Tonton Drama Bunga Hati Di Astro Ria (Slot Megadrama)

drama bunga hati astro ria

Slot Megadrama akan diteruskan lagi dengan sebuah drama terbaru berjudul Bunga Hati yang akan mula bersiaran pada 10 Januari 2022 di siaran Astro Ria.

Drama adaptasi novel 'Bunga Hati' karya Liza Ali yang menampilkan gandingan pelakon utama Intan Najuwa, Redza Rosli dan Erwin Dawson menjadi pilihan drama bersiri pembuka tirai di Astro Ria bagi menggantikan Jangan Ganggu Jodohku

Episod : 20
Pengarah : Jamal Khan & Che Mie
Penulis Skrip : Wan Mahani & Liza Ali
Penerbit : Hj Md Fadzil Teh
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

Pelakon Dan Watak

Antara pelakon yang membarisi drama ini seperti Intan Najuwa, Redza Rosli, Erwin Dawson, Nafiez Zaidi, Fazziq Muqris, Fify Azmi, Lydiawati, Zulkifli Ismail, Fauziah Datuk Ahmad Daud (Kak Ogy) dan ramai lagi.

  • Intan Najuwa sebagai Dilaila
  • Redza Rosli sebagai Amer
  • Nafiez Zaidi sebagai Luqman
  • Erwin Dawson sebagai Joshua
  • Fazziq Muqris sebagai Farizan
  • Zulkifli Ismail sebagai Razak
  • Lydiawati sebagai Noraini
  • Fauziah Datuk Ahmad Daud sebagai Salimah
  • Fify Azmi sebagai Jessila

drama bunga hati astro ria

OST Drama

Judul : Berakhirlah Pencarianku
Penyanyi : Hafiz Suip & Ernie Zakri
Komposer : Dato' A. Aida
Penulis Lirik : Ikhwan Fatanna & Wan Saleh

Sinopsis Drama Bunga Hati

Drama Bunga Hati mengisahkan watak Dilaila yang merupakan seorang gadis yang ceria, gigih dan cekal walaupun zaman kanak-kanaknya tidak seindah orang lain jika dibandingkan dengan kehidupannya.

Di awal kelahiran Dilaila, bapanya, Sulaiman tiada bersama selepas bercerai dengan ibunya Salimah. Ianya berlaku sebelum Dilaila lahir lagi iaitu ketika dia di dalam kandungan.

Kerana dendam terhadap bekas suaminya, Salimah bencikan Luqman yang juga anak kandungnya yang cacat selepas diserahkan oleh Nek Tijah untuk dijaga. Walaupun dengan keadaan ibunya sedemikian, Dilaila tetap mempertahankan Luqman dan menjaganya penuh kasih sayang.

Percintaan Dilaila dengan Amer yang baru berputih, telah mendapat tentangan keras daripada Noraini yang membenci Salimah. Bagaimanapun, Razak, ayah kepada Amer sukankan Dilaila dan mahu dia menjadi menantunya.

Walaupunbagaimanapun, kawan baik Dilaila iaitu Jessila dalam dia juga menyukai Amer dan sanggup buat apa sahaj untuk memilikinya. Jadi ibu Jessila dan ibu Amer, Noraini sendiri berkomplot untuk menghalang hubungan Dilaila dengan Amer.

Dengan bantuan Razak, Dilaila berjaya hantar Luqman ke Pusat Jagaan OKU dan disitulah di telah bertemu Joshua iaitu seorang doktor dan telah jatuh cinta kepadanya.

Malang bagi Dilaila apabila adiknya, Luqman akhirnya meninggal dunia kerana sakit tetapi sebenarnya telah dibunuh secara tidak sengaja oleh Gaban.

Konflik semakin memuncak apabila Noraini cuba membunuh Salimah dan anaknya, Dilaila dengan mengupah orang membakar rumah mereka tetapi gagal. Oleh itu, mereka telah keluar dari kampung demi keselamatan.

Oleh itu, Noraini amil peluang ini untuk satukan anaknya, Amer dengan Jessila. Selepas 3 tahun, Salimah dan Dilaila kembali ke kampung semula dan mulakan hidup baru. Binta rumah baru dengan bantuan Razak yang membantunya secara rahsia.

Dilaila bertemu kembali dengan bapa kandungnya, Sulaiman yang kini telah menjadi seorang usahawan jutawwan. Dalam masa yang sama, Amer cuba meraih kembali cinta Dilaila kembali.

Ternyata sikap Amer yang penuh tipu daya dan berpura-pura hilang akal dan telah didedahkan oleh Farizan, kawan baik Amer sendiri yang dia ada muslihat mahukan Dilaila. Dalam pada itu, Noraini dan Razak merayu supaya Dilaila menerima Amer kembali demi memulihkannya.

Antara kasih dan kasihan, Dilaila terpaksa membuat pilihan sama ada memilih Dr. Joshua atau Amer kembali sebagai teman hidupnya.

drama bunga hati astro ria

Waktu Bersiaran

Jangan lupa untuk saksikan drama Bunga Hati yang bersiaran setiap hari Isnin hingga Khamis, pukul 10.00 malam di slot Megadrama di Astro Ria CH104 bermula 10 Januari ini.

Selain itu, anda juga boleh tonton secara On Demand atau menerusi Astro Go dan aplikasi mobile yang boleh dimuat-turun di Play Store dan App Store bagi tontonan yang lebih fleksibel.

0/Post a Comment/Comments

Previous Post Next Post