Kita Cuba Pula Menu Baru KFC Golden Egg Burger

menu baru golden egg burger

Inilah fast food kan, setiap bulan, setiap masa ada sahaja promosi yang ditawarkan dan kali ini KFC membawakan semula menu Golden Egg kali ini untuk burger pula.

Tahun-tahun sebelum ini, biasanya Golden Egg ditawarkan pada menu ayam goreng seperti tahun sudah Golden Egg Crunch bersama butter cereal.

Tapi untuk tahun baru ini, membawa sedikit kelainan sikit. Jika sebelum ini pada ayam goreng dan kali ini untuk menu burger pula.

Jadi boleh cuba burger emas yang dibawakan oleh KFC

Menu Golden Egg Burger

Menu baru kali ini KFC menawarkan 4 variasi termasuk a la carte (Rm11.49 untuk seketul burger) untuk anda cuba. Boleh makan sorang atau nikmati bersama rakan-rakan dan keluarga dengan set yang disediakan

Buddy Meal

Melalui set ini, anda akan akan dapat 2 ketul Golden Egg Burger, 2 ketul ayam goreng dan juga Cheezy Wedges dengan harga RM30.99

menu baru golden egg burger

Box Meal

Set ini menawarkan Golden Egg Burger, 1 ketul ayam goreng, minuman teh limau ais dan kentang goreng dengan harga RM16.99

menu baru golden egg burger

Kombo

Dengan set kombo anda akan dapat Golden Egg Burger, minuman teh limau ais dan kentang goreng dengan harga RM11.49

menu baru golden egg burger

Review Golden Egg Burger

Menu baru kali ini, aku hanya order set kombo dengan harga RM14.99. Tapi aku tak suka ice lemon tea, aku tukar air pepsi tanpa dikenakan caj pun. Aku take-away di KFC sahaja.

Kebiasaanya burger KFC secara fizikalnya tidak lari jauh seperti yang diiklankan berbanding fast food yang lain. Jadi burger yang aku dapat besar dengan saiz kepingan ayam juga besar.

menu baru golden egg burger

Dalam burger tu ada kepingan ayam zinger yang diadun bersama telur asin, mayonis, salad sikit dan kepingan keju bersama ban burger.

Rasanya sama sahaja dengan menu Golden Egg sebelum ini. Aku tidaklah gemar dengan menu ini, tetapi rasanya sedap untuk dicuba. Selain daripada rasa, anda juga akan ditawarkan dengan aroma lazat. Bau pun sedap juga sebenarnya.

menu baru golden egg burger

Jadi untuk anda yang belum cuba, boleh dapatakn di KFC berhampiran bermula 5 Januari ini. Dah jemu makan ayam goreng, boleh cuba pula burger emas ni, KFC Golden Egg Burger.

1/Post a Comment/Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post