyas Abdullah, Ferqisha, Alicia Amin, Isaac Iman dan ramai lagi

  • Sharnaaz Ahmad sebagai ANAQI
  • Emma Maembong sebagai HAYLA
  • Talha Harith sebagai ZAFRAN
  • Dayana Roza sebagai AISHAH
  • Alicia Amin sebagai INTAN

OST Drama

Lagu : Janji Sampai Mati
Penyanyi : Hasid Upin

Sinopsis Drama I Promise Janji Anaqi

Drama I Promise Janji Anaqi mengisahkan Hayla yang tidak pernah bahagia bersama suaminya apabila dia menjadi mangsa dera sejak umur sembilan tahun lagi apabila mula-mula bergelar isteri.

Selepas tersiksa selama 5 tahun, Hayla membuat keputusan dan tekad untuk melarikan diri. Tiba-tiba dia bertemu dengan seorang pemuda, Anaqi yang 'tak berperasaan' yang perlahan-lahan akhirnya mengubah rentak hidupnya

Dan Anaqi pula bukan sembarangan manusia. Diasuh dan dilatih menjadi lelaki yang hebat dan cekap, tak pernah gentar dia menghadap cabaran dunia. Tapi satu kemalangan yang cukup tragis telah meranapkan segala keyakinannya. Hancur. Musnah. Lenyap segala kemahsyuran yang dibina. Dia bernafas hanya demi menanti ajal yang bakal tiba.

Tapi bagi Anaqi pula, cinta Hayla tak layak disambut. Bagaimana tangan yang kotor ini mahu membelai gadis sesempurna itu? Dia bukan lelaki yang baik. Dia seorang pembunuh! Dan hubungan mereka pasti akan menjadi satu ‘tiket’ untuk musuh-musuhnya memusnahkan segala bahagia yang mereka cipta bersama.

Saksikan Drama I Promise Janji Anaqi Di Astro Ria

Waktu Tayangan

Drama siri I Promise Janji Anaqi akan menemui anda bermula 6 Disember ini yang disiarkan pada setiap hari isnin hingga khamis jam 11.00 malam di saluran Astro Ria 104.

Jika anda tidak sempat untuk menonton, anda boleh saksikan secara On Demand atau menerusi aplikasi Astro Go pada bila-bila masa dengan waktu yang lebih fleksibel.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post