Cara Langgan Filem Di Astro First

by

aimanabdullah

April 27, 2025

astro first

Jangan tak tahu, Astro pun sekarang dah ada pawagam sendiri aka pawagam di rumah iaitu menerusi Astro First. Jom tengok cara langgan filem di Astro First yang mana anda boleh buat sendiri sahaja.

Jadi untuk mereka yang tak tahu lagi cara nak layan movie atau filem tempatan dan antarabangsa di Astro, boleh tengok perkongsian ini cara untul langgan atau sewa filem di Astro First terkini

- Advertisements -

Sebenarnya ini pertama kali saya menonton filem melalui Astro First (Tak beli filem, tapi sewa sahaja) ni dan filem pertama tersebut adalah Filem Dokumentari Siti: Are You Ready? yang telah mula ditayangkan pada 30 Disember 2021.

Ingat, anda langgan atau sewa dan bukannya beli. Jadi ianya ada tamat tempoh!

Cara Langgan Filem Di Astro First Terkini

Anda kena ingat, yang paling penting untuk langgan Astro First mestilah anda perlu mempunyai akaun ASTRO dulu tidak kira jenis langganan yang anda ambil.

Jika anda ada akaun NJOI pun boleh langgan tetapi mahal seringgit je kot. Tiada cara standalone untuk anda langgan Astro First tanpa akaun Astro atau Njoi.

- Advertisements -

Terdapat 2 cara untuk anda mula langgan iaitu pergi ke siaran CH480 di Astro atau masuk ke website Astro iaitu www.astro.com.my dan pergi bahagian Astro First.

Setiap langganan filem, anda boleh tonton berulang-ulang selama 48 jam bermula anda langgan filem tersebut. Boleh tonton di tv atau secara online di Astro Go. Nak tengok semula lepas habis langganan, langgan je sekali lagi.

Dalam langkah ini, saya kongsikan dengan hanya menggunakan tv sahaja iaitu menerusi siaran Astro First CH480

1.  Masuk Astro dan pergi siaran 480 untuk Astro First. Kemudian akan dipaparkan semua filem-filem yang tersedia untuk ditonton.

Anda pilih sahaja mana-mana filem yang berkenan, kemudian klik butang OK pada remote astro tersebut

cara langgan filem di astro first

2.  Kemudian disini akan dipaparkan cara untuk melanggan filem tersebut sama ada menggunakan Whatsapp atau SMS.

Anda perlu dapatkan 2 butiran sahaja iaitu kod filem dan nombor smartcard anda yang terpapar di kanan atas skrin tv anda.

cara langgan filem di astro first

3.  Kemudian buka aplikasi Whatsapp anda dan hantar kod filem tersebut ke nombor 03-9543 3838 atau KLIK SAHAJA DISINI

4.  Jika anda sudah send kod filem tersebut, Astro akan minta nombor smartcard anda pula. Jadi reply  sahaja nombor tersebut dan hantar

5.  Kemudian akan dipaparkan maklumat pemilik akaun Astro tersebut dan filem yang ingin dilanggan atau sewa. Jika betul, reply 1 dan hantar

6.  Dah selesai, dalam tempoh 10 minit, anda boleh pergi ke siaran yang ditetapkan. 

Seperti contoh Docu-film Siti: Are You Ready? adalah bersiaran di CH473 dan akan diberitahu juga hari dan waktu bila langganan anda tamat

cara langgan filem di astro first

SELESAI!

Filem tersebut akan berulang-ulang setiap hari. Jadi jika anda rasa tiba-tiba tiada masa, anda record terlebih dahulu secara keseluruhan. Jadi nanti dalam tempoh 48 jam, boleh play, rewind, pausa bila-bila masa sahaja. 

Ini yang saya buat. Tapi nanti lepas 48 jam, recorded filem tersebut hilang tau.

Jika di Astro Go, anda download je dulu filem tersebut. Nanti kalau tiada wifi pun, boleh tengok bila-bila sahaja.