2 Kali Temerloh Jaya 'Dikepung' Dalam Tempoh 5 Bulan

Selepas melihat teruknya keadaan banjir di negeri Selangor terutamanya kawasan Shah Alam dan Klang, siapa sangka banjir tersebut kini berlaku di tempat aku sendiri, Temerloh.

Tapi yang pastinya, ianya bukanlah kesinambungan pengaliran air dari negeri tersebut ke Pahang sebaliknya adalah datang dari Sungai Pahang sendiri.

Kalau ikutkan sejak 17-18 Disember hujan turun sepanjang hari ketika itu di bumi Temerloh dan pada masa itu ada kenaikkan paras air Sungai Pahang tapi tidak mendadak.

Taburan hujan yang tinggi ini juga berlaku di beberapa negeri dan kawasan lain juga. Ianya berlaku katanya disebabkan Taufan Rai di berhampiran Filipina. Jadi Malaysia antara negara yang kena tempias taufan tersebut. Jadi berlakulah taburan hujan yang tinggi.

Asbab hujan ini jugalah, ianya telah menenggelamkan sebahagian negeri Selangor dan Kuala Lumpur sertai beberapa kawasan di Kuantan, Bentong, Jerantut (Pahang), Melaka, Negeri Sembilan dan kawasan sekitar.

Seingat aku masa tu, paras air Sungai Pahang naik dan dalam berjaga-jaga, tapi tidak kuar kenaikkannya.

Tiada Lagi Hujan Turun Di Temerloh

Jadi bermula 19 Disember sehingga sekarang, tiada lagi hujan malahan panas terik lagi. Ini ekoran Taufan Rai tersebut telah bergerak jauh daripada sempadan Malaysia. Asbab itu, sekarang tak hujan.

Sebab itu, aku tak expect la paras air Sungai Pahang ni akan naik sebab TAK HUJAN kan jika mengikut pengalaman bencana-bencana sebelum ini.

Sejak 19hb tu, aku kerap turun ke bandar Temerloh nak tengok paras kenaikkan air Sg. Pahang dan signboard TEMERLOH menjadi penanda aras kepada paras kenaikkan.

Siapa sangka, sejak itulah, paras air sungai menunjukkan kenaikkan dan seperti tidak mahu berhenti walaupun Temerloh masih panas terik.

Ternyata air sungai di hulu Jerantut sana turun dengan cepat dan sekali lagi dalam tempoh setahun, Temerloh di badai banjir besar seperti yang berlaku pada awal Januari 2021 yang lalu.

Dari hari ke hari, paras air terus meningkat, jadi aku yang duduk di Temerloh Jaya (TJ) sekali lagi terperangkap kerana air sudah menutupi 2 jalan keluar utama di taman ini (depan & belakang).

Antara taman perumahan yang tinggi di Temerloh ni adalah di TJ ni lah. Jadi laluan masuk tu rendah sikit, dan memang selalu naik air tetapi taman ini tak pernah lagi naik air. Kalau naik air, maksudnya tenggelam la seluruh Temerloh ni.

Penduduk sini tidak mampu untuk keluar atau pergi mana-mana melainkan dengan menaiki bot. Duduk je la kat rumah masing-masing.

Now aku teringat, pada Julai-Ogos yang lalu pun, Temerloh Jaya pernah 'dikepung' tetapi bukan dengan air banjir tetapi dengan dawai sebab masa tu kena perintah PKPD akibat jangkitan Covid-19 yang tinggi disini.

Ternyata dalam tempoh 5 bulan, Taman Temerloh Jaya pernah 'dikepung' sebanyak 2 kali dan orang ramai tidak boleh keluar dari kawasan tersebut.

Tapi sebenarnya Temerloh Jaya pernah diperintahkan 2 kali PKPD dalam tempoh sebulan sebelumnya iaitu sekitar Mei-Jun kalau tak silap. Jadi 3 kali 'dikepung' dalam tempoh 7 bulan.

Ini belum lagi cerita pasal Mentakab...

Diharap bencana kali ini tiada nyawa yang terkorban yang pastinya menjadi keutamaan ketika berlaku ujian sebegini. Semoga semuanya selamat.

2/Post a Comment/Comments

  1. Mak sedara kami yang berada di Chenor pun terjejas juga dengan banjir kali ini. Semoga mereka yang terlibat dengan musibah banjir dikurniakan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.

    ReplyDelete
  2. moga banjir di pahang dan selangor akan cepat reda dan surut, teringat tengok di FB keadaan banjir di bandar Mentakab sedih betul keadaannya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post